Kitorang ke Egypt.. Patung mumia
besar-besar bagak..Kalau runtuh hempap orang ramai tu memang confirm semua
masuk ICU. Tengok-lah gambar-gambar tu semua. Kat Egypt ni pun ada game macam
roller coaster jugak. Tempat ni tertutup. Kira macam masuk ke dalam satu
bangunan purba. Cik Sal tak nak masuk. So, dia duduk luar jaga harta karun ( beg makanan ) yang
kitorang bawak. Nak masuk dalam tu agak suram. Aku macam tak sabar nak main
roller coaster ni tapi rasa seram sejuk jugak.
Saat yang ditunggu dah tiba. Tak
mampu nak ceritakan kat sini. Bangang betul roller coaster ni. Bukan bangang
sebab tak best tapi bangang sebab terlalu best dan hamper-hampir meragut
jantung dan hati aku. Bukan meragut nyawa ye. Jangan salah paham. Kat dalam ni
lontaran vocal aku diasah. Memang suara paling jelas, nyaring, kuat, vabreto,
falsetto semua keluar. Dah tak de perasaan malu dah walaupun chinese sebelah
aku macam tak bersuara (bisu mungkin..hahahha). Ye..aku over dan aku mengaku memang aku
terlalu over.
Mana tak over-nya, ko bayangkan. Dahlah
duduk row belakang dan paling tepi. Kita dibawak mengembara dalam dunia mumia.
Sampai satu part tu, api menyembur keluar dari bahagian tepi dinding. Panas tau
tak? Pastu roller coaster tu berhenti mengejut sebab kat depan ada dinding yang
tak boleh dirempuh. Kat dinding tu keluarlah binatang macam serangga besar yang
nak mengganggu kitorang. Ha..tengah duk melayan binatang buruk tu keluar,
roller coaster tu ditarik ke belakang dan menjunam ke belakang. Faisal kata dia menjunam 90 darjah. Aku tak pasti pulak sebab sedap sangat menjerit. Benda yang tak
dijangka sebab keadaan gelap gelita. Bodoh…memang bodoh…Bodoh betul game ni..
Sape punya idea lah kan.. Bodoh sebab best..hahahha..
Kepala aku dah pening-pening lalat
dan terus gerak ke Galactica Ride. Roller Coaster yang besar tinggi. Masa
mula-mula datang dan nampak dari jauh, teringin nak naik. Tapi bila dah depan
mata, aku surrender. Aku tak nak naik dah. Takut. Roller Coaster ni ada dua.
Satu merah dan satu biru. Dua permainan yang berbeza tapi akan bergerak sama.
Huh..tak sanggup. Aku masih sayangkan nyawa yang sangat berharga (alasan orang
yang takut).
berani tak naik? tahniah kalau anda berani..hehhehe
Sebagai pengganti, kitorang main lah game
Accelerator yang warna kuning ni. Game tu macam main game cawan pusing-pusing
yang kat funfair tu je, cuma yang ni
lebih modern.
Tak teruja sangat dengan permainan
ni. Orang pun tak ramai yang main game kuning ni. Langkah seterusnya ialah
Transformers.. Kitorang bergambar dahulu kat luar kawasan dan masuk terus ke
game di bahagian dalam.
Orang kat dalam agak ramai tapi
malangnya, permainan ditutup sebab mengalami masalah teknikal. Mungkin mesin
dah penat sebab seharian bekerja. Huh..hangin satu badan sebab orang kata game
kat Transformers ni menakjubkan. Baru berangan nak merasa gegar-gegar duduk
dalam kereta macam movie Transformers tu. So, impian terbantut. Keluar dengan
penuh rasa kecewa (katanya..)
Untuk mengubat kelukaan hati (macam
bahasa novel), kitorang berjalan pulak ke bahagian Hollywood. Ha, kat Hollywood
ni dia bawak suasana sebenar di Hollywood. Rekabentuk bangunan, jalan raya dan
model-model Charlie Chaplin dengan kartun yang baju merah yang seksi tu (tak
tau nama..tengok gambar-lah nanti ye). Kat bahagian sini, kitorang ada masuk
kat bahagian Camera Action. Kat sini dia bawak kepada situasi sebenar
penggambaran di Hollywood. Rasa tertipu je kan bila tengok keadaan penggambaran
sebenar. Hanya mengambil ruang yang kecik saja untuk menggambarkan satu suasana
ribut yang besar.
Habis part ni, kitorang pergi cari
cenderahati sementera menunggu waktu bermulanya teater. Menunggu lama tapi
teater yang dipersembahkan biasa-biasa sahaja. Aku mengantuk, so tak dapat nak
menjiwai teater yang ada. Sekadar mengisi masa lapang yang ada. Hehehe..
Apa yang aku nampak, kat bahagian
Hollywood ni tak banyak aktiviti yang ada. Cuma persembahan jalanan dan jugak
persembahan nyanyian jalanan je. Tapi seronok jugak tengok orang menyanyi dan
menari kat tengah-tengah jalan raya.
Jam 7.00 malam USS dah nak tutup. So, sementara nak tunggu jam 7.00 malam tu, kitorang lepak-lepak jap dan singgah kedai cenderamata Universal Studio. Sempat lagi beli baju t-shirt, fridge magnet dan beg untuk habiskan SGD yang tinggal saki baki. Lengkap sudah penerokaan kat USS sepanjang hari.
Baby Rayyan masih segar sebab dia dah tido dalam stroller
penat tu..sambil tertido ayam dalam bas
Kataku : Kena pergi sekali lagi untuk main game yang tergendala.
Besttnyaaa ! da lama tak jalan2. =)
ReplyDeleteYang kt USS tu..roller coaster dia yg pling thrill kan. lagi2 yang merah..fuhh, gila punye.
aah..btol tuh..ha yg roller coaster mrah biru tu mmg xsggup nk naik dah..
ReplyDelete