Lagu-lagu
raya dah kuar kat radio, menambahkan semangat untuk menyambut hari raya bersama
family kat kampung. Tahun ni beraya kat umah nenek kat Batu Pahat dulu sebab
mak dengan adik beradik lain balik rumah nenek jugak. Lepas tu baru balik ke Pasir
Gudang pulak untuk jumpa dengan kawan-kawan sekolah yang lain.
Dalam
dengar-dengar lagu raya tu, jangan lupa pulak dengan amalan-amalan di bulan
Ramadhan..takut-takut jadi malas nak bertarawikh pulak kan?
Hari
cuti hujung minggu lepas, aku seharian layankan lagu-lagu raya. Seronok kut
lagu-lagu raya ni sebab malar segar, tambahan lagi dengar setahun sekali je.
Apa
lagu raya kesukaan aku?
Aku
paling suka lagu Satu Hari Di Hari Raya nyanyian Dato’ M. Nasir dan lagu
Dendang Perantau daripada Tan Sri P. Ramlee. Percaya tak, dulu masa aku belum
baligh, aku tak suka gile kat dua lagu ni. Aku tak tau apa puncanya, bagi aku
macam dua lagu ni entah apa-apa. Bongok jugak aku time tu kan? Time tu aku suka
lagu yang ada sebut pasal kuih raya, sebut pasal makanan, pasal mercun macam
lagu Allahyarhamah Saloma..Keh..keh..keh
Tapi…lepas
aku baligh dan berakal ( motip? ), aku ternanti-nantikan dua buah lagu ni bila
menjelangnya hari raya.
Puncanya?
Aku pun
tak tau..tapi aku suka gile sebab mungkin aku dah paham apa yang nak
disampaikan dalam lagu ni. Siap jadi lagu peberet lak tu..
Tu yang
membezakan hari raya di zaman kanak-kanak dah juga selepas dewasa. Kalau zaman
kanak-kanak, asyik pikirkan pergi beraya, dapat duit raya dan dapat makan kuih
raya yang sedap-sedap. Bila dah dewasa, erti hari raya dah berbeza. Hari raya
untuk bertemu sanak saudara, bermaaf-maafan, bersedekah dengan bagi duit raya
kat budak-budak dan juga menggembirakan mak di pagi raya.. * arghh tetiba rasa sedih ni..
Kataku :
Jom layankan lagu raya
mana2 tempat pun dah berkumandang lagu2 raya nie........jom layan
ReplyDeletedah hampir 3 hari tak tengok tv dan dengar radio...hehehe :)
ReplyDelete