Dah
masuk hari kedua percutian di pulau yang pernah disumpah selama 7 keturunan ni.
Aktiviti
pertama yang nak dilakukan ialah Island
Hopping. Kitorang dah tempah awal-awal dari Kak Asmah. Harga yang
ditawarkan ialah RM 35.00 untuk
seorang. Naik dari jeti berdekatan dengan Jetty Point Kuah.
Sebelum
buat aktiviti, kitorang isi perut dulu. Breakfast kat kedai tepi jalan. Hurmmm
agak terkejut sebab harga makan untuk sarapan pagi agak mahal. Mungkin dorang
tahu yang kitorang ni orang luar, sebab tu harga yang dikenakan amat mencekik
darah. Lepas makan terus menuju ke jeti untuk Island Hopping. Bot boleh naik 8
orang, kitorang berempat. Naik sekali dengan pelancong-pelancong dari Vietnam
atau Thailand ( tak pasti negara mana ). Kesemuanya wanita. Ok, amat
sesuai dengan kitorang yang kesemuanya lelaki. Pemandu bot tak dikira sebab dia
tak termasuk dengan cerita ni. Tempat pertama yang dituju ialah Pulau Beras Basah. Kitorang diberi masa
sejam untuk bersiar-siar kat pulau ni. Masa kitorang sampai, ada sekumpulan
pelancong cina tengah mandi. Pantai penuh dengan batu karang. Ada sorang cina
tu dah berdarah-darah kaki. Padan muka, dah tau banyak karang kenapa kau pegi
mandi?.. Kat pulau ni monyet berkeliaran. Jadi berhati-hati kepada sesiapa yang
ada bawak makanan. Alip niat nak ambik gambar monyet tapi monyet kat sini liar
gila. Ada ke patut disergahnya Alip. Aku pun tak berani nak pandang muka
monyet-monyet kat sini. Tak banyak gambar yang sempat ambik sebab bateri kamera
flat. Time-time macam ni jugak bateri nak habis. So, terpaksa tumpang kamera
Tab Alip.
Pulau Beras Basah
Makin
lama makin banyak bot yang datang. Pulau jadi meriah sebab orang dah ramai.
Sayangnya, pulau ni banyak sampah. Sikap manusia jugak yang suka buang sampah
merata-rata. Sempat cuci mata tengok minah saleh. Hahahaha..Kitorang cuma
habiskan masa dalam setengah jam kat pulau ni. Tak ada apa yang menarik kat
sini, terus tergerak ke tempat Eagle
Feeding. Tak banyak burung helang yang keluar. Mungkin sebab tak ada daging
yang dibawa tapi dapat jugak tengok jugak la helang-helang yang terbang dengan
penuh kesombongan ( suka-suka je buat tuduhan ).
Tak
lama kat kawasan ni, pemandu bot bawak kitorang ke Tasik Dayang Bunting. Sepanjang perjalanan menuju ke tasik, dapat
tengok pemandangan bongkah-bongkah batu yang cantik-cantik. Mungkin terjadi
sebab hempasan ombak.
Kat
Jeti Tasik Dayang Bunting, bot-bot banyak nak turun dan ambik penumpang.
Sedikit sesak tapi teratur. Rupanya kat sini pun banyak monyet. Dengan
beraninya monyet-monyet ni meragut beg-beg yang berisi makanan. Nak menuju ke
tasik tu kena naik bukit. Sebelum naik, kena tukar baju dulu. Kena caj RM 0.50 untuk masuk toilet. Katanya kat
kawasan tasik dah tak ada tempat untuk tukar baju.
Nak
naik ke atas tu kena mendaki anak-anak tangga. Perghhh memang mencabar stamina
sungguh. Macam biasa, oleh sebab semangat tengah berkobar, so kitorang berjaya
naik dengan jayanya sambil hidung kempas kempis tak cukup nafas. Kedalaman
tasik 10 meter. Dalam macam 3
tingkat bangunan. Cuak jugak aku, tapi tak apa, boleh sewa life jacket bagi
orang yang tak pandai berenang macam aku. Hhahha caj dikenakan RM 5.00
untuk satu jaket dan deposit RM 5.00
perlu disediakan jugak. Nanti bila dah selesai, duit deposit akan dipulangkan.
Masa kitorang pergi, duit deposit tak diambil sebab cashier tu cakap dorang tak
cukup duit. Padan muka korang.
Raja
Pian tak nak mandi. So dia jaga beg yang ada sambil jadi jurugambar. Tempoh
masa yang diberi cuma sejam. Hurmm tak sempat kecut dah kena naik semula. Aku
tak mandi lama sebab aku macam tak confident dengan life jacket yang aku sewa.
Tambahan lagi Alip dengan Arip agak kurang mahir berenang. Kalau apa-apa jadi,
tak ada siapa nak selamatkan aku. Kiranya aku turun ke tasik sebab nak buat
syarat je lah.
