Assalamualaikum..
Salam Sejahtera Untuk Semua
Aku bukan kaya,
apatah lagi hendak berlagak kaya. Ya, aku tau bila aku bercerita yang aku
bercuti sekali lagi ke Kota Yogjakarta selepas pulang bercuti dari Korea (
bulan September ), orang akan kata aku sengaja menghabiskan duit, membazir dan
membuang masa pergi ke negara orang.
Bercakap lah
sepuasmu kalau itu yang menjadi kesukaanmu. Aku kenal dan tahu siapa diri aku,
apa tujuan aku dan kenapa aku buat macam tu.
Lupakan drama
sebabak tu, let’s continue dengan sedikit pengalaman aku bercuti santai di
Yogjakarta yang berhati nyaman. Pertama sekali aku nyatakan kat sini yang
percutian aku ni bukan untuk bercuti dengan tujuan melihat negara dan
tempat-tempat menarik di sana. Tujuan aku bercuti adalah untuk bersantai,
menenangkan diri di sana dan paling penting berjumpa dengan kawan-kawan yang
dah setahun tak aku jumpa. Rindu...ya ada perasaan rindu aku pada mereka.
Untuk pengetahuan
semua juga, ini kali kedua aku terbang ke Yogjakarta. Jadi, aku dah puas jelajah
daerah di sana. Tiadalah kunjungan ke candi-candi, ke pasar-pasar atau
muzium-muzium sejarah untuk percutian kali ini. So, jangan mengharapkan
gambar-gambar seperti itu. Tempat-tempat tu semua dah aku abadikan masa
percutian pada tahun 2010 (kalau tak silap).
Flight dari LCCT
pukul 3.15 petang waktu Malaysia. Aku ambik half day, pagi tu kerja, tengah
hari gerak ke LCCT. Sampai di Lapangan Terbang Adisucipto pukul 5.00 waktu
Indonesia. Sesiapa yang dah pernah pergi ke Yogjakarta mesti tau kan betapa
kecik nya epot daerah ni. Masa beratur untuk lepaskan Imigresen pun kena
bersesak-sesak. Sabar aje lah.
Mas Ichan dan Wahyu
dah tunggu aku dengan penuh keterujaan. Haha TQ sebab datang jemput. Dari epot
ambik Mas Tintung pulak untuk menuju ke destinasi di Jalan Malioboro untuk satu majlis di Mirota Batik mall
dan majlis tu jugak mendapat tajaan pakaian daripada butik Mas Ichan. Sebab tu
kitorang datang untuk majlis tu. Kebetulan MC untuk majlis tu kawan-kawan kitorang jugak.
menunggu waktu pengumuman pemenang
Majlis habis pukul
11.00 malam. Aku dah penat sangat. Singgah makan gudeg kat lesehan. Best
sangat. Gambar tak snap sebab dah malam, bateri hp pun dan nak mati.
Kataku :
Susah sangat
nak dapat wifi kat sana.. mati kutu aku..
No comments:
Post a Comment