Hari
Kedua : 30 Januari 2012
Pagi-pagi dah kena bangun untuk
breakfast. Pukul 8.30 pagi dah nak
bergerak ke Singapore. Kena isi form Imigresen Singapore sebelum bergerak. Naik
bus yang pendek dan khas untuk pelancong-pelancong. Terus terasa macam
melancong kat obersi.
kena isi form..wajib kalau nak masuk negara orang
wajib jugak ambik gambar kat bas nih..motip kan?
Kalau nak masuk Singapore ikut jalan
darat, kena 2 kali naik dan turun bas. Dari hotel menuju ke Bangunan Seri
Iskandar untuk lapor diri kat Imigresen Malaysia. Kemudian naik bas lagi dan
masuk melalui Woodlands dan lapor diri kat Imigresen dan Kastam Singapore. Tak
suka betul dengan Imigresen dan Kastam Singapore ni. Memang lah setiap badan
ber-uniform perlu tegas dalam kerja tapi make sure-lah ketegasan yang
ditonjolkan tu disenangi oleh orang luar.
Bila dah melepasi Imigresen dan
Kastam Singapore, rasa lega pulak sebab rasa azab dengan suasana kat situ. Aku
tak pasti kalau Kastam dan Imigresen kat Airport Changi pulak. Mungkin kat situ
much better kut dari jalan darat ni.
Aku nak cari kelainan yang orang
asyik cakap pasal Singapore ni sepanjang perjalanan menuju ke USS tu. Hurmmm
aku rasa macam sama saje dengan Malaysia. Cuma bangunan kat sana nampak
hi-class sikit walaupun hanya sekadar apartment. Bangunan cantik-cantik.
Sampah? Hurmmm tak dapat nak dipastikan tapi setakat ranting pokok dengan
daun-daun kering tu bersepah jugak. Mungkin kalau betul-betul tengah bandar kut
baru nampak bersih yang macam orang uar-uarkan tu.
Sampai saje kat USS, kena masuk
parking bawah. Kitorang kena naik escalator untuk menuju ke pintu masuk utama.
Sampai je bahagian atas, terus
terpandangkan globe biru bertulisan Universal Studio. Apa lagi, terus tuju kat
tempat tu dan bergambar. Bukti yang kitorang dah sampai kat sini. Hahaha..
Sebelum masuk kena scan tiket
dahulu.
Sangat teruja dengan persekitaran
dan rekaan bangunan. Cantik dan memang cantik. Mula-mula tu tak tahu mana nak
tuju dulu, tapi masa nak bergerak dah ternampak Panda yang dari movie KungFu
Panda tu keluar. Apa lagi, cepat-cepat beratur untuk ambik gambar. Nak beratur
tu tak lama menunggu sebab staff USS ada tunggu dan ambikkan gambar untuk kita.
So, ada 2 pilihan. Dia akan ambik kan gambar guna kamera dia dan kamera kita.
Kalau guna kamera dia, nanti dia akan print cantik-cantik dan jual dengan harga
SGD 12. Kalau rasa berkenan, boleh-lah beli.
Perjalanan diteruskan dan kitorang
berada di persimpangan. Mula-mula tu tak nampak jugak macam mana susunan
bangunan-bangunan USS ni, bila tengok pamphlet USS Guide tu baru lah nampak
gambaran. So, ada pilihan untuk bergerak dari kiri atau kanan dan kita akan
jumpa tempat yang sama jugak. Kitorang ambik keputusan nak mula dari kiri. Aku,
Faisal & Cik Sal jadi satu grup. Raja Pian & wife dia nak mula dari
kanan sebab nak ke Transformers dulu katanya. Pn. Rina se-family mula-mula ikut
kitorang tapi terus lost sebab baby Rayyan meragam.
First place nak pergi adalah
Madagascar. Dari jauh dah nampak kapal besar. Tak tahu lagi apa yang seronok
dan menariknya kat dalam tu. Ohhh ternampak pulak orang beratur untuk ambik
gambar kat replika watak dalam movie Madagascar. Jangan lepaskan peluang,
kitorang beratur jugak walaupun dah terasa kepanasan matahari.
