Thursday, May 26, 2016

SPRING IN SEOUL | DAY 4 GYEONGBUKGUNG - INSADONG - DONGDAEMUN

Assalamualaikum...

Kitorang jalan kaki saje dari Changdeokgung Palace ke Gyeongbukgung Palace. Jauh tak jauhlah. Dalam 15 minit juga kitorang jalan kaki. Kalau keluar dari Changdeokgung Palace, hala ke kanan dan jalan je terus. Memang rasa macam jauh dan tak jumpa-jumpa tapi sebenarnya laluan tu memang dah betul. Jangan risau.

Kalau nampak bangunan ni di sebelah kiri, memang dah betul lah tu.

Jalan punya jalan sampai jumpa pulak benda dalam gambar ni kat tengah-tengah jalan. "Benda" yang aku maksudkan tu adalah bangunan beratap hitam tu tau. Bukan tanglung warna kuning dan hijau ni.

Ada 2 pilihan sama ada nak masuk dari Gwanghwamun Gate atau gate di bahagian tepi. Baiklah masuk dari Gwangwhamun Gate ni sebab ia adalah pintu masuk utama dan boleh bergambar dengan guard yang jaga pintu. 

 Inilah dia Gwanghwamun Gate yang aku maksudkan. Aku ambik gambar dari arah dalam. Sama je view nya kalau dari arah luar.


Tadaa..dapat bergambar dengan guard yang jaga pintu. Muka dorang garang tapi dorang tak makan orang.

Masa kitorang sampai, lagi 5 minit pukul 2.00 petang. See, time management sangat penting. Nasib baik sempat. Guard changing ceremony ni diadakan di kawasan lapang antara Gwanghwamun Gate dan pintu masuk istana.

 Orang masih tak ramai sebab masih belum ada pengumuman.

Bila dah ada pengumuman, semua berdiri tepi garisan.

Tepat jam 2.00 petang, ceremony pun bermula dengan paluan gong. Masa ni, Mus dan TJ tengah berteduh di tempat redup. Tinggal aku sorang je yang beriya-iya.


 Ketua shift nak tukar bendera.


 Rasa macam tengok drama Korea pulak.

Tu dia pasukan "gamelan" dorang. Gamelan lah sangat ye.. Kira ni grup pemain alat muzik yang mengiringi guard-guard tu.

Habis je ceremony tu, aku bagitau Mus dan TJ yang aku nak masuk istana. Mus taknak masuk sebab dia kata semua istana sama je. Aku ingatkan TJ taknak masuk jugak, eh rupa-rupanya dia follow aku dari belakang. Dah terasa macam pergi holiday sorang-sorang pulak bila member taknak join jalan.

Oleh sebab aku dah beli tiket secara berpakej, jadi tak perlu nak ke kaunter tiket pula. Cuma tunjukkan tiket yang dah dibeli pada petugas di pintu masuk. Nanti dia akan ambil keratan tiket. Istana ini ditutup pada hari Selasa.


Pintu masuk Gyeongbukgung Palace

Sedikit info pasal Gyeongbukgung Palace :

In 1395, the new main palace, Gyeongbokgung Palace was completed after the capital of the new dynasty was moved from Gaegyeong to Seoul (then khown as Hanyang). The palace was destroyed by fire during the Japanese invasion of 1592 and was not reconstructed until 1867, the fifth year of King Gojong.

Istana ini adalah istana utama dan paling besar. Masa aku pergi tahun 2013, aku dah explore habis semua kawasan istana ni dan memang aku akui, penat kalau nak habiskan seluruh kawasan. Aku nak cari satu kawasan istana yang mana ada satu pavilion di tengah-tengah tasik sebab kalau bergambar di tempat tu memang cantik tapi bila aku fikirkan balik yang Mus ada kat luar tengah tunggu, aku batalkan niat. Tak kan nak biarkan dia tunggu lama pulak. Ok, aku setkan dalam otak, jalan sampai mana yang mampu sahaja.

 Awek Korea dengan memakai Hanbok. Aku tengok macam keras je baju dorang tu.



Bangunan utama. masuk ke pintu nampak bangunan ni dulu.




Tempat ni kalau nak masuk kena booking awal sehari sebelum datang.






Tak banyak yang dapat aku kongsikan gambar-gambar di Gyeongbukgung Palace ni sebab terlalu terkejar-kejar masa. Mus dah whatsapp kata dah penat, panas, lapar dll yang seangkatan dengannya. Terpaksa mengalah walaupun aku nak explore lagi istana ni sampai ke pintu belakang. Nantilah, InsyaAllah tahun 2018 kalau ada rezeki, nak pergi time autumn. Mesti lagi best.

Aku dan TJ jumpa semula Mus di pintu masuk dan kitorang gerak ke Insadong sebab nak cari makanan dan juga souvenior. Aku sekali lagi tinggalkan Gyeongbukgung Palace dengan sedikit rasa kecewa dan rasa tak lengkap sebab banyak lagi tempat yang belum aku teroka.

INSADONG

Dari Gyeongbukgung ke Insadong pun kitorang jalan kaki. Dengan cuaca yang cerah dan berangin sejuk, penat pun tak terasa sangat walaupun perut dah keroncong.

