Friday, February 3, 2012

PUTRAJAYA KE USS PART IV

HARI KE 3 : 31 JANUARI 2012

Bangun tidur dengan penuh senyuman sebab misi USS dah berjaya. Pagi ni tak ada aktiviti yang nak dijalankan. Plan asal nak mandi kolam tapi malangnya, kolam renang bukak pukul 10.00 pagi dan banyak pulak syarat yang dikenakan. Siap kena pakai swimming trunk bagai . Huh..spender ada-lah aku bawak. Swimming trunk mana ada.

Lepas breakfast, jalan-jalan kawasan hotel sekejap dan balik bilik untuk kemas-kemas barang apa yang patut. Dalam pukul 11.30 pagi kitorang dah check out untuk meneruskan planning ke Melaka pulak. Pn. Rina se-family lambat check out sebab dia nak ke Singapore semula. Raja Pian & wife dia pulak dah check out awal sebab dia masuk Singapore naik public transport. Tinggal lah kitorang bertiga yang bujang-bujang nih.

Misi di Melaka adalah untuk ke Zoo Melaka. Jangan ketawakan kitorang ye. Saje je nak melawat kawan-kawan lama yang masih tertinggal kat Zoo Melaka tu. Sekali sekala tenangkan fikiran kat Zoo pun okay jugak.

Sampai Melaka terus telefon Alif. Mintak dia tunjukkan restoran asam pedas yang howt kat Melaka. Lepas makan, lepak jenjalan kat Dataran Pahlawan. Usai kat sana, terus menghala ke Menara Taming Sari. Dengan bayaran RM 10.00, dapat naik ke atas untuk menikmati pemandangan Melaka. Rasanya ni kali ke-3 aku naik benda alah ni. 

Habis di Menara Taming Sari, terus gerak ke Zoo Melaka. Aku sebagai driver dah tersalah masuk jalan. Hahhaha, tersesat sikit tapi tak apa, Melaka ni negeri yang kecik. Segera telefon kawan-kawan yang ada untuk bagi direction. At last dapat jugak cari jalan untuk menghala ke Ayer Keroh.

Bermula-lah aktiviti kat Zoo Melaka iaitu melawat haiwan-haiwan..



























Kataku : Kehabisan idea untuk menulis pasal hari ke-3.

No comments:

Post a Comment