Saturday, December 24, 2011

CUTI-CUTI PULAU PANGKOR

Alhamdulillah..percutian terakhir untuk tahun 2011 bagi diri aku sudahpun tamat. Destinasi yang dipilih ialah Pulau Pangkor. Tempat yang biasa orang pergi dan aku pergi bukan pada waktu cuti. Aku pergi 22 Disember ( Khamis ) dan balik pada 23 Disember ( Jumaat ). TERPAKSA korbankan saki baki cuti rehat yang masih ada.

Lima orang yang turut serta dalam percutian ni.. Percutian last minute, Mar yang rancang percutian ni. Al-maklum la, cikgu tak boleh sesuka hati je nak bercuti kan. So waktu cuti sekolah macam ni lah dia ambik kesempatan untuk bercuti-cuti Malaysia.. Diajaknya aku dengan Anyss. Aku ajak la pulak Oii. Mar bawak BF dia, Shidi. So cukup lah lima orang yang meneruskan misi mencari harta karun di Pulau Pangkor.

Dari KL cuma kami berempat. Oii dah sah-sah duduk kat Lumut, so dia jadi tuan rumah.. Tunggu je lah kat rumah tu sementara kami yang lain ni nak sampai. Perjalanan mengambil masa 3 jam setengah dengan dua kereta. Kami bergerak dalam pukul 8.30 pagi dari KL. Sang Persona WTF dan Viva JLG melungsuri jalan kampung menuju ke negeri yang bernama Perak Darul Redzuan.. Masa dan kos minyak dapat dijimatkan bila guna jalan dalam tapi sayangnya permukaan jalan agak kurang elok. Kereta beralun melanggar jalan yang tak rata.

Masa yang diambil selama 3 jam setengah seakan tak terasa sebab terlalu excited nak sampai ke Jeti Lumut sambil mulut tak berhenti bercerita. Dalam pukul 1.00 petang, kami dah sampai ke Lumut dan park kereta di Medan Letak Kereta yang berbumbung selama sehari dan kos untuk sehari ialah RM 8.90. Lebih jimat dan kenderaan berteduh kalau nak dibandingkan dengan parking luar yang mengenakan bayaran RM 20.00 untuk satu hari. Cekik darah kan? Padahal bukan mengambil masa berhari-hari.

Kami terpaksa gerak ke pulau dulu sebab Oii tengah ambik exam. Tambang feri pergi balik cuma RM 10.00 dan aku rasa tu masih lagi murah. Feri dah siap sedia kat jeti tapi terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk bergerak sebab kena tunggu ruang penuh. Oleh sebab hati masih happy nak berholiday, kami berempat masih mampu bersabar dan sempat lagi lah bergambar sebelum memulakan pelayaran ke pulau impian.



muka happy sebab tak sabar nak naik feri


Mar & Shidi

Mar paling cerewet pilih topi..takut-takut kalau jadi cam topi tukang kebun

Anyss ambik topi besar

sempat beli topi ok..barulah namanya pegi pulau kalau dah ada topi









ramai orang kan? masing-masing duduk luar..xmo duk dalam katanya..

perkampungan nelayan Pulau Pangkor..damainya tengok pemandangan macam ni



besar tu tulisan 1 Pangkor

Sepanjang feri bergerak memang tak ada nafsu nak duduk elok-elok kat dalam tu. Kami sanggup berdiri kat luar nak tengok pemandangan laut walaupun orang ramai.

Sampai kat Jeti Pangkor, kitorang ambik teksi ( van kaler pink / kuning ) dengan tambang RM 15.00 untuk ke chalet yang dah ditempah awal oleh Shidi dan Mar. Kami menginap di Budget Beach Resort kat Teluk Nipah. Harga bilik untuk satu malam cuma RM 95.00 sahaja dan bilik selesa cuma tilam tak empuk. Maklumlah, bayar murah dapatlah benda yang murah-murah aje. Chalet dia menarik sebab nampak macam rumah kampung yang ada tangga. Berangan jap macam rumah kat kampung-kampung. Kami yang lelaki ni berjiran dengan omputih ye, jangan jeles. Sempat cuci mata..opssss..


dah sampai...senyum..tak sabar nak terjun laut

dua orang ni laju semacam je..



