Assalamualaikum,
Baru tersedar hari ni dah masuk 23 September 2015. Esok jatuh hari raya AidilAdha dan nampaknya sepertimana tahun-tahun sebelum ni, aku cuma beraya kat Salak Tinggi sahaja. Tak mengapa lah, dah biasa dengan situasi macam ni.
21 September lepas, cukup 9 tahun aku berkhidmat dalam sektor awam dengan jawatan dan gred yang sama. InsyaAllah kalau diberikan rezeki oleh Allah SWT, boleh la merasa bertukar gred tapi bila masanya tu? Aku pun tak tahu. Segalanya menjadi rahsia Allah.
Last week kan, bila bukak peti ais tengok barang-barang masak dah habis. Barang-barang mandian pun dah tinggal saki baki je. Sabun mandi dah tak ada stok. Syampu rambut dah kontang. Pandai sunggu mereka habis secara berjemaah. Mendera poket untuk mengeluarkan duit membeli belah.
Terus aku menerjah ke Tesco Nilai. Actually aku ni bukanlah seorang pengguna yang bijak.
Kenapa aku taip macam tu? Sebab jenis aku ni kalau membeli memang susah sangat nak membandingkan harga barangan antara satu pasaraya dengan satu pasaraya yang lain.
Jadinya, untuk kali ni terdetik pula nak buat perbandingan harga.
Barangan yang aku beli seperti di bawah :-
Selepas membeli dan membelah, aku dapati :-
TESCO MAHAL BERBANDING GIANT DAN SPEED MART 99
Aku terpaksa membeli susu Anlene perisa coklat tu sebab sekarang ni dah kategori uncle-uncle uolls. Lately gusi kerap berdarah dan gigi macam tak kuat je. Scary tak? Terus ter"imagine" gigi aku luruh dengan sendirinya. Atas kesedaran tu lah, sekarang ni nak amalkan minum susu semula. Beli kat Tesco harganya dalam RM24++. Bila tengok kat Speed Mart99, harganya cuma RM20.80. Kau rasa? Beza RM4.00. Banyak tu.
Salad yang dalam bekas tu plak harga kat Tesco RM6.00 tapi di Giant cuma RM4.90. Mungkin lah brand berlainan, tapi jenis saladnya tetap sama kan? Rugi lagi kat situ.
Butter Westgold tu aku tak buat survey harga lagi tapi kalau Buttercup, di Tesco pun agak mahal kalau nak compare di kedai runcit.
Dah lepas membeli baru nak bandingkan harga kan? Bijak ke bongok rasanya aku ni?
KENA RAJIN MENCUBA
Aku beli jugak sos thousand island jenama Tesco. Harga agak murah kalau nak bandingkan dengan jenama terkemuka lain. Beza dalam RM2.00 jugak. Tapi..... rasa dia lebih kurang je. Sedap pun sedap. Tak salah kan kita membeli barangan yang tak berjenama??
Selain tu aku beli bateri saiz kecik jenama Philips tu untuk remote kipas kat ruang tamu, Empat biji harganya RM4.90 padahal guna untuk remote je kan? Teringat kata-kata seorang member masa pergi beli bateri remote Astro beberapa tahun lepas..
"beli bateri brand Philips tu untuk apa?"
"untuk remote Astro" jawab aku.
"haaa?? beli bateri mahal-mahal untuk letak kat remote je? Beli yang murah pun dah memadai lah. Untuk remote je..bukan nak pakai untuk radio ke apa ke"...
Hahhahah..entah la ye. Dah itu je yang aku nampak. Sambar je lah. Satu kerugian di situ.
KENAPA BARANG SEMAKIN MAHAL?
Aku yang tak ambil tahu ke dengan harga pasaran semasa? Beli gel rambut sampai RM9.00 harga dia. Zaman sekolah dulu kenapa murah sangat?? Eh sebelum-sebelum ni aku beli gel kenapa harga macam tak mahal je? Pakai minyak kelapa lumur kat rambut je lah senang kan?
BELI BARANG BEBERAPA KETUL DAH CECAH RATUS
Beli barang cuma beberapa ketul je tapi bila bayar dah cecah ratus. Agaknya kalau yang berkeluarga beli barang sampai penuh troli tu, berapa ratus dia orang perlu habiskan??
BELI BARANG YANG PERLU SAHAJA
Keperluan atau kehendak?? Kena selalu ingatkan diri kita pasal dua perkara ni. Kalau ikutkan kehendak, satu pasaraya kita nak borong. Kalau fikirkan keperluan, rasanya banyak benda juga yang menjadi keperluan kita zaman sekarang ni kan?
Ok, aku dah kompius di situ.
HABISKAN DAHULU BARANG DI RUMAH (BAHAN BASAH UNTUK MASAK)
Salah satu tabiat buruk aku bila membeli barang adalah aku tak tahu barang tu masih ada lagi kat rumah atau tak?
Contohnya : bila aku nampak sardin, terus aku sambar padahal kat rumah masih ada sardin yang belum dimasak.
Contoh kedua : dalam peti ais masih banyak sayur yang belum aku masak tapi bila pergi kedai, aku beli sayur yang lain. Kan membazir kat situ. Baiklah masak dan habiskan dulu apa yang ada sebelum membeli yang baharu.
BELI SECARA BANYAK
Kalau ada bajet, baik kiranya beli barang-barang mandian secara banyak.
Contoh : berus gigi dan sabun mandi.
Bila beli banyak, jadikan ia stok. So, untuk bulan-bulan akan datang dah tak perlu fikir nak beli lagi sehinggalah stok habis. Lagipun kat pasaraya memang dah dijual sekali banyak kan?
Nota kaki:
Selalu ingatkan diri supaya berjimat tapi selalu juga terlupa nak beringat.
No comments:
Post a Comment