Sunday, December 25, 2011

BACK TO SCHOOL

Budak-budak sekolah sibuk nak balik ke sekolah, aku yang dah kerja ni pun sibuk nak balik ke sekolah jugak.. Sekolah akan dibuka pada 27 Disember 2012 dan kelas adalah pada sesi malam. Hahaha

Hurmm..itu semuanya gimik semata-mata.. Seksyen PICC akan menganjurkan Hari Warga PICC dan seharian kami akan melakukan aktiviti riadah dari pagi sampai ke malam. Dah betul-betul macam zaman sekolah.

Aku tak risaukan pasal aktiviti siang, tapi sekarang ni lebih risau untuk majlis makan malam. Temanya Back To School dan kami DIWAJIBKAN memakai pakaian sekolah. Pakaian pejabat TIDAK DIBENARKAN walaupun konon-kononnya jadi CIKGU. Huh..baru berangan nak jadi cikgu untuk malam tu. Tukar plan.. Orang opis ramai yang bersemangat cari baju sekolah ni. Aku tak dapat bayangkan kena pakai baju sekolah dengan saiz badan yang macam ni.

Idea masih belum datang..Tak tau nak pakai baju apa..

Patut ke aku pakai baju putih, kasut putih dan seluar hijau? Tak dapat aku bayangkan betapa kanak-kanaknya aku nanti..Hahahhaha

Masih mencari idea...

Kataku : Kenapalah penganjur pilih tema ni?

No comments:

Post a Comment