Saturday, October 15, 2011

PERANG MALAYSIA & INDONESIA

Masih tak faham dengan perangai dan minda sesetengah warga negara jiran kita yang asyik mencari pasal dan salah dari negara Malaysia. Sebelum ni, heboh dengan demonstrasi Buluh Runcing dan Ganyang Malaysia, kali ni buat demo lagi depan bangunan Kedutaan Besar Malaysia gara-gara protes kononnya Malaysia ambil hak mereka iaitu tanah negara mereka.  Sungguh tak faham..

Apa yang mereka hendak sebenarnya? Sudahlah masyarakat mereka diberi peluang bekerja di Malaysia, hidup mewah di bumi Malaysia sampaikan ada segelintir mereka tak segan silu nak mengaku yang rumah setinggan mereka tu menjadi hak milik mereka selama-lamanya.. Pemerintah negara kita ni sudah berlembut dengan mereka. Dah diberi peluang mencari rezeki di sini, diberi layanan yang baik sampaikan ada Program Pemutihan untuk mereka. Apa lagi yang mereka mahukan? Masyarakat mereka di sini sangat bersyukur namun saudara mara mereka di sana langsung tak ada rasa syukur atas peluang yang diberikan.

Rata-rata dah tahu pasal kes di sempadan Kalimantan yang katanya tanah seluas 1,400 hektar di Camar Bulan dan 800 meter garis pantai di Tanjung Datu DICURI oleh Malaysia. Betul atau tidak, itu perlu diserahkan kepada pemerintah negara masing-masing untuk sama-sama berbincang dan bermuafakat. Kita ni berjiran lah, susah senang biar bersama. Aku percaya, 70% daripada warga Malaysia ni ada talian darah dengan warga Indonesia. So, maknanya darah kita sama dan kenapa perlu nak berdemo-demo bagai? Berunding adalah cara yang paling profesional.

Aku pun difahamkan yang kebanyakan demonstrasi yang diadakan di negara jiran kebiasaannya DIBAYAR. Maknanya, demo yang mereka buat tu bukan sebab keikhlasan hati dan tanda nak mempertahankan negara. Mereka cuma nakkan duit untuk beli makanan, so nak tak nak terpaksa juga sama-sama turut serta dalam demonstrasi jalanan tu. Berfikirlah secara rasional, dan jangan terlalu ikutkan emosi dan duit semata-mata. 

Aku ada kawan-kawan di sana dan rasa sungguh tak seronok kalau berlaku kacau bilau macam ni. Kalau nak melancong ke sana pun jadi sungguh tak aman kerana perlu berjaga-jaga.. Walau apapun pergolakan yang berlaku antara dua negara jiran ni, pertalian persahabatan aku dan kawan-kawan di sana tetap utuh..InsyaAllah..




Kataku : Sayangkan dua-dua negara..

No comments:

Post a Comment