Friday, October 7, 2011

BENGAWAN SOLO


Persembahan daripada Datuk Siti duet dengan Noh Hujan ni berjaya menangkap cuping telinga aku untuk mendengar berulang-ulang kali. Sedutan ni diambil dari program Stylistika Siti yang ditayangkan di TV3 sempena raya. Aku suka dengan alunan suara Noh Hujan dalam lagu ni. Sangat santai, dan buat pertama kalinya aku bagi tepukan buat Noh sebab mampu mengekspresikan suara dia dalam lagu Bengawan Solo ni. Suara Datuk Siti memang tak boleh nak dipertikaikan.. lemak dan membuai-buai..Ok, aku tak boleh puji lebih-lebih sebab orang dah tau yang dia memang power.

Layankan dulu persembahan ni dan sila baca artikel  di bawah pulak.

Lagu Bengawan Solo dicipta oleh Gesang Martohartono atau nama popularnya Gesang yang dilahirkan di Surakarta Jawa Tengah. Jangan salah baca ye, GESANG...bukan GERSANG. Lagu ini dicipta pada tahun 1940 yang pada ketika itu beliau berumur 23 tahun. Gesang mendapat ilham untuk mencipta lagu ini ketika beliau tengah duduk-duduk di tepi Bengawan Solo ( Sungai Solo ) yang selalu beliau kagumi. Oleh sebab terlalu kagum dengan keindahan Sungai Solo, akhirnya dalam tempoh 6 bulan beliau berjaya menyiapkan sebuah lagu bertajuk Bengawan Solo.

Jangan ingat lagu Bengawan Solo ni tak glemer.. Lagu ni berjaya mencapai populariti di luar Indonesia terutamanya di Jepun. Tentera Jepun telah sampai ke tanah Indonesia dan kalah dalam Perang Dunia II (1945), kemudian tentera-tentera bertubuh rendah ini balik ke negara asal mereka dan membawa sekali lagu Bengawan Solo. Dalam tahun 1947, salah seorang penyanyi negara matahari terbit tu dah lakukan rakaman atas lagu Bengawan Solo dengan lirik berbahasa Jepun. Nama penyanyi tu ialah Toshi Matsuda. Lepas je Toshi Matsuda rakam lagu ni, makin ramai penyanyi Jepun yang turut sama-sama merakamkannya. Jadi, boleh dibuat kesimpulan yang lagu Bengawan Solo ini memang lagu yang hebat pada waktu itu..

ini lah dia Uncle Gesang yang mencipta lagu Bengawan Solo


Kataku : Nak jugak tengok Sungai Solo tu. Cantik betul ke?

No comments:

Post a Comment