Sunday, October 9, 2011

BEST KE JADI SEORANG YANG TINGGI?


Entry macam nak up diri sendiri je ni. Hahahha..kepada mereka yang tinggi macam aku, best ke jadi orang yang mempunyai ketinggian yang ideal? Hah, aku pun tak tau ketinggian aku yang sebenarnya. Rasa macam 178 cm, rasa macam 180 cm.    * larik...perasan tinggi macam model

Masa zaman sekolah  dulu, tak best langsung jadi tinggi ni sebab :-

 *Kena duduk belakang kalau dalam kelas. Cikgu bagi alasan kalau duduk depan nanti kawan-kawan kat belakang tak nampak papan hitam. Nasib baik boleh diterima akal alasan ni.

*Kalau beratur kat perhimpunan kena beratur kat belakang. Sama je macam duduk dalam kelas tu. Dah sah-sah sape pendek kena beratur depan. Hahaha..

*Kena tolong cikgu padam papan hitam. Adoiii dah jadi cam tugas rasmi pulak kan. Kawan-kawan yang pendek tu duduk relaks je. Hangin aku satu badan.

*Kalau masuk persembahan lakonan mesti kena jadi pokok. Menyampah betul la. Kenapa kalau orang tinggi kena jadi pokok? Ingat semua pokok kat dunia ni tinggi-tinggi ke? Pokok bonzai tu kan katik je kan?

 *Malu nak berjalan dengan kawan-kawan sebab kawan-kawan semuanya rendang-rendang..Dah jadi macam abang berjalan dengan adik-adik. Kesian kan?

*Kalau time sukan bila main bola kena jadi keeper dengan alasan tangan panjang. Senang nak tangkap bola. Perghhh alasan sungguh tak kukuh. Kalau dah sah-sah aku yang tak pandai nak bersukan bola sepak ni, ingat leh jadi hebat ke? Hahahha aku lepaskan je bola tu masuk gol. Puas ati aku.

*Susahnya nak cari seluar sekolah. Mak tak bagi tempah seluar sebab lambat nak siap. So, gi kedai apek, cari seluar sekolah. Sungguh malang nasib sebab bahagian pinggang semua muat, tapi kepanjangan seluar agak tak bersesuaian. Huh, pakai je la seluar yang agak singkat. Macam Michael Jackson dah rupanya.

*Kena pasang langsir time nak raya. Muka ni aje lah yang kena pasang langsir malam raya. Berbakti jugak la kan?

*Dapat panggilan panjang, tinggi, tunjang dan galah masa zaman sekolah. Hah..semputttt, terima kasih aje lah dengan panggilan macam tu.

Tu masa zaman sekolah la kan. Masa tu rasa ketinggian yang melampau ni mengganggu emosi aku. Rasa macam nak potong kaki biar jadi sama rendah dengan kawan-kawan semua. Tapi....bila dah agak belia ni kan, aku rasa tinggi itu sungguh menawan * sila lah muntah. Nanti dulu, bukan aku yang cakap macam tu la, tapi hasil dari pembacaan aku. Syukur aje lah, kita rendah ke tinggi ke, masing-masing kan ada kelebihan kan? Tapi..aku tetap nak up kan golongan yang tinggi-tinggi ni. Hahahhahaha..

Model-model lelaki kan kebanyakannya tinggi kan? So, nak pertikaikan lagi ke* sungguh perasan model

Bagi yang kurang ketinggian tu, kamu-kamu juga punyai kelebihan yang tersendiri. Percayalah...* saje ambik hati kamu-kamu semua



- kan..aku tinggi kan? -

Kataku : Sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah dah ciptakan..

4 comments:

  1. mak oii..tigginya..tangan tu rasanya dah boleh sentuh bumbung bas..hikhik^^

    ReplyDelete
  2. hahha..kan? tinggi kut dia nih..

    ReplyDelete
  3. yela2 tinggi la sgt.. da mcm pokok kelape da..:P

    ReplyDelete