Assalamualaikum...
Kesejukan pagi seperti biasa dan aku rasa malas yang amat nak bangun tidur. So, bangun pun agak lewat. Kitorang sarapan maggie je kat apartment. Dah macam makanan wajib pulak kan? Dalam pukul 10.00 pagi, baru kitorang keluar untuk ke Hongik University. Aktiviti kitorang hari ini lebih kepada santai-santai dan tidak mengejar masa. Hasil risikan dari blog-blog, dikatakan di kawasan Hongik University ni ada Hello Kitty Cafe dan juga Eye Trick Museum tapi tempat-tempat ini bukan tujuan utama kami.
Cara dari Itaewon - Hongik University :
Dari Itaewon (laluan Gongdeok) - turun di Gongdeok - tukar line airport dan turun di Hongik University St., Exit 9
Keluar dari station, jalan je terus sampai nampak simpang traffic light. Belok kiri dan jalan terus ke belakang. Di Hongik University ni tiada daya penarik sangat. Kitorang just nak jalan-jalan sahaja sambil lihat kehidupan warga Korea, lebih-lebih lagi anak muda. Lepas kitorang keluar dari station, nampak satu kedai jual makanan ringan dengan harga yang murah. Sempat beli jajan buat bekalan kitorang. Eh jap!!! Bukan bekalan kitorang, tapi bekalan aku sorang sebab aku yang melantak habiskan jajan tu. Mus pulak borong air sebab air dia murah-murah. Cuma 700KRW je.
Makanan ringan = 2,000KRW(RM7.00)
Mus bagi duit syiling dia sebab banyak sangat dalam poket dia. Dapatlah beli air apple lychee.
Hongik University belok ke kiri. Time ni aku tengah tunggu TJ beli barang untuk kawan dia.
Kitorang tak melepak lama pun di Hongik University ni sebab masing-masing takut nak masuk dalam. Padahal university ni open je untuk public. Kitorang duduk di pintu hadapan je.
Konon-konon macam student Hongik University la tu kan. Berangan tak salah kan?? Percuma je.
Kiri | Pintu masuk university
Kanan | Tak tahu apa yang aku snap. Asal boleh je.
Tengah duduk-duduk tu, angin sejuk pula datang meniup. Perghhhh nikmatnya tu memang syiook gile sampai rasa tak nak bangun dan tak nak bergerak ke mana-mana. Lepas puas duduk-duduk melepak tak tentu arah, kitorang ronda-ronda kawasan luar university. Macam biasa, Korea ni penuh dengan shoplot kosmetik dorang. Di ceruk-ceruk mana pun mesti jumpa Nature Republic, mesti jumpa Etude. Paling tak boleh blah, dalam kawasan kedai-kedai biasa tu, ada bangunan shoplot ZARA. Kagum sekejap.
Saje kitorang jalan-jalan melintasi lorong-lorong.
Kedai baju untuk perempuan memang banyak.
Apa yang aku perhatikan, di sini
terdapat kedai-kedai menjual pakaian untuk para remaja. Ia menjadi lokasi yang
strategik kerana berhampiran dengan university yang pasti pelajar-pelajarnya
terdiri daripada para remaja. Aku sengaja masuk ke Nature Republic dan tiada
niat nak beli apa-apa, tapi Mus beli barang untuk kawan-kawan dia. Harga barang
di Nature Republic sama sahaja di mana-mana outlet pun dan selalu je ada sales.
Aku pun tak pasti memang itu strategi perniagaan dorang ke apa.
EWHA WOMANS UNIVERSITY
Selesai urusan di Hongik
University, kitorang terus ke Ewha Womans University. Kelebihan yang ada pada
university ini pula adalah pada architechturenya yang memukau. Memang kena
dengan jiwa aku yang sukakan senireka dan senibina bangunan serta
landskap-landskap yang menarik.
Cara dari Hongik University –
Ewha Womans University :
Dari Hongik University Line 2
(laluan Chungjeongno) – turun di Ewha Womans University St., Exit 2 @ 3
Keluar dari subway station, jalan
terus di laluan kedai-kedai sehinggalah nampak bangunan university.
Ewha Womans University ini
merupakan private university dan open to public. Dari jauh pun dah teruja bila
tengok bangunan yang tersergam indah. Aku sangat suka dengan rekabentuk
bangunannya sebab bercirikan English dan bercirikan bangunan lama. Bagi mereka
yang tak minat dan tak suka langsung dengan apa-apa yang melibatkan art, rasanya
tempat ini bukan tempat yang menggembirakan mereka.
Macam biasa, penuh dengan kedai kosmetik dan pakaian.
Yang 20 tu aku tak paham apa maksudnya. Mungkin had masa dalam ni cuma 20 minit je setiap seorang. Mungkin la, entah betul ke tidak.
Siap ada muzium
Sekali lagi nak mention, tempat
ini akan menjadi sangat-sangat cantik time autumn ataupun winter. Aktiviti yang
boleh dibuat di sini adalah bergambar, bergambar, dan bergambar. Dapat
bergambar di tangga dia pun dah cukup
mengkagumkan.
Sedang kitorang lepak-lepak
menikmati keindahan bangunan, tengok-tengok langit dah gelap dan tanda-tanda
hujan lebat bakal turun dah pun ada. Kitorang kena cepat gerak ke mana-mana
lokasi yang berbumbung.
Ikut rancangan asal, lepas ke Ewha Womans University
ni, kitorang akan ke Ihwa Mural Village sebab nak tengok perkampungan yang
penuh dengan mural. Oleh sebab awan dah semakin gelap, tandanya ia tak
mengizinkan. Segera kitorang ke subway station untuk berteduh walaupun hujan
belum lagi turun. On the way tu, sempat singgah di Olive Young untuk survey
satu barang yang hangat diperkatakan sekarang ni. Apa barang tu? Dirahsiakan..
Hehhehe -) Dalam nak survey tu, beli jugak akhirnya.
Barang di Olive Young =
16,800KRW(RM58.80)
Keluar dari Olive Young, sudah
pun gerimis. Dah tak toleh kiri dan kanan, terus berlari ke subway station.
Semasa di subway station, barulah kitorang bincang nak ke mana dan tempat tu
perlulah berbumbung. Oleh sebab Mus dan TJ nak cari baju Hard Rock Café, jadi
aku cadangkan terus ke Lotte World Mall.
Cara dari Ewha Womans University
– Lotte World Mall :
Dari Ewha Womans University St.
Line 2 (laluan Jamsil) – turun di Jamsil St., Exit 3 untuk ke mall
Lotte World Mall ni bersebelahan dengan
Lotte World dan di belakang mall ini ada satu taman namanya Songpa Naru Park –
Seokchan Lake. Time cherry blossom tengah berkembang, taman atau tasik ini
menjadi salah satu tempat wajib untuk dikunjungi. Dah alang-alang sampai ke
area sini, memang dah niat nak ke Seokchan Lake tu juga tapi kena tunggu hujan
reda.
Setepek muka Mus kat sini.
Lotte Mall ini besar, macam Mid
Valley rasanya. Tujuan kami adalah ke Hard Rock Café sahaja. Oleh sebab ini
first time aku ke mall ni, so tak tahu selok belok dan lokasi HRC tu. Ringan
mulut dan tanyakan pada customer service. Katanya di aras 4 @ 5 (aku tak
ingat). Dia suruh cari escalator depan H&M dan naik ke atas. Mudah je nak
cari sebab ada tulisan HRC besar-besar.
Hard Rock Cafe Seoul
Aku masuk sekejap je dalam HRC ni
sebab aku takde nak cari apa. HRC bukan jenama kesukaan aku. Maklumlah, kita ni
tak berduit. Harga sehelai T-Shirt pun sampai ratus. Mus dan TJ khusyuk cari
baju-baju yang dorang berkenan. Aku lepak luar je sambil tengok ragam orang
ramai.
Settle urusan membeli-belah di
HRC, kitorang plan nak cari makan. Tak letakkan harapan tinggi pun di mall ni
sebab memang dah tahu susah nak mencari makanan berstatus halal. Hujan di luar
masih lagi lebat. Langit pun masih lagi suram. Kitorang dah mati akal, tak tahu
ke mana hala tuju. Nak ke Seokchan Lake memang dah tak boleh time hujan-hujan
macam ni. Jangan cari pasal, kalau demam sape yang susah nanti. Dapat kata
sepakat, balik sahaja ke Itaewon sebab aktiviti semua dah terbantut. Kita cuma
merancang, Allah dah tentukan semuanya. Mungkin ada hikmahnya.
Untuk hari ini, dua tempat
terpaksa skip iaitu Ihwa Mural Village dan Seokchan Lake. Memang dah
ditakdirkan aku kena datang lagi agaknya dan menikmati musim autumn atau winter
ni. Keh.. -)
Cara dari Lotte Mall ke Itaewon :
Dari Jamsil St. laluan Wangsimni
(