Monday, June 15, 2015

JALAN - JALAN KLCC

Assalamualaikum...

Time-time gaji dah tinggal seciput dua ciput ni rasa malas je nak melangkah keluar rumah time hujung minggu. Rasanya mau baring atas katil dan tunggu hari gaji. Eh..melampau sangat kalau macam tu kan?

Imaginasi je macam tu. Tapi sekarang ni aku macam lebih suka lepak rumah, tengok movie kat laptop, layan lagu-lagu dan tidur. Tu aktiviti hujung minggu aku. Kalau ada yang mengajak keluar dan aku rasa betul-betul nak keluar, barulah aku akan keluar. 

Hujung minggu lepas, aku takde niat nak berjalan pun tapi bila dah member beriya mengajak bertalu-talu mintak teman ke KLCC, maka rapuh terus hati. Demi sebuah persahabatan., Gituh falsafahnya. Mengalah dan terus siap-siap. 

Selepas Asar, terus berdesup ke Tasik Permaisuri. Park kereta kat situ dan bertukar kereta pulak. Naik Mr. City Encik Oey. 

Haluan terus ke KLCC.

Masuk ke Butik Coach. 

* Menangis depan cermin butik je bila member ajak masuk.

Rupanya sang member ni dah aim lama beg tu.

Bisik-bisik jugak le aku tanya dia.. "berapa harga beg ni??"

"RM1500.00"  jawab sang member.

Pengsan 10 kali aku kat butik tu bila dengar jawapan dia.




Inilah rupa beg yang dibeli.

Aku terasa sangat kerdil bila duduk dalam butik tu lelama. Tempat shopping aku cuma lah down town sahaja. 

* Lap air mata guna hujung baju.

Tapi bagi aku, kalau aku bergaji besar pun mungkin berkeinginan nak sambar sebiji dua beg yang berjenama. Reward untuk diri sendiri orang kata kan. Tengok lah one day nanti. Tunggu tabung ayam penuh. Hahaha..


Mampu snap picture saje. Nampak tak gi KLCC pakai selipar jamban je. Ada kisahnya tu.

Dah datang KLCC, tak kan nak lepak sekejap je kan.

Saje mencukupkan syarat, kitorang pun pergi kat air pancur luar KLCC tu.

Macam biasa la tengok air pancur berirama.




Tiba-tiba keadaan jadi haru biru bila ada dua kumpulan budak remaja bergaduh siap berdarah-darah.

Dah la ramai pelancong-pelancong luar, budak-budak Malaysia buat perangai pulak.

Teruk la dik perangai korang. Malu abang sebagai warganegara Malaysia.

Ini ke budaya yang kita tunjukkan pada orang luar?


Bosan la jugak lepak kat luar ni. Saje ambik-ambik gambar buat kenang-kenangan.





Ok, nak cerita pasal selipar jepun tu. Sebenarnya, dari rumah ke KLCC aku pakai kasut. Bila keluar je dari kereta, aku rasa tapak kasut aku dah lain macam keadaannya. Bila mula berjalan, eh tapak kasut boleh pulak tertanggal.

Nasib baik lah Oey ada selipar spare dalam kereta. Segera aku tukar selipar. 

Buat tebal muka je pakai selipar tu sebab selipar tu bukan saiz aku. Saiz kecik sikit.

Nota kaki:
Nasib baik lah ada selipar spare dalam kereta. Kalau tidak, memang kaki ayam je lah.

3 comments:

  1. hehehe.saya pun pernah ada pengalaman teman kawan masuk coach n lv. rasa tebal je muka. kita pakai beg carlo rino je..rasa nak kepala dalam beg je. .tak terfikir pun nak pakai brand mahal-mahal ni. tapi kalau duit dah tahu nak buat apa memang pakai jugaklah kot. hahaha. berangan je boleh...

    ReplyDelete
  2. ingat ke encik fendi punya beg coach tadi. hahaha. baru nak nangis pinjam bahu cc mona hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahaha mmg tidak la kalau nak beli smpai 1.5k tu..macam2 boleh buat dgn duit tu..hehehe

      Delete