kalau rasa berminat nak stay kat resort ni, call je nombor yang tertera


Aktiviti petang tu mestilah aktiviti pantai. Menunggu Oii tak sampai-sampai lagi. Segera telefon Oii dan dia maklumkan yang dia masih lagi di Jeti Lumut dan feri akan bergerak dalam jam 4.30 petang. Mintak kebenaran dari dia untuk bergerak memulakan aktiviti dulu dan nasib baik dia okay dan tak kisah. Katanya dia orang tempatan, so nak bersnorkling dan island hopping tu dah benda biasa bagi dia. Dengan kos RM 15.00@RM 20.00 ( lupa ) seorang, kami dibawa ke pulau-pulau yang sangat cantik. Terpegun sekejap tengok tempat-tempat tu. 




misi bermula..mencari mangsa lemas di Pulau Pangkor


Monkey Island..tapi hanjing-hanjing yang tolong jaga sementara monkey rest


batu tu bentuk kepala buaya tengah terdampar

sebelah buaya pulak ada batu menyerupai penyu yang tengah berehat

tempat orang snorkling..aku dah cuak..takut dengan laut




kelas omputih ni..duk tepi pantai sambil main tab..ko ada?


katanya ni pokok cinta sebab tumbuh berdua atas batu..setahun sekali pokok ni akan keluarkan bunga warna merah..huh dah puas berasmara,keluarlah hasil kan?
tokong Buddha kalau tak silap

dugong-dugong puteh banyak terdampar kat tepi pantai sambil pakai bikini

Anyss..jangan terjun dulu..pelissss










Mar dah tak sabar nak bersnorkling, so mintak brother yang bawak boat tu bawak kami ke tempat snorkling. Orang ramai kat tempat tu, tapi dah alang-alang sampai lebih baik jangan melengah-lengahkan masa. Itulah pengalaman pertama aku bersnorkling..Rasa tak yakin pada diri sangat sebab aku tak pandai berenang ok. Hahhaha nasib baik lah Anyss sangat memahami dan dapat bantu aku bersnorkling dengan jayanya. Huh satu pengalaman yang langsung tak boleh nak dilupakan ( macam jakun kan? ).

Ikan tak banyak sangat. Mungkin sebab dah terlalu kenyang diberi makan, so ikan-ikan dan balik rumah ( yang ni aku buat lawak ).. Masih ada lagi sekumpulan ikan yang berenang-renang, dapatlah jugak aku rasa teruja tengok-tengok ikan. Sebenarnya, aku tak mencapai kepuasan tahap maksima sebab aku tak pakai cermin mata. Maklumlah, kena pakai google, macam mana nak bercermin mata pulak. Segalanya kabur, tapi masa dalam air tu, nampak jugak kelibat sekawanan ikan berenang-renang. Dalam laut tu juga banyak mentimun laut. Sangat geli nak pegang, cuma mampu pandang saja.

Tiga orang yang lain tu masih bersemangat nak berendam dalam laut, aku pulak dah naik turun ke darat sebab tak sanggup nak telan air masin yang aku rasa dah sebaldi masuk dalam perut aku ni. Jam 6.15 petang, masing-masing dah kecut duduk berendam dalam air, kami ambik keputusan untuk balik semula ke darat sebab Oii dah tunggu kitorang dengan penuh keghairahan ( patut ke guna ayat ni? ). Terus je kitorang kol brother bot tu tapi keadaan agak cemas sekejap sebab satu google dah missing. Ntah waktu bila hilangnya langsung kami tak sedar. Bila brother bot tu datang, kami informed pada dia, then dengan kecekapan mata dia, dia boleh nampak google tu dalam air. Dah hari-hari hadap air laut kan, sure lah tajam mata dia. Alhamdulillah...nasib kami agak baik.. Segera bot memecut laju balik ke darat.

Sampai ke darat, sambung berendam dalam air masin. Kali ni, Oii join sekali. Cukup lima orang berkubang dalam laut. Sambil selam menyelam, sambil tengok-tengok gelagat pelancong asing dan pelancong lain, sambil bergambar. Semua buat sambil-sambil. Petang tu memang kerja kami merendam saje lah sampai kecut tangan.

