Percutian
ke Langkawi dah pun berakhir. Book
tiket Firefly dari bulan Ogos 2011
lagi dengan harga promosi RM 137.00
untuk dua hala. First time nak cuba naik Firefly. Dah 6 tahun tak jejakkan kaki
kat Langkawi tu. Bersama Raja Pian, Alip
dengan Arip, kitorang menjelajah
bumi Mahsuri yang penuh dengan lagenda bermula 13 Januari hingga 15 Januari
2012.
Walaupun
saat-saat akhir berlaku sedikit masalah dari segi pengurusan Firefly, tapi
benda tu tak memberi kesan yang teruk atas mood bercuti aku. Percutian terisi
jugak dengan aktiviti yang biasa dilakukan oleh pelancong-pelancong lain.
HARI PERTAMA ( 13 Januari 2012 )
Jam
10.30 pagi kitorang bergerak dari Putrajaya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.
Ambil teksi dari Terminal Putrajaya
dan naik dari PICC. Caj yang
dikenakan ialah RM 55.00. Perjalanan
mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Kitorang
dah check in secara online untuk mengelakkan beratur di kaunter. Bila sampai di
airport, rupanya tak ramai orang. Raja Pian check in bagasi, kitorang yang lain
bawak naik beg-beg yang ada sebab tak yakin dengan keselamatan. Pusing-pusing
kat dalam airport. Ini pengalaman pertama aku jejakkan kaki kat airport Subang,
so pastilah aku rasa teruja. Sambil-sambil berjalan, kitorang cari tempat makan.
Mata cuma terpandangkan McD. Ambik kata sepakat dan bersetuju lunch kat McD.
Lepas makan baru terperasan yang dalam airport tu ada food court berdekatan
dengan McD.
nk jugak bergambar kat sini..katanya sebab ada lambang polis..motip?
perjalanan tak mula lagi tapi dah berurut dulu
tu dia ruang dalam airport Subang..boleh tahan cantik
Kitorang
masuk awal ke boarding area. Jenuh jugak lah nak menunggu jam bergerak ke 1.50
petang. Macam-macam aksi jugak si Alip dengan Arip buat. Terlentok, terlentang,
berjalan, berlari, merangkak ( semua ni aku tipu je ) untuk isi
masa yang senggang ni. Walaupun bosan menunggu, tapi tetap bersemangat nak
bercuti.
ruang menunggu airport Subang
Akhirnya
penerbangan berlepas tepat pada waktunya.. Jam 1.50 petang.
Kitorang
sampai kat Lapangan Terbang Antarabangsa
Langkawi dalam pukul 3.10 petang.
Kena tunggu kereta sewa sampai walaupun dah janji kata nak tunggu kitorang.
Dalam 10 minit, kereta Nissan Serena
sampai.
kalaulah kereta ni jadi milik aku, memang bahagia hidup
Dapat
je kereta, terus berdesup cari petrol pump untuk isi minyak. Lampu minyak dah
menyala. Plan asal sebenarnya nak gi
makan cendol dengan laksa dekat dengan airport tu, tapi sebab nak isi minyak
punya pasal, rancangan terpaksa dibatalkan.
Nak
mencari apartment pun susah. Ingatkan apartment yang kitorang sewa tu
betul-betul tepi jalan, rupanya kena masuk satu kawasan perumahan. Nama taman
tu ialah Taman Langkawi. Apartment Safa Idaman terletak betul-betul di
belakang taman perumahan tu. Apartment ni sewa sekali pakej dengan kereta.
Harga pakej untuk 3 hari 2 malam
ialah RM 678.00. Kalau rasa berminat
nak ambik pakej ni bolehlah cari kat facebook : Let’s Go Travel & Tour
Langkawi Sdn. Bhd. Dorang memang sediakan pakej-pakej penginapan kat
Langkawi sahaja. Jangan expect yang apartment kat Langkawi ni kat tepi pantai
ye. Semua jauh-jauh dari pantai.
ruang tamu apartment..sila abaikan manusia itu
pemandangan dari pintu masuk..sekali lagi abaikan manusia itu
bilik ke dua..
bilik ke 3
ruang makan
bangunan apartment
Apartment
yang kitorang sewa ni biasa je. Ada 3 bilik. Master bedroom disediakan 1 katil queen size. Bilik kedua pun
disediakan 1 katil queen size. Bilik ke tiga pulak ada 2 katil single. Kira-kiranya memang
sesuai kalau ambik pakej ni bagi yang holiday beramai-ramai. Ada kemudahan air-
cond, peti ais dan TV berserta Astro. Kolam renang pun ada tapi kitorang tak
berkesempatan nak terjun kolam. Tuala dan sabun mandi turut disediakan.
