Assalamualaikum,
Seronoknya dapat bercuti lama
sempena Hari Malaysia. Aku ambil cuti 14 & 15 September sebab mak dan kakak
aku datang dari Johor. Terpaksa lah dorang naik bas sebab abang ipar tak cuti.
Sempat 5 hari melepas rindu
pada mak. Sepanjang mak ada kat rumah, dapat lah bawa mak ke Nilai (tempat wajib pergi
kalau dia datang sini), Kenanga Wholesale Centre (KWC) dan jugak Cameron
Highland.
Actually Cameron Highland tu
macam tak plan pun. Akak aku request nak pergi Cholmar Bukit Tinggi tapi oleh
sebab tempat tu macam tak mesra sangat untuk mak-mak, so tukar plan ke Cameron
Highland.
Ini pengalaman pertama aku
drive sendiri ke Cameron Highland dan kali ke dua ke sana. Pertama kali pergi
dulu pun sebab berkursus dan naik kereta jabatan. Selepas tu macam tak terfikir
pun nak ke sana sehinggalah perjalanan yang kali ini.
Waktu pergi, aku lalu Simpang
Pulai sebab ikut kata orang laluan ni lebih selesa dan jalan lebih cantik tapi
masa yang diambil agak lama juga. Bayangkan aku gerak dari Salak Tinggi pukul
8.30 pagi, sampai ke Cameron Highland pukul 2.00 petang. Tambahan lagi
percutian ini kitorang balik hari sahaja.
Rasa macam fed-up habis nak
drive dengan laluan bengkang bengkok tu. Bila dah sampai tu barulah rasa lega
dan bersemangat nak berjalan.
LAVENDER
GARDEN
Aku dah listkan tempat-tempat
yang nak dikunjungi tapi cuma sempat singgah dua tempat sahaja.
Tempat pertama pergi adalah
Lavender Garden. Bayaran masuk untuk dewasa RM6.00 dan kanak-kanak RM4.00.
Tak rugi datang ke sini sebab bunga lavender dan lain-lain bunga tengah cantik. Ceria je mata tengok warna warni.
Dalam garden ni ada gerai-gerai souvenior. Bagi sesiapa yang memang suka membeli belah barang-barang cenderahati, boleh dapatkan di sini.
Mak lah yang paling seronok sebab dia nampak baju budak-budak. Mak belikan untuk cucu dia. Sebagai kenang-kenangan katanya. Untuk anak mak takde ke? hehhehe..
Dalam garden ni ada gerai-gerai souvenior. Bagi sesiapa yang memang suka membeli belah barang-barang cenderahati, boleh dapatkan di sini.
Mak lah yang paling seronok sebab dia nampak baju budak-budak. Mak belikan untuk cucu dia. Sebagai kenang-kenangan katanya. Untuk anak mak takde ke? hehhehe..
Parking depan ni je. Kitorang datang weekday, so orang tak ramai.
Laluan masuk. Snap gambar time dah masuk dalam.
Di bahagian bawah cuma ada garden dan kedai-kedai sahaja.
Emak dan kakak-kakak saya.
Laluan nak ke bahagian atas. Disajikan dengan pokok-pokok bunga yang sedang mengembang.
Sepanjang laluan ada pokok-pokok berjuntai macam ni.
Sempat bergambar sekeping.
Apa yang ada di bahagian atas?
Kat atas ni ada point view. Kalau nak tengok pemandangan dari aras tinggi, boleh naik di sini.
Pun ada cafe yang boleh lepak-lepak. Tak berkesempatan aku nak melepak kat atas ni sebab masa agak terhad. Yelah, nama pun bercuti balik hari kan?
Kalau kau minat bunga, boleh petik sendiri dengan kadar tertentu yang dah ditetapkan. Selain dari bunga-bungaan, kau juga boleh petik strawberry sendiri tapi hanya dibuka pada Sabtu & Ahad sahaja. Hari biasa tidak dibuka.
Kitorang tak ada lah beriya sangat nak petik-petik strawberry ni, jadi tak ada rasa terkilan langsung sebab dia ada jual strawberry yang dah siap dibungkus.
No comments:
Post a Comment