Wednesday, August 12, 2015

FAMILI DAY - SEKSYEN KEWANGAN BAH. 2

Assalamualaikum...

Mengumpul semangat untuk menaip kenangan famili day untuk bahagian 2.

Dah bagi tahu kan yang aktiviti petang adalah senamrobik dan sukaneka? Aktiviti fun-fun sahaja. Lokasi di tepi pantai bertemankan angin laut dan cuaca yang sangat memahami. Alhamdulillah cuaca cerah.

Sebelum aktiviti bermula, masing-masing mulakan tugas menyiapkan barang-barang dan keperluan untuk sukaneka. Bila barang-barang dah siap, baru mulakan senamrobik.

Siapa ketua senamrobik??

Abam la ketuanya...kelakor pun ada. Selalu jadi follower je, kali ni kena lead. 

Nak dijadikan cerita, aku kan dah pinjam radio member untuk mainkan lagu senamrobik ni. Tapi di situ ada sorang pakcik ni ada sediakan servis karaoke. So, dia asyik mainkan lagu je sepanjang masa.

Kitorang pun minta jasa baik pakcik tu untuk pinjam dia punya sistem dan mainkan lagu senamrobik. Nasib baik pakcik tu sporting. Sebagai balasan, bagi sikit buah mata kucing kat dia.


 Membusybodykan diri tengok apa yang ada 

 Yezza.. Baldi-baldi berisi air sudah diisi

 Membusybodykan diri lagi. Aku tolong tengok saje.

Dah siap dengan pelampung. Nak terjun pool le tuh.

 Mulut tengah buat kiraan. Muncung tu.

 Warm up dulu.

 Warm up lagi.


 Tak habis lagi warm up.

Sambung warm up.


Selesai senamrobik, diteruskan dengan sukaneka. Sukaneka yang disediakan :

1.  Bawa bola pingpong dalam sudu - Kanak-kanak
2.  Kupas bawang putih - Wanita
3.  Isi air dalam botol - Ibu / Ayah & Anak
4.  Rebut gula - gula - Kanak - kanak
5.  Masukkan benang dalam jarum - Wanita
6.  Cari gula - gula dalam tepung - Pasangan
7.  Baling belon air - Pasangan
8.  Pecahkan belon - Lelaki



Acara untuk kanak-kanak. Muka anak-anak steady je. Mak-mak pulak yang excited.


Rebut gula-gula. Mana yang besar-besar tu dapatlah kaut banyak-banyak.


Kupas bawang putih. Mak-mak je yang menang ni.


 Mak-mak tukang pegang botol untuk isi air. Ni bagi game masukkan air dalam botol.

 Proses memasukkan air pun bermula.


Comel je budak kecik masukkan air dalam botol. 


 Baling belon berpasangan. Yang ni aku juara!!!!





Tengah sibuk-sibuk ambik gambar orang tengah sukaneka, bateri handphone pulak habis. Banyak moment-moment yang tak dapat nak diabadikan. Redha je lah..

Selesai aktiviti sukaneka dalam pukul 7.00 malam. Kemudian siap-siap pulak untuk majlis BBQ kat tempat yang sama jugak.

 Gambar beramai-ramai membelakangkan laut.

Gambar beramai-ramai membelakangkan hotel.

Notakaki:
Happy jugak bila tengok gelagat budak-budak. Ada yang merajuk sebab tak menang.

1 comment:

  1. hahaha. part merajuk sbb tak menang tu sudah semestinya.dlu family day iza pun buat kt sini sng. eh, ken abuli ek jd coach tuk warm up.hehe

    ReplyDelete