Petangnya
pulak kitorang cari tempat makan. Hujan dah turun renyai-renyai. Dari
pertanyaan kitorang pada Kak Asmah yang jaga lobi apartment, dia kata hari-hari
sebelum ni panas je Pulau Langkawi, bila kitorang sampai je hujan terus turun.
Hahhaha rahmat dari Allah untuk bumi Langkawi. Oleh sebab tak banyak info untuk
tempat makan, kitorang terus berdesup ke area Jeti Kuah untuk cari makan. Kena isi perut dulu. Terus menuju ke
Medan Selera yang ada.
Duduk
lepak sekejap selepas makan sementara hujan berhenti. Alhamdulillah..hujan
berhenti jugak akhirnya dan cuaca kembali cerah. Kitorang berjalan-jalan kat Dataran Lang. Puas bergambar kat sini.
Macam-macam gaya kitorang dah cuba. Ramai pelancong dari Thailand yang ada kat
Dataran Lang tu. Lepas bergambar kat Dataran Lang, kitorang bergerak ke Jetty Point. Pergi survey-survey harga
coklat kat Jetty Point.
Raja
Pian ajak pergi kawasan Pekan Kuah untuk tengok-tengok harga coklat kat kedai
yang ada. Kedai yang dituju ialah Coco
Valley dengan Haji Ismail Group.
Katanya dua kedai ni tawarkan harga yang murah. Kitorang “compare”kan harga
antara dua kedai. Ada dua tiga jenis coklat di Coco Valley lebih murah
dari Haji Ismail Group. Contohnya
coklat DAIM..tak pasti apa yang
menyebabkan perbezaan harga ini tapi apa yang kitorang perasan, tarikh luput
coklat di Coco Valley dalam tempoh
2,3 bulan terdekat ni. Di Haji Ismail
Group pulak tarikh luput dalam akhir tahun 2012. Mungkin faktor ni yang
menjadikannya murah. Tak tahu pulak kalau ada faktor-faktor lain. Tapi perbezaan
harga tak jauh.
Untuk
hari pertama ni, aku beli 4 bungkus coklat DAIM
yang di”order” oleh member opis, 2 bar Cadburry
Choc. Milk pun yang di”order”, 3 bar VC
Dark Choc yang dah di”order”
dengan 1 kotak Ferreo Rocher pun
yang orang dah “order”. Total semuanya RM
107.10. Nasib baik duit dah bagi. So, jimat duit aku. Raja Pian, Arip
dengan Alip pun beli coklat sikit-sikit. Apa yang dorang beli aku tak mention
kat sini sebab aku tak ambil tahu apa yang dorang beli. Kitorang masuk jugak ke
Langkawi Saga Shopping Centre yang
terletak kat depan Haji Ismail Group,
tapi harga pun lebih kurang juga dengan 2 kedai tadi.
macam-macam coklat ada
Selesai
beli coklat, kitorang plan nak tengok live band ( macam la kat KL tak ada kan? ).
Orang kata kat Sheraton Hotel
ada live band, so menuju lah kitorang ke sana. Jauh jugak tu tapi malangnya
untuk malam tu, tiada live band yang akan dipersembahkan. Alang-alang dah
sampai kan, duduklah lepak-lepak kat lobi sambil ambik kesempatan mencuri
perkhidmatan WIFI yang disediakan. Berangan jap konon-konon macam check in kat
Sheraton Hotel untuk 1 malam ( kantoi ).
keadaan sepanjang kedai di Pantai Chenang
Destinasi
seterusnya ialah Pantai Chenang.
Syurga Langkawi lah lebih kurang. Park kereta kat tepi, kitorang berjalan
sepanjang gerai-gerai yang ada. Sakit jugak kaki berjalan. Alip beli seluar
untuk mandi kat Tasik Dayang Bunting keesokan harinya. Aku niat nak cari topi
tapi sayangnya topi yang dijual tak berkenan langsung. Macam topi orang Vietnam
pergi berkebun je rupanya. Puas berjalan, kitorang gerak balik dan singgah
kedai mamak kat Kuah. Pekena tosei ( aku ), roti tisu ( Arip ), murtabak ( Raja
Pian ) dengan capatti ( Alip ). Perut kenyang, mata pun layu. Balik apartment
untuk rehatkan badan.
ZZZzzzzzzzzzzzz……
Kataku : Pantai Chenang dipenuhi dengan pelancong asing
Kataku : Pantai Chenang dipenuhi dengan pelancong asing
No comments:
Post a Comment