Lepas yang
pertama, terus masuk ke kawasan game Madagascar. Beratur lagi ( memang semua
tempat kena beratur ). Dah nampak sesuatu yang menarik game kat sini. Tengok
lah gambar kat bawah ni ye. Kita duduk dalam bot kemudian bot ni akan
dilepaskan ikut aliran air dan masuk ke laluan di dalam kapal besar ( yang aku
cerita tadi tu ). So, sepanjang perjalanan tu, akan ada suara-suara watak
Madagascar berserta patung-patung di sepanjang tebing.
Kita boleh rasakan
sendiri seolah-olah kita turut serta dalam aminasi nih. Wahhh…first game dah
menarik perhatian dan memuaskan hati. Tengah-tengah melalui pelayaran tu (kelas..macam
berlayar kat Cruise je ayat tu), nanti ada kotak-kotak besar yang konon-konon
macam nak terjatuh menghempap kita. Berderau gak jantung takut-takut kalau
terjatuh betul. Hahhaha..paling best tu masa dah nak keluar, kita akan lalu
satu kawasan macam air terjun. Tak sentap ke kalau tengok air terjun kat depan
mata. Basah le baju nanti..Aku dah risau. Bila nak dekat je, air terjun tu
berhenti dan beri laluan kepada bot. Ajaib…Puas hati.
Senyum lebar sampai ke telinga..Sekali
lagi rasa puas hati..Keluar je dari area tu, masuk ke kedai cenderamata. Beli
fridge magnet kat sini. Kemudian terus gerak ke tempat ke dua. Tau kitorang
gerak ke mana? Ha..tengok lah kat bawah ni. Sangat kanak-kanak riang kan? Masa
kecik-kecik dulu mak ngan arwah abah tak penah bawak tempat macam ni, so bile
dah besar & panjang ni, aku nak juga rasa apa yang aku tak pernah rasa.
Hahhaha.. ni kat kawasan King Juliens Party Go Round. Main pusing-pusing je. Cik
Sal tunggu kat tepi untuk ambik gambar dua orang kanak-kanak yang terlebih hormon
nih.
Sebelum gerak ke Far-Far Away,
sempat tengok show Alex and the gang kat tengah-tengah panas. Seronok jugak.
Habis show, ambik gambar tapi Gloria suka meraba. Ada ke patut dia meraba
ketiak aku. Tak senonoh betol.
Kat bahagian depan sikit tu ada
Istana Shrek. Besar..dah macam istana betul. Kat USS ni, kita tak boleh
berlengah. Kena bergerak pantas untuk kejar show yang dah ada waktu-waktu
ditetapkan.
Idea sape lah kan ajak masuk kat
Enchanted Airways – The Ways Of Far Far Away yang terletak berdepan dengan
Istana Shrek tu.. Huh ingatkan roller coaster tu biasa-biasa je, tapi rupanya
menyentapkan jantung. Sejak menjak dua menjak dah berumur ni kan, dah tak larat
nak naik benda-benda macam tu lagi dah tapi bila pikir-pikir semula rasa
seronok pulak.
menangis tak berlagu sebab main roller coaster nih..hahahha best kan?
Habis derita kat sini, kitorang
masuk pulak Istana Shrek. Dalam istana ni, kita boleh tonton movie 4D. Sebelum
masuk kena ambik cermin mata 4D berbingkai hijau. Sebelum masuk kat hall, kita
kena berkumpul kat ruang legar dan dengar celoteh dulu dari cermin azimat. Ntah
apa dia merepek pun aku tak tahu, ingatkan dengar dia membebel bodoh-bodoh
macam tu je sambil pakai cermin mata. Rupanya tu baru first step. Habis je
cermin azimat membebel, pintu dibuka dan kita semua dibenarkan masuk ke
bahagian movie. Macam kat panggung wayang jugak. Pilih seat dan duduk dengan
selesa.
Dah nama pun 4D kan,
jelas..terang..nyata..dan terus masuk dalam dunia Shrek dan Fiona. Mak aiii…menakjubkan
sangat. Bila part donkey bersin, ada percikan air kena kat penonton, waktu naik
kereta kuda, kerusi pun bergerak sama seolah-olah kita naik kereta kuda sekali.
Waktu labah-labah keluar, terasa kat kaki kita ada benda bergerak. Kalau tak
silap dorang guna teknik angin je tu. Sekali lagi memang puas hati tahap dewa.
