Hari Isnin lepas
ada majlis berbuka puasa bersama Tan Sri KSN dan jugak Presiden Perbadanan
Putrajaya. Tetamu jemputan pulak KSU-KSU dari semua kementerian dan jabatan.
Aku bertugas jadi
tukang jaga makan je lah kan..dah sah2 duduk unit F&B.. redha je lah..hari2
menghadap makanan.
Majlis berjalan
lancar walaupun ada sedikit perubahan last minute. Kesian kat katerer sebab
kena rombak balik setting meja untuk VVIP.
Dan aku pulak cuma
pantau dorang setkan meja-meja tu je lah..huhu
Majlis bermula
dengan tazkirah dan diikuti dengan berbuka puasa. Kemudian tetamu pegi solat
maghrib dan sambung makan malam pulak. Masuk waktu Isyak, dorang solat dan
diteruskan dengan solat sunat tarawih. Lepas tarawih ada pulak moreh.
Aku tak ambik “pot”
sangat lah pasal event ni sebab ada cerita disebalik majlis ini.
Kataku :
Anak kera disusukan, anak sendiri mampus kelaparan
bertugas ke...nmpknya mkn pun krg kan kalau time keja..kalau betoi sbg tetamu dpt la mkn betoi2 kan kan..hehe
ReplyDelete