Dari Gyeongbukgung Palace, keluar semula melalui Gwanghwamun Gate dan lintas jalan besar kemudian jalan terus ke sebelah kiri. Cari signboard Insadong.

 Di hadapan ni adalah Gwanghwamun Square yang ada statue King Sejong.

 Lintas jalan dan jalan ke kiri. Kalau terus tu akan ke Gwanghwamun Square.

 Bendera Korea dan Indonesia sebab ada lawatan rasmi Presiden Indonesia.

Rajin-rajin tengok signboard tau.

Apa yang ada di Insadong?

Syurga bagi yang mencari souvenior untuk dibawa pulang ke tanahair. Macam-macam ada dan harganya agak berpatutan. Kat sini Mus yang banyak survey harga dan beli beberapa souveniors untuk famili dan kawan-kawan dia. Otak aku time ni masih fikirkan Gyeongbukgung Palace. Ruginya tak jalan sampai belakang. Keh3-).. 

Manusia punyalah ramai kat sini sebab macam ada karnival ke apa ntah. Kitorang jalan-jalan sambil cari restoran halal. Bila nampak je restoran, tengok menu, ada pulak dia serve pork. Last-last tak jadi makan kat sini.

 Kanan | Beli air lemonade sebab haus. Padahal dah bawak air mineral, tapi tetap haus.




 Kiri | Egg bread. Sedapnya ya ampun. Rasa dia manis-manis dan lembut.
Kanan | Lebih kurang macam bahulu dan ada inti red bean dalam tu. Pun sedap jugak. 

Air lemonade = 3,000KRW(RM10.50)
Egg Bread (2 ketul) = 2,000KRW(RM7.00)

Ni kat bahagian hujung-hujung. Orang tak berapa nak ramai.

Style aku kalau bercuti, aku akan jalan je ikut suka hati aku sebab aku yakin mesti akan jumpa sesuatu yang menarik, tapi member holiday ni pulak bersikap berlawanan dengan prinsip aku. Jadi, berlaku lah sedikit pertembungan di situ dan aku jenis malas nak bertekak dan masam muka. Jadi, aku diamkan je dan mengambil sikap layankan saje.

DONGDAEMUN

Hari masih petang dan terlalu awal kalau nak balik ke apartment. Jadi, kitorang cadang terus ke Dangdaemun. Aku lah yang mencadangkannya sebab aku nak ke Doota Mall dan beberapa mall di sekitar situ. Saje nak tengok-tengok baju kalau ada yang berkenan.


Cara dari Insadong - Dangdaemun :

Ambil subway di Jongno 3(sam) - ga (Line 1 laluan Soyosan) - turun di Dangdaemun St., Exit 8 @ 9

Keluar dari laluan subway, akan jumpa pasar-pasar di laluan pejalan kaki dan kaki lima, jalan terus sampai nampak mall dan juga Dangdaemun Design Plaza (DDP). Kitorang masuk Doota Mall dulu. Kat sini lah syurga membeli belah pakaian made in Korea. Baju dia memang style mamat Korea punya la kan. Kitorang tak membeli pun sebab sehelai T-Shirt pun harga duit Malaysia bersamaan RM90.00. Buat rugi aku je kalau beli. Berkenan kat cermin mata yang takde power. Kira nanti balik Malaysia nak tukar cermin dan tambah power. Harga baru RM50++, tapi last-last tak jadi beli.




Ada event kat luar mall.

Seterusnya kami ke Dongdaemun Design Plaza (DDP). Kalau malam, bangunan ni dipenuhi cahaya lampu. Katanya lagi cantik kalau malam.

Kat dalam ni ada muzium, design lab, ada art hall tapi aku pun sebenarnya tak tahu apa fungsi sebenar bangunan ni. Macam biasa juga, aku sorang je yang explore tempat ni dan mereka berdua taknak habiskan tenaga di sini. Sorang-sorang pun jadi jugak aku jalan. Bila aku naik di bahagian atas, ada jualan-jualan. Aku rasa macam pasar tani la kut. Aku tengok-tengok macam tu je sambil sempat ambil gambar. Tekak dah haus, beli air mineral botol kecik satu.

Air Mineral = 1,000KRW(RM3.50)

 Tak silap aku kalau malam ada LED Rose. 










Hari pun dah nak malam, kitorang gerak balik ke Itaewon sebab nak mencari makan malam.

Cara dari DDP ke Itaewon :

Dari Dongdaemun History & Cultural Park (Line 4) laluan Oida - turun di Chungmuro - tukar laluan Line 3 (laluan Ogeum) - turun di Yaksu - tukar laluan Line 6 (laluan Samgakji) - turun di Itaewon

Kitorang dinner di Makan Restaurant dan ambil Korean food.

Dinner Korean Food + Ice Lemon Tea = 13,000KRW(RM45.50)



Dinner kitorang untuk hari ke-empat.

Perbelanjaan hari keempat :

Tiket Palaces = 10,000KRW
Air Lemonade = 3,000KRW
Egg Bread = 2,000KRW
Air Mineral = 1,000KRW
Dinner Korean Food = 13,000KRW

Total : 29,000KRW(RM101.50)

 * sebarang pertanyaan boleh emel ke : ferdz_ jb@yahoo.com (_ & jb tu rapat ye)

No comments:

Post a Comment