Friday, October 16, 2015

ISI MASA | KUNANG PESISIR MORTEN

Assalamualaikum,

Cara untuk mengisi masa yang telah lama aku tinggalkan. Patut lah semakin lama daya ingatan aku makin lemah, ini salah satu puncanya. Malas untuk membaca.

Tekad dan azam tahun baharu Maal Hijrah, menjadikan aktiviti membaca sebagai salah satu hobi. Zaman sekolah dulu, memang aktiviti ini termasuk di dalam salah satu senarai hobi.

Sebelum ni, ada juga buku-buku yang aku beli dan dapat hadiah yang belum aku berjaya habiskan bacaan. Itu namanya semangat hangat-hangat tahi ayam. Wake up!! Wake up!!!

Mulakan sekarang kerana tiada istilah sudah terlambat selagi adanya matahari, bumi dan bulan.

Berkesempatan mengunjungi MPH di Dpulze Cyberjaya hari Ahad yang lalu tidak aku sia-siakan. Tujuan asal adalah untuk survey Coloring Book Secret Garden dan Into Thin Air kiriman seorang kawan dari Sarawak. Katanya puas mencari di Miri sana, tapi stok kebanyakan sudah habis.

Nasib tak menyebelahi dia sebab di sini pun sudah kehabisan stok. Alang-alang berada di dalam kedai buku, semangat untuk membeli tetiba muncul. Tak apalah walau hanya satu buah buku sahaja. Sekurang-kurangnya nafsu untuk membaca itu masih ada.

Seperti biasa, banyak jenis buku yang ada. Tapi kali ini, aku lebih berminat untuk memiliki bahan bacaan yang isinya lebih santai dan tidak memerlukan aku untuk berfikir secara serius dan berat.

Cover bukunya sahaja sudah menarik minat aku untuk membeli. Apatah lagi tajuknya..

"KUNANG PESISIR MORTEN"

Sinonim dengan negeri Melaka. Perkampungan Morten di pesisir Sungai Melaka.

Ternyata berbaloi dengan harga RM20.00.

Jangan salah anggapan kerana buku ini bukan buku sejarah, ia hanya cereka (atau kisah benar, aku pun tak pasti) tapi masih memberi gambaran kehidupan di Kampung Morten, Kampung Jawa dan beberapa kawasan di Melaka.

Berjaya mengkhatamkan bacaan dalam tempoh 3 hari. Hurmmm..not bad..


Nota kaki:
Kempen 1 bulan, beli 1 buku.

1 comment: