Assalamualaikum..
Salam Sejahtera Untuk Semua
Hari kedua di bumi
Yogjakarta berhati nyaman. Kenapa aku asyik sebut “Yogjakarta berhati nyaman”?
Tu sebenarnya tagline penduduk kat sana dan memang orang-orang Yogjakarta
berhati baik dan murah dengan sapaan dan senyuman.
Siang di sana agak
cepat kalau nak dibandingkan dengan Malaysia tapi aku tetap jugak tak bangun
awal. Hehehhe.. sengaja memalaskan diri dalam mood bercuti dan Mas Ichan tak
menghalang aku untuk terus tidur. Lupa pulak nak bagitau kan yang sepanjang 3
hari kat sana, aku cuma tinggal di rumah Mas Ichan. Kebetulan pulak dia memang
tinggal berdua bersama dengan pembantu rumah dia. So, tak ada masalah untuk aku
tumpang rumah dia yang sangat selesa bagi diri aku. Dengan suasana kampung dan
pokok-pokok, sangat mendamaikan. Memang rasa malas nak pulang ke Malaysia.
Bila aku mandi dan
bersiap, Wahyu dah sampai dan menunggu aku. Kitorang bergerak untuk ambil Mas
Tintung di saloon tempat dia bekerja dan meneruskan perjalanan ke tempat makan.
Aku dah lapar sangat dek sebab perjalanan yang agak jauh. Dalam masa yang sama
aku seronok sebab dapat tengok kawasan-kawasan yang menarik. Sawah pagi, kebun,
rumah-rumah kampung, kedai-kedai dan jugak anak-anak bermain di jalanan.
Tengah hari nya
pula aku ke Outlet Biru ( OB ). Kalau nak beli t-shirt, seluar malah kasut,
boleh datang ke OB. Harga murah, pilihan banyak dan barangan terbaru. Selesai
belanja, gerak ke butik Sang Raga milik Mas Ichan.
Walau pun tak
banyak tempat yang aku pergi tapi masih tetap rasa penat. Faktor usia mungkin..
Hahhaha.. atau mungkin jugak aku dah setkan dalam otak yang percutian kali ini
adalah untuk bersantai, jadi badan aku cepat merasa malas dan penat. Dalam
pukul 3.00 petang, kitorang balik ke rumah dan rehat. Terasa aku dilayan macam
putera. Sampai-sampai je rumah, terus baring dan tidur sebab malam nanti ada
aktiviti lain yang akan menyusul.
Malamnya kitorang
keluar untuk lepak-lepak di Balcony Cafe sambil tonton live band. Dalam pukul
12.00 malam, aktiviti malam pun bermula.. Tetttttt...
Kataku :
Terima kasih
untuk semua
Melach!... hahahaha
ReplyDeletebestnye dpt lepak2 gitu...
ReplyDeletehilang smua stress hehe