Monday, October 5, 2009

~PERGINYA PAKCIK AKU ~

Jam 2.00 pagi, aku dapat panggilan dari Adah..hurm sangkakan aku dia cuma nak berbual kosong pagi2 buta..so, aku wat layan tak layan jek la..aku abaikan calling tu..then, untuk kali ke dua nya dia call.. aku tak sedap hati, aku jawab dan.......

aku tak suka nak dengar kabar berita camni...

Pakcik aku meninggal dunia kerana semput jam 1.40 pagi pada 01 Oktober 2009 di Klinik Kesihatan Parit Sulong..

Al-Fatihah..

Sungguh2 aku tak sangka sebab masa raya haritu, aku ada jumpe dan beraya kat rumah dia..Dia nampak sihat walaupun pada ketika tu, memang semput dia tengah menyerang. Tapi aku tak sangka benda ni akan berlarutana sehingga lah Allah memanggil pakcik aku pulang kepada asal.

"Sesungguhnya mati itu pasti"

Akan aku pegang statement ni sampai bila2 dan di saat2 terniat untuk buat dosa..

Aku ambik keputusan untuk cuti pada 01 dan 02 Oktober dan balik menziarahi.. Aku tak nak terkilan kali ni sebab sebelum ni, masa makcik aku meninggal, aku tak balik untuk menziarahi. Maka nya aku tak kan melakukan kesilapan untuk sekian kalinya..InsyaAllah..

Sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi..

AL-FATIHAH

No comments:

Post a Comment