Hari Pertama : 29 Januari 2012
Pagi Ahad, jam 7.00 pagi dah berada
di PICC sebagai tempat berkumpul. Nampaknya Cik Sal dengan Faisal dah sampai
awal. Aku sampai PICC dalam pukul 7.00 pagi. Puan Rina se-family terus bergerak
sendiri. Raja Pian dengan wife dia pun dah gerak awal-awal pagi naik flight ke
Johor Bahru.
Memulakan perjalanan dan masuk tol
Kajang menuju ke Johor Bahru. Singgah sarapan pagi di R&R Seremban.
Mengalas perut sebelum menyambung perjalanan jauh. Kat sini berjumpa dengan Pn.
Rina se-family. Selepas makan, perjalanan diteruskan sehingga sampai ke bandar
Johor Bahru.
Kitorang menginap di Hotel New York
JB di Jalan Abdullah Tahir. Betul-betul di tengah bandar. Masa sampai dalam
pukul 11.30 pagi dan masih belum masa untuk check in. Menurut kata
receptionist, bilik belum sedia dan minta kitorang datang dalam jam 1 lebih.
Meronda dulu di Plaza Pelangi. Aku tukar duit SGD kat sini. Tukar duit RM
300.00, bila dah convert ke SGD dapat lah dalam SGD 123.45 sebab currency 2.43.
Beli seluar tido sebab terlupa nak bawak.
Dalam pukul 1 lebih, kitorang
bergerak semula ke Hotel New York untuk check-in. Sementera Faisal berurusan
kat kaunter reception, kitorang yang lain duduk-duduk sambil snap gambar. Raja
Pian dengan wife dia sampai hotel dan lengkap sudah bilangan peserta bercuti.
Hotel New York ni hotel taraf 3
bintang ( kalau tak silap ). Bilik menarik sebab kemas dan punya pemandangan bandar
JB. Ruang legar di luar agak sunyi sebab tertutup dan lebih kurang keadaan
macam asrama.
Kitorang book 3 bilik. Satu bilik
untuk Raja Pian & wife, satu bilik untuk Cik Sal & Puan Rina dan satu
bilik dikongsi 3 orang.. Itulah bilik lelaki bujang dan seorang lelaki yang dah
tak bujang. Aku sebilik dengan Faisal & husband Pn. Rina.
Perut dah bergelodak minta diisi.
Aku sebagai orang Johor pun tak tahu tempat menarik untuk lunch. Al-maklumlah,
duduk kat Pasir Gudang, jauh benor dengan Bandar JB tuh. Ambik keputusan untuk
terus bergerak ke Johor Premium Outlet ( JPO ) kat area Senai dan cari
makan kat Food Court yang ada.
Seperti yang dah sedia maklum kan,
JPO ni merupakan satu pusat membeli-belah barangan berjenama antarabangsa macam
Michael Kors, Armani, Guess, Coach, Charles & Keith. Dah dengar nama pun nama-nama
besar, harga pun gila punya mahal. Aku cuma cuci mata sahaja sambil
tengok-tengok apa yang terbaru.
Rasa-rasanya kalau orang-orang belah
KL dan Selangor tu tak perlu-lah nak datang JPO semata-mata untuk bershopping
sebab kat KL tu butik-butik dia lagi up-to-date kalau nak banding dengan outlet
di JPO ni. Mungkin ini kali pertama dan terakhir aku datang JPO ni. Lagipun
barangan dan jenama kat sini tak sesuai untuk aku yang cuma ala kadar sahaja
ni.
Lepas puas pusing JPO, terus
bergerak ke Danga Bay. Raja Pian dan wife dia gerak awal balik hotel sebab dah
tak ada apa yang nak dicari kat sini. Faisal janji dengan kawan dia sebab nak
tunjukkan tempat makan best kat area JB ni.
Jenjalan kat Danga Bay cuma untuk mengambil
angin petang. Danga Bay pun dah tak nampak
menarik sebab mungkin sebab dah terbiasa datang sini. Danga Bay ni menariknya
bila ada karnival sahaja. Kitorang berjalan suku kawasan saja, kemudian
bergerak ke Stulang untuk makan malam.
Makan malam hari pertama kat JB ni
di Restoran Sayam. Makanan biasa-biasa je, sama juga macam kedai makan ala Thai
yang lain. Mungkin kat JB ni, kawasan makan seafood tak banyak. So, kawasan
Stulang ni juga yang agak popular tambahan lagi berdekatan dengan Hotel The Zon
JB.
Habis makan dalam pukul 8.30 malam,
terus balik hotel dan bersedia untuk AJL 26 sambil mimpi nak masuk Singapore
esok hari.
Kataku : Berada di negeri sendiri buat aku tak rasa excited..hehe
mesti bosan pergi USSkan sebab ko dah biasa duk US kan...
ReplyDelete