Assalamualaikum...
Saje nak share pasal resepi Hoddeok, makanan dari Korea. Sesuai untuk minum petang atau waktu kau nak mengunyah-ngunyah walaupun perut masih kenyang.
Masa bercuti ke Korea tahun 2013, tak jumpa pulak makanan ni. Tapi hasil dari google2, katanya Hoddeok banyak dijual di tepi-tepi jalan. Mungkin waktu tu aku tak kenal lagi sape Hoddeok ni..
Bahan-bahannya :
Doh
- 2 cawan air suam*
- 4 sudu besar gula*
- 4 sudu teh yis serbuk*
- 1/2 sudu teh garam*
- 2 sudu minyak sayuran*
- 4 cawan tepung gandum
Filling
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu teh cinnamon powder
- 4 sudu besar walnut cincang
Cara-caranya :
- Campurkan yis, garam, gula, air suam dan minyak sayuran dalam satu bekas. Larutkan kesemua bahan.
- Masukkan tepung gandum dan uli. Kalau doh masih melekat-lekat kat tangan, tambah tepung sikit-sikit lagi sampi adunan tu nampak cantik dan tak melekat.
- Ketepikan dan tunggu 1 jam. Bagi doh tu naik.
Terimalah doh yang buruk hasil ulian aku. Ni masih melekat-lekat di jari jemari, tapi malas nak tambah-tambah tepung.
- Sementara menunggu 1 jam tu, campurkan kesemua bahan-bahan filling (gula perang, cinnamon powder dan walnut cincang) di dalam satu bekas yang lain dan ketepikan.
Ni saki baki filling yang akak aku buat. Aku ambik, malas nak buat yang baru.
- Selepas 1 jam :
Bulat-bulatkan macam nak buat pau, kemudian lenyekkan dan masukkan filling. Bulatkan balik.
Panaskan pan, dan curahkan sikit minyak dan campaklah bulatan doh itu.
Agak-agak macam bawah dia dah garing sikit, terbalikkan dan penyekkan dia. Jadikan leper macam roti bom. Biarkan dia garing ikut citarasa kau sendiri.
Dah siap. Makan panas-panas memang syiok. Waktu ni kat luar tengah hujan. Lebih sedap kalau filling tu kau letak lebih-lebih. Bila gigit tu, dia meleleh keluar.
Nota kaki:
Kenapa ntah orang lain kalau masak, hasilnya cantik je. Kalau orang bujang ni yang masak, nak menengok pun macam segan-segan je.
oklah tu.elok sama je saiznya...
ReplyDelete