Habis show, masuk ke kedai cenderahati. Arghhh kalau tengok harga, please don’t
convert ke RM. Anggaplah kita ni orang Singapore jugak. Hahahahah.. Kalau
di-convert, memang menangis lah jawabnya. Aku beli lagi fridge magnet untuk
diri aku sendiri.
Keluar dari bangunan istana,
kitorang duduk lepak kat kerusi. Dah penat dan panas. Keluarkan semua
biskut-biskut yang ada untuk isi perut waktu tengahari. Jumpa semula dengan Pn.
Rina se-family. Tengah syok-syok melepak sambil melepaskan penat, show donkey
dah nak bermula. Staff USS dah panggil-panggil orang ramai untuk beratur. Aku
tak dapat gambaran show apa sebenarnya cuma orang bercakap pasal show donkey.
Aku imagine donkey betul-betul akan menari-nari. So bad kan imaginasi aku?
Beratur lama.. Sekali lagi, sebelum masuk hall, kena duduk tunggu kat ruang
menunggu. Dengar dorang bebel-bebel dan masuk ke dalam. Tak menarik langsung
show donkey nih. Untuk kanak-kanak boleh la, kalau untuk orang dewasa yang tak
bawak kanak-kanak, terasa macam tengok show budak sekolah tadika je.
Destinasi seterusnya ialah Water World tapi tempat ni ditutup sekejap dan akan dibuka jam 3.00 petang. So,
terus menuju ke Jurassic Park. Dah beratur elok, sekali je staff USS maklumkan
yang ada masalah teknikal dan akan ambik
masa untuk bergerak semula. WTFish..
Terus je pergi kat tempat-tempat
lain. Singgah kedai cenderahati Jurassic Park. Beli fridge magnet lagi kat sini
dan ambik gambar kat kepala dinasour. Beli gambar dengan harga SGD 12 sebab
rasa gambar tu macam menarik sangat. Tak apa, untuk kenangan pertama kali pergi
kan?
Tak puas hati betul sebab baru
beberapa minit kitorang tinggalkan tempat beratur untuk game kat Jurassic Park
tu, tengok-tengok game tu dah boleh jalan semula. Arghhhh tak boleh lepaskan
peluang. Aku dengan Faisal masuk semula dan beratur. Cik Sal tunggu kat tepi.
Lama jugak nak tunggu. Almost 1 and half hours gak lah. Game ni macam kita lalu
kat jeram-jeram, konon-konon terlepas hanyut kat sungai. So kat tepi-tepi
sungai tu banyak dinasour yang jahat-jahat. Aku tak feel sangat kat sini sebab
benda ni berpusing-pusing ikut aliran air. Naik sekali dengan adik-adik minah
dan mat saleh. Paling klimaks kat game ni bilamana kita akan masuk dalam satu
terowong yang gelap gelita. Sampai kat hujung, bot bulat ni akan diangkat naik
ke atas. Kat atas tu ada kepala dinosaur yang konon-konon macam nak makan kita.
Kat belakang tu ada dinding hitam. Surprise-nya bila dinding tu akan terbukak
dan membuang bot bulat tu keluar dan berlaku-lah percikan air yang akan
membasahkan kita-kita semua. Thanx God..aku dengan Faisal dah pakai rain coat
USS ( wajib sebut ), air tu betul-betul menyimbah kat belah kitorang. Hahhaha…seronok
memang seronok tapi nak beratur tunggu turn tu yang berapa nak seronok.
Dah puas sebab dapat melepaskan gian
nak main benda alah ni. Kena gerak ke tempat seterusnya sepertimana akan aku
ceritakan dalam Part III.
Kataku : Next time kalau nak pergi, pakai baju & seluar yang senang untuk bergerak..
Eiii..bestnya...tak penah g lagi...takleh jadik nie...hehhe
ReplyDeletebanyaknya gambar..huhuuu..
ReplyDeletedkna tak pernah sampai singapura lagi
teruja lak.. plan nak ke sana bln 6 ni..
ReplyDeletehehhehe kena pegi..utk release kan diri..seronok kan skali skala pegi tmpat2 yg mcam ni..
ReplyDeletealahai jelesnye..
ReplyDeletei mmg xdpt pegila wat mse skrg..
coz da blacklisted..uwaaaa :((