Monday, August 17, 2015

FAMILI DAY - SEKSYEN KEWANGAN BAH. 3

Assalamualaikum...

Bahagian terakhir yang perlu aku habiskan untuk  aku abadikan kenangan famili day. Hampir 3 minggu berlalu, sikap pemalas menyebabkan entry ini delay.

Aktiviti kami pada malam hari adalah BBQ dan penyampaian hadiah. Seperti yang telah aku maklumkan, tempat BBQ sama dengan tempat sukaneka. Mujur kat situ ada gerai, boleh tumpang berteduh kalau-kalau hari hujan.

Suasana malam agak suram. Mintak kerjasama dengan owner gerai untuk gunakan lampu di gerai dia. Alhamdulillah, dapat deal dan dikenakan bayaran RM50.00 sehingga jam 12.00 tengah malam.

Menu untuk BBQ kami malam tu adalah ayam, sosej dan udang. Menu lain pula nasi goreng cina, buah-buahan, sup cendawan, dan jugak dessert.

Oleh sebab maghrib tu aku kena ke Sunggala untuk ambil kek yang dah ditempah, jadi aku agak lewat turun BBQ. Bila dah masuk bilik, badan letih. Mengelat,  lelapkan mata sebentar.

Aktiviti pada malam BBQ :

1.   Makan Malam
2.   Potong kek hari lahir bulan Mei - Disember 2015
3.   Penyampaian hadiah sukaneka
4.   Cabutan bertuah
5.   Penyampaian hadiah bertukar hadiah sesama staff
6.   Penyampaian cenderahati oleh Ketua Seksyen kepada           staff
7.   Penyampaian hadiah staff cemerlang
8.   Pakaian beragam kanak-kanak


 Inilah gerai yang aku maksudkan.

 Banyak kan hadiah kitorang? Banyak hadiah tupperware.

 Hadiah lagi. Budak-budak paling suka bila tengok hadiah.

Target aku nak dapatkan hamper ni tapi ternyata aku hampa. Aku dapat frame gambar.

Siap bawa lampu hari raya sebagai props. Api menyala sekejap je sebab kena tiup angin laut.

 Kek hepi besday to you. Sempat menjamah sepotong. Kek blueberry.

Terselit pulak anak Lia kat situ. Awak sambut besday jugak ye? Kami berlima yang sambut besday dari bulan Mei - Disember 2015.

Happynya budak-budak bila diberi peluang tiup lilin.

 Tetiba lapar semula bila tengok ayam.

 Orang kuat tukang bakar. Aku baru perasan malam tu aku tak tolong bakar ayam. Teruk sangat perangai aku. Ni semua husband kepada staff kewangan.

Gigih menunggu ayam siap dibakar. Terima kasih pada yang membantu.

 Sesi beratur mengikut umur. Khas untuk kanak-kanak sahaja.

Pembahagian hadiah untuk kanak-kanak.

 Pemenang pakaian beragam. Pahlawan melayu "takkan melayu hilang di dunia".

 Hai Princess. Kenapa tak senyum?

Untuk aktiviti malam banyak penyampaian hadiah sahaja. Aku selitkan sikit gambar-gambar masa sesi tersebut.











Majlis BBQ ditamatkan dalam pukul 11.30 malam. Malam tu juga kami mengemas kawasan yang dah digunakan dan pastikan tiada sampah yang tertinggal. Alhamdulillah, sekejap saje mengemasnya sebab semua bagi kerjasama.

Settle semua benda, balik bilik dan tidur.

Selamat Malam semua!!!!!

Notakaki:
Ada 2 lagi famili day yang akan dianjurkan oleh jabatan ni. Hurmmm...

No comments:

Post a Comment