Selesai
semua, kitorang balik semula ke pulau untuk aktiviti seterusnya.
Sampai
ke pulau dalam pukul 1.00 petang. Terus gerak cari tempat makan kat tepi-tepi
jalan menuju ke Cable Car. Makan
tengahari kat satu kedai makan. Harga pun masih kategori boleh tahan. Selepas
makan, naik ke Cable Car. Ada Duck Tour
tapi harga untuk dewasa RM 38.00.
Agak mahal dan tempat-tempat yang dibawa cuma di pulau-pulau. Puas dah kut
pergi pulau, so tak berminat nak naik Duck Tour.
Tiket
untuk Cable Car RM 15.00 untuk
pemegang MyKad. Maksudnya untuk Warganegara Malaysia sahaja. Harga untuk orang
luar RM 30.00 untuk dewasa. Jujur
aku cakap yang aku takut nak naik Cable Car kat Langkawi ni. Kalau kat Genting
Highland aku masih berani. Orang tak ramai, so tak ambik masa yang lama. Aku
dah debar-debar. Cuak , berdebar, takut, nak nangis. Semua ada. Aku rasa macam
tak selamat nak naik Cable Car ni. Walaupun nampak pemandangan cantik, tapi aku
taubat tak nak naik lagi Cable Car ni untuk masa akan datang. Kitorang tak
singgah kat perhentian pertama. Turun kat perhentian paling tinggi dan pergi ambil
gambar kat jambatan yang menakutkan tu. Rasa kaki ni kaku. Angin agak kuat,
jambatan rasa macam bergoyang. Puas
bergambar, aku dengan Alip balik semula kat tempat menunggu Cable Car. Mendaki
lagi.. Kaki dah longlai.
Masa
turun, dah kurang rasa takut. Mungkin sebab nak cepat-cepat habis azab kut.
Hahhahaha sempat ambik gambar dalam Cable Car dengan riak muka cuak.
Masa
perjalanan balik, niat nak singgah Beras
Terbakar tapi rasa macam tak ada apa yang menarik kat situ. Cuma ada
deretan kedai-kedai yang menjual cenderahati dan kedai makan. Teruskan
perjalanan menuju ke Makam Mahsuri.
Bayaran masuk RM 5.00 seorang untuk
warganegara Malaysia. Aku masuk untuk temankan Alip. Raja Pian dengan Arip tak
masuk sebab dah banyak kali pergi kata dorang. Kat dalam tu sempat melawat
makam dan juga rumah di Perkampungan
Kedah. Juga singgah cuci muka kat Perigi
Mahsuri. Mengikut mitos, air perigi tu boleh menyembuhkan penyakit kulit
dan beri kesegaran bagi sesiapa yang minum. Hanya Allah yang tahu kesahihan
cerita ni.
Habis
pusing, kitorang pergi Idaman Suri
pulak. Arip nak beli mangkuk yang mak dia pesan. Tengok-tengok harga coklat
dengan comforter. Harga murah jugak tapi tak beli sebab malas nak bawak naik
flight. Raja Pian beli alas tilam Queen Size dengan harga RM 56.00.
Singgah
ke shopping mall Langkawi Parade
yang sebelah Langkasuka Hotel sebab
nak tengok coklat kat situ. Masa tahun 2005 aku pegi, kitorang stay kat hotel
ni. Aku beli Cadburry Bar 2 packet.
Setiap 1 packet tu ada 3 jenis coklat. Setiap satu harga RM 12.30. Beli jugak 1 bungkus Kit
Kat 17g x 13 keping dengan harga
RM 9.90 dan 1 bungkus Kit Kat Minis Bag dengan harga RM 9.30. Ni semua orang mintak belikan.
Tak
puas membeli kat sini, gerak semula ke Coco
Valley & Perniagaan Haji Ismail Group. Beli 4 packet Empico Choco dengan harga RM 24.20. Beli jugak Tango
Almond. Satu packet ada 3 coklat. Aku ambik 2 packet dengan harga RM 20.00. Sempat sambar sebungkus Crispy Kris 825g dengan harga RM 19.90.
Selesai membeli belah untuk coklat-coklat semua. Dah tak payah nak fikir-fikir
lagi.
Balik
apartment dan siap-siap untuk solat dan aktiviti malam. Malam kitorang keluar
dan lepak-lepak kat Pantai Tengah tengok keindahan deretan bar dan café yang
ada. Singgah untuk tengok live band kat Sunba.
Kataku : Duduk layan live band pun best gak.
puas tengok gambar2....tempat2 tu memang yg selalu orang akan pergi kalau ke sini...
ReplyDeletebyk tmpt mnarik kt langkawi kan esp. pntai2 dia cantik
ReplyDelete