Friday, March 6, 2015

RENEW PASPORT - SELESAI

Assalamualaikum...

Settle sudah renew pasport. Aku renew kat Jabatan Imigresen Malaysia, Menara Ikhlas Putrajaya. Menara Ikhlas terletak di Presint 3, Putrajaya. Jabatan Imigresen Malaysia pula terletak di Aras 3, Menara Ikhlas.

Bila sampai tu, tekan je lif ke aras 3, memang keluar lif terus nampak pintu masuk ke Jabatan Imigresen Malaysia

Aku keluar awal pagi dan sampai ke situ dalam jam 8.00 pagi. Ambil nombor di kaunter nombor giliran dan nombor aku yang ke 1030. Maknanya dah ada 29 orang datang sebelum aku sampai.



Jangan risau, sebab kaunter banyak dibuka dan tak perlu tunggu lama. Tempoh masa menunggu dari mula aku sampai hingga ke proses bayaran hanyalah 30 minit. Kemudian, tempoh pasport siap adalah 1 jam selepas kita buat bayaran.

resit bayaran berserta nombor giliran

Kalau nak renew pasport, cara-caranya adalah :

1. Ambil nombor di kaunter nombor
2. Bawa pasport sedia ada dan juga  Kad Pengenalan
3. Bila nombor giliran dipanggil, serahkan pasport dan Kad Pengenalan kepada Pegawai         Imigresen
4. Tak perlu bawa gambar sebab kita akan ambil gambar di kaunter (macam buat IC)
5. Cap jari kiri dan kanan akan diambil
6. Tunggu semula dna nombor giliran akan dipanggil untuk buat bayaran
7. Selepas bayaran, tunggu 1 jam untuk mengambil pasport yang dah siap

Jadi, tempoh masa keseluruhan adalah 2 jam dari mula sampai sehinggalah pasport diambil.



Bercerita tentang ruang menunggu pula, aku sangat berpuas hati sebab banyak kerusi disediakan dan boleh duduk di mana-mana saje. Tambahan lagi, jika dibanding dengan Jabatan Imigresen Malaysia di Presint 14 sebelum ini, yang di sini keluasannya lebih besar.

Terdapat juga disediakan Bilik Menyusu untuk para ibu yang hendak menyusukan anak serta Bilik Bermain untuk kanak-kanak. Nampaknya pihak Imigresen mengambil berat tentang kebajikan pelanggannya.

Terdapat 24 kaunter kesemuanya dan sebanyak 8 kaunter dibuka untuk permohonan pasport Malaysia dan 2 kaunter bayaran. Tapi masa aku datang pagi tadi, cuma satu kaunter bayaran yang dibuka.

Kaunter 1-10 untuk kes-kes yang khas. Orang pun tak ramai nak berurusan di sini

boleh rujuk di sini mengenai bayaran pasport


Hari & Waktu Urusan Di Putrajaya  : 

Isnin - Khamis
( 7.30 pagi - 5.30 petang . Rehat jam 1.00 ptg - 2.00 ptg )

Jumaat 
( 7.30 pagi - 12.15 tengahari. Rehat jam 12.15 tghri - 2.45 ptg)

Tutup :

Sabtu Ahad & Cuti Am

Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya tidak lagi beroperasi pada hujung minggu. Perkhidmatan kaunter hanya berjalan pada hari Isnin sehingga hari Jumaat. Kalau nak berurusan pada hujung minggu, boleh pergi ke Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Kajang. Tapi orang confirm ramai.


pasport dah siap..dah boleh pegi Singapore balik hari nih..pujian untuk Imigresen sebab dia dah hilangkan jerawat aku dalam gambar ni..hehhe

Nota kaki:
Nampaknya perkhidmatan yang diberikan semakin memudahkan



2 comments:

  1. hi, saya ada share entri tuan pasal buat passport ni di blog saya http://luzimamizah.blogspot.com/2015/07/assalamualaikum-dan-salam-satu-malaysia.html

    ReplyDelete