Tahun 2011..dah masuk bulan
Oktober..masa berlari terlalu pantas. Nak kejar memang tak terkejar. Hanya
boleh mengekori sahaja. Usia pun dah bertambah ke satu tangga. Masuk 2012
nanti, menapak lagi ke satu tangga. Secara kurang ajarnya disebut DAH TUA.
Bulan Oktober tak ada kaitan
dengan tahun ke 5 aku bergelar penjawat awam. So, tak payah aku nak
bangga-banggakan dengan bulan Oktober tu. Hahahah..Aku harus berterima kasih
kepada bulan September..kenapa? Sebab..pada 5 tahun yang lepas, tanggal 21
September 2006 aku melapor diri di Auditorium JPM dan sahlah menjadi salah
seorang penjawat awam di Putrajaya.
Naif gile masa datang ke
Putrajaya. Dengan 2 biji beg aku merantau ke sini, mencari rezeki yang halal.
Terima kasih tak terhingga aku kepada kawan baik aku, Nizam Bakar yang waktu tu
tengah study kat UKM. Dialah yang tolong ambik aku kat KTM hentian UKM, bawa
pergi Putrajaya naik motor Kriss dia. Sekarang Nizam dah jadi Pensyarah kat
Kolej Komuniti Jitra Kedah. Bangga aku pada dia sebab dia memang superb cerdik.
Awal-awal di Putrajaya aku tumpang kat rumah member yang sama-sama study
kat Poli dulu, budak Akaun.. Nama dia
Aizol Amri. Segan duduk rumah orang lama-lama, akhirnya dapat juga duduk
menyewa dengan kawan-kawan yang intake sama dengan aku. Kenangan tu semua..
Sebenarnya masa dapat tawaran
kerja ni, aku rasa berbelah bagi sebab dalam masa yang sama aku dapat tawaran
sambung degree kat UiTM Segamat. Hati manalah yang tak gembira kan bila dapat
tawaran sambung study.. Macam tu jugak aku. Rasa bangga sangat sampai kan tak
boleh tidur malam. Hari-hari belek surat tawaran. Hurmmm.. tawaran kerja dan
tawaran sambung study. Mintak pendapat dari mak..Mak suruh kerja dulu, nanti
boleh sambung study. Tu kata mak..tapi….. hati ni nak sangat sambung study
sebab aku rasa aku dah buat perancangan untuk diri aku. Aku plan, aku ambik
degree, then cuba-cuba mohon jadi cikgu atau pensyarah. Tu apa yang aku
rancang, tapi oleh sebab aku ni anak yang sangat mendengar cakap mak, so aku
terpaksa lepaskan peluang ke UiTM Segamat. Tawaran menjadi penjawat awam
nampaknya memenangi kekeliruan ni.
![]() |
ni surat tawaran kerja..dah 5 tahun dah..bangga sebab boleh bertahan |
![]() |
surat tawaran dari UiTM..masih simpan untuk kenangan peribadi aku |
Lima tahun berlalu, hajat nak
sambung study masih lagi aku simpan disamping sayang sangat dengan kerja
sekarang. Hahhaha bila dah sedap pegang duit, mana boleh lepas. Kawan-kawan
bagi semangat ambik PJJ, terima kasih kawan-kawan semua. Aku sayang
korang..Muah muah muah ( muncung bibir biar lebih ).
Dari segi kerja pula, aku
berpuas hati dengan kerja dan sangat-sangat berpuas hati dengan keringat yang
aku curahkan. Dari mula masuk kerja sampai sekarang, aku masih lagi setia
dengan Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa ( BIUPA ) dan
diletakkan di Seksyen Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ). Mesti
ramai yang tak tahu dengan kewujudan BIUPA ni kan? Aku pun asal usulnya tak
pernah tahu wujudnya Unit ni tapi bila dah ditempatkan di Bahagian Istiadat ni,
nak tak nak kena lah juga buat-buat tahu.
![]() |
dah sah dalam perkhidmatan...cap jari dah kering.. |
![]() |
sudah jugak dapat taraf berpencen..so pencen umur 60 tahun la kan?hehehhe |
Bergelar penjawat awam bukan
senang. Kita membawa nama Kerajaan Malaysia. Segala bagai nak dijaga demi tidak
memburukkan nama majikan. Tapi kadang-kadang rasa bangga yang teramat bila
orang kagum yang aku ni kerja kerajaan. Siap tanya “ ada pakai kabel ke masa
interbiu tu?”..hahha lawak lah soalan macam tu. Ingat semua penjawat awam ni
pakai kabel ke? Semua tu atas dasar rezeki yang Allah bagi, ditambah lagi
dengan usaha dan keyakinan masa menjawab pertanyaan penemuduga masa interbiu
tu.
Alaaaa… nak interbiu kerajaan
bukan susah pun. Apa yang penting cuma kita kena tahu serba sedikit
perkembangan semasa berkaitan politik, kabinet dan juga rancangan kerajaan
untuk tahun semasa. Kalau kita rajin membaca, InsyaAllah boleh lepas punya (ni nak bagitau yang aku rajin membaca lah ni). Bila dah masuk kerja kerajaan,
kena lepaskan exam Perkhidmatan Awam, kena pergi Kursus Induksi Khusus, dan
Kursus Induksi Umum.. Lepas tu barulah boleh disahkan dalam perkhidmatan.
Alhamdulillah perjalanan untuk sah dalam perkhidmatan berjalan lancar. Lulus
peperiksaan dengan sekali ambik, pergi Kursus Induksi Umum kat INTAN Kuala
Lumpur dengan Fairuz ( dah pindah balik ke Sabah ), pergi Kursus Induksi Khusus
kat De’ Rhu Beach Resort, Kuantan
dengan Asrol ( kawan sama-sama lapor diri ). Cukup tiga tahun pulak boleh
disahkan untuk mendapat taraf berpencen. Untungkan menjadi penjawat awam kan?
Tapi secara jujurnya dapat aku
simpulkan yang bergelar penjawat awam ni kadangkala membosankan. Bukan aku tak
bersyukur dengan kerja aku, jangan salah anggap ye..Aku suka dengan kerja aku
tapi…bidang kerja dalam agensi kerajaan tidak mencabar dan pusingan kerja tidak
pelbagai. Cuba bayangkan dalam masa lima tahun aku bekerja, skop kerja adalah
berkaitan dengan penganjuran majlis dan memenuhi segala permintaan pelanggan
yang sangat-sangat cerewet. Boleh buat darah tinggi, terus rasa nak pitam
sepanjang hari. Pernah juga terfikir nak bertukar ke jabatan lain, tapi hati ni
kadang-kadang degil. Sentiasa tak bersependapat dengan minda. Bisikan hati dan
bisikan minda sentiasa kontra. Tak pernah nak bersefahaman. Bila hati tekad
kata nak berpindah, minda pula tidak bersetuju. Macam-macam perkara negative
yang difikirkan sampaikan hati terpaksa beralah. Aku sejujurnya masih sayangkan
kawan-kawan sepejabat semua. Lima tahun tu bagi aku satu tempoh yang agak lama,
susah senang dengan kawan-kawan sekerja semua. Banyak momen indah yang aku
peroleh bila bersama-sama dengan kawan-kawan.
![]() |
tempat mencari rezeki.. |
Aku masih punya masa kut untuk
berfikir semasak-masaknya pasal benda ni kan? Hurmmm kepada diri aku sendiri,
aku ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KE 5 BERGELAR PENJAWAT AWAM.
Kataku : Saya Anak
Malaysia..Saya Bangga Menjadi Warganegara Malaysia.
No comments:
Post a Comment