Malamnya pulak hujan turun dengan renyai. Kami ambik keputusan untuk makan ikan bakar kat gerai-gerai yang sedia ada. Masa mula keluar bilik, masih lagi rintik-rintik. Lama-lama hujan turun makin lebat dan kami terpaksa berlari kebasahan mencari tempat makan. Orang agak ramai tapi masih ada tempat duduk yang kosong. Perut dah lapar, kami pilih kedai yang agak selesa.

Malam tu, kami makan malam dengan Ikan Siakap 3 Rasa, Ikan Siakap Bakar Garlic, Ikan Pari Bakar, Udang Masak Sambal, Tom Yam Campur, Kailan Ikan Masin dan Sotong Bakar. Huh..terangkat sebab sangat best. Tambahan lagi makan waktu hujan turun. Sambil berbual, sambil makan. Ternampak kelibat pelakon Khairil Anuar dengan family dia yang turut sama bercuti. Harga untuk semua makanan ni dicampur dengan air dan ABC cumalah RM 170.00. Bagi aku harga tu agak murah sebab dalam jangkaan kami, ingatkan akan cecah RM 200.00++. Memang sangat puas hati. Lepas makan, kami masih blur nak buat aktiviti apa. Anyss ajak lepak duduk kat pantai. Kami menapak menuju pantai tapi suasana sangat gelap. Oleh sebab tak ada benda menarik nak dibuat, kami ambik keputusan balik ke bilik semula. Sebelum balik, sempat lagi singgah kedai beli kuih pau untuk bekalan. Hehhehe..











ni semua licin masuk perut kami



ya tuhan..aksi apakah kau buat tu Mar?


aku cuma membelek..tak membeli pun..

AKTIVITI 23 DISEMBER

Awal pagi dah bangun sebab tak nak bazirkan masa yang ada. Selesai solat Subuh, Anyss dengan Mar dah gerakkan kami yang lelaki ni. Nak ke pantai tengok sun rise katanya tapi aku rasa cuaca macam redup dan mendung. Anyss bersemangat dengan sport shoes nya. Nak berjogging rancangnya. Ingatkan dia cuma main-main, rupa-rupanya memang betul-betul dia jogging. Sambil tunggu dia jogging dan sementara berjalan-jalan kat pantai, sempat jugak tengok makcik bagi makan kat hornbill. Depan mata pulak tu.





banyak gile hornbill ni..pagi-pagi dah bangun cari makan..makan free pulak tu




Aktiviti kami pagi Jumaat lebih kepada sesi fotografi ( macam artis okay ). Semua pelusuk tempat kami jelajah semata-mata nak cari angle terbaik kononnya. Padahal bergambar kat tempat yang sama je.


pohon beringin..tegaknya rendang..tempat bermain mambang dan pari..lalalalala






bak kata Anyss " tiada aksi yang salah dalam berposing"




motor kapcai..pasangan ni kata nak gune motor kapcai untuk post wedd dorang

Matahari dah naik. Kami cari tempat untuk bersarapan. Nampak ada beberapa kedai dah bukak. Singgah kat satu kedai ( tak tau nama ) untuk bersarapan. Makanan biasa-biasa, tak ada yang menarik tapi malangnya, harga yang dikenakan sangat tidak berbaloi. Untuk sarapan pagi yang biasa sahaja dah mencecah RM 6.60. Kalau kat kafeteria opis aku, RM 6.60 tu dah boleh makan untuk lunch, kat Pangkor pulak harga macam tu hanya untuk breakfast sahaja. Masa makan, muka masing-masing kelat je sebab tak puas hati dengan harga yang dikenakan. Tapi nak buat macam mana, mungkin makcik tu ingat kita ni datang dari America kut, sebab tu lah di caj harga yang mahal.

Habis makan, kami nak cuba aktiviti air lagi. Pergi tanya brother yang sediakan aktiviti air. Ada permainan water craft dan banana boat. Water Craft cuma RM 20.00 dan Banana Boat RM 15.00 seorang. Aku tak tau sama ada murah atau tak, tapi ikut kata Anyss harga macam tu dah kira murah. Oleh sebab kat Pangkor ni cuma aktiviti tu je yang ada pagi-pagi ni, so kami ambik kata sepakat untuk mencabar diri kami semua dengan aktiviti yang ala-ala extreme ni. Sekali lagi aku nerves sebab ni kali pertama aku bermain dengan sukan air. Banyak kali ditenangkan oleh Oii dengan Anyss. Aktivit kami bermula dengan Water Craft. Tak tau nak terangkan macam mana tapi kami kena duduk atas pelampung tu dan pegang kuat-kuat. Pelampung tu akan ditarik dengan boat dan akan dibuat drift. Senang cite drift atas air. Cuma kekuatan tangan je yang memainkan peranan. Sangat mencabar okay. Akhirnya, aku berjaya juga bertahan dari mula sampai habis, cuma Shidi terpaksa surrender awal dan tercampak dalam air. Hahahaha..

Aktivit kedua ialah Banana Boat. Banana Boat ni sama je macam kat PD tu tapi kami nak main campak-campak dalam air. Dua kali dicampak dalam air. Memang BEST GILER. Campakan kali pertama tu, aku dapat rasa ada satu kaki tendang kepala aku. Kaki tu pastinya kepunyaan Oii. Kali kedua, aku ambik keputusan nak duduk paling belakang dan nampaknya aku terselamat dari ditendang oleh kawan-kawan aku yang ganas dan lupa daratan waktu berada kat air. Lepas dicampak kali kedua, kami kena berenang sendiri naik pantai. Padahal tempat dia campak tu tak lah jauh  mana, tapi sebab aku tak pandai berenang, aku rasa macam lemas kat tengah laut. Sekali lagi aku telan sebaldi air masin. Memang HEAVEN.

Naik je kat pantai, terus berendam lagi kat air. Memang tu jelah aktiviti pantai. Tak kan nak main pondok-pondok pulak kat tepi pantai kan?.. Pukul 11.00 pagi, kami balik ke bilik untuk mandi dan bersiap-siap untuk check out jam 12.00 tengahari. Lepas check out, kami tinggalkan beg kat kaunter dan sewa motor pulak untuk keliling pulau. Tiga biji motor kami sewa. Mar naik dengan Shidi, Oii bawak Anyss, aku pulak naik sendiri. Yelah, dah tentu pergi berlima je.. Sewa untuk sejam cuma RM 10.00 tapi kami agak kekurangan masa sebab sejam tu bukan tempoh yang lama.


aku suka pict ni.

kat menara tinjau



tengok lah ke"comel"an kami..hahahhaha gelak jap

aksi mengunyah..masing-masing lapar




Sempat jugak singgah ke Kota Belanda dan menara tinjau untuk bergambar. Tempat-tempat lain memang tak sempat nak singgah. Terkejar-kejar masa. Perut masing-masing dah lapar. Puas bergambar kat Kota Belanda, kami pulang ke resort dan kembalikan motor yang disewa. 

Rasa puas dapat bercuti.. Sebelum menuju ke Jeti Pangkor untuk balik ke Lumut, sempat lagi kenduri aiskrim roti dengan harga RM 4.00. Macam mahal tapi sebab dah teringin nak makan, kami belilah jugak. Kami ambik teksi untuk ke jeti dan feri dah menunggu untuk balik ke Lumut. Dalam feri, terus pejam mata dan zzzZZZZZZZZzzz... Penat yang teramat sangat.


 sempat lagi makan aiskrim roti ye

penat la tu konon

Aktiviti tak habis kat situ je. Lepas ambik kereta, Mar dengan Shidi check in kat hotel di Lumut ( bilik asing-asing okay ) sebab dorang ada satu malam lagi untuk bercuti. Aku dengan Anyss kena gerak balik KL jugak hari Jumaat. Oii pulak kena balik ke Ipoh. Tapi sebelum masing-masing bawak haluan sendiri, kami sempat makan kat Restoran Chef Noodle House untuk mengisi perut. Waktu ni, hujan turun lebat. Lepas makan, singgah pulak kat V Box kat Setiawan untuk berkaroks. Kalau berkaroks, memang semuanya sempat kan?

Lepas maghrib, aku ngan Anyss gerak ke KL guna jalan yang sama masa pergi. Agak berhati-hati jugak sebab masih lagi hujan. Sepanjang jalan dari Lumut ke KL hujan tak henti-henti. Alhamdulillah jugak sebab Allah selamatkan perjalanan aku dan selamat sampai ke KL dalam jam 12.00 tengah malam.

Kataku : Next percutian ialah Pulau Langkawi...InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment