Masa duk
mengemas-ngemas baju-baju yang ada dalam kotak (sejak pindah, malas nak
memunggah baju), terpikir jugak nak dermakan baju-baju dengan seluar-seluar
yang masih boleh pakai ni kat mana-mana pusat kebajikan. Tapi bila
dipikir-pikirkan balik, mana nak cari pusat kebajikan tu kan. Setakat berapa
helai je (banyak helai jugak sebenarnya).
Akhirnya google
punya google, jumpalah cerita pasal Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9,
Putrajaya. Sebenarnya dah pernah terbaca kat blog Jemarisuri pasal pusat nih.
So, bila dah diasing-asingkan baju yang nak didermakan, aku pun hantar.
Kedudukannya di flat hijau Presint 9 (orang Putrajaya mesti tau)..
Sebenarnya pusat
kitar semula ni menyediakan perkhidmatan menerima barang-barang recycle.
Recycle yang boleh mendatangkan duit seperti kertas, tin, botol dll. Jugak
recycle atas dasar kebajikan iaitu dengan mendermakan pakaian terpakai. So, takde
duit yang akan diberikan. Pakaian tersebut akan dirapikan semula dan akan
dijual. Hasil jualan akan didermakan kepada badan kebajikan. Secara tak
langsung, InsyaAllah dapat jugak pahala untuk kita kan?
4 beg kesemuanya
sini lah tempatnya
Kataku :
Sangat mudah kan?
semoga tgn yg memberi dpt membantu mrk yg memerlukan...^^
ReplyDeletesis pun dh lama tak bertapak ke sini^^
insyaAllah..smbgn skcil ini hnya hrapkan blsan dr Allah je..
ReplyDelete