Friday, June 19, 2015

RAMADHAN KAREEM

Assalamualaikum...


Selamat berpuasa dan selamat melipatgandakan amalan di bulan Ramadhan.

Macam mana permulaan puasa? Harap semuanya berjalan lancar.

Bagi sang bujang macam aku, sambutan puasa biasa-biasa saje. Tahun ni azam Ramadhan macam tahun lepas jugak. Kalau boleh tak nak beli juadah kat bazar. Nak memasak sendiri dan cuba macam-macam resepi.

Bagi individu lain, terpulang kepada mereka. Kalau nak membeli kat luar, tiada masalah tapi make sure jangan sampai membazir. Rasa sayang kalau tengok banyak makanan berlebihan. Ada di kalangan umat Islam di negara lain yang kekurangan makanan.

Bukankah salah satu tujuan berpuasa adalah untuk melupakan sebentar soal makan minum dan menumpukan kepada amal ibadah?

Bagi para peniaga pula, berniagalah dengan ikhlas. Sediakan makanan yang bersih dan memuaskan hati para pembeli. Aku yakin, di bulan Ramadhan ni, rezeki para peniaga berganda-ganda.

Semalam aku masak sup ayam untuk makanan berbuka. Masak ala kadar je, asalkan kenyang sudah. Terasa lebih nikmat kalau makan ala kadar. Memudahkan kalau nak solat Maghrib nanti. 

Hari sebelum tu aku cuba buat brownies. Tengok rupa macam tak menjadi tapi rasanya tu ada lah rasa brownies. Mungkin untuk next percubaan boleh sukses dari segi rupa bentuknya. Oleh sebab ada baki, semalam pun berbuka dengan brownies.

Menu untuk hari ni masih belum ada keputusan final. Mungkin nak masak bihun goreng sebab nak makan yang simple-simple.

Semoga amalan kita di bulan ini diredhai oleh Allah SWT.

Sekian.

Gigih bawak brownies tepi tingkap sebab nak dapatkan pencahayaan semulajadi. Hasilnya?? Macam gitu jugak.

Nota kaki:
Agak-agak bulan puasa boleh turunkan berat tak?

2 comments:

  1. azam ramadhan kareem kita sama. klu boleh mmg elak beli kat bazar esp kalau tak tahu atau tak biasa beli. klu dah biasa dgn peniaga tu n tahu sedap tu lain cerita. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol2..kdg2 kita dah jd plggan ttap org yg mnjual tu sbb dah tau kualiti mkanan dorang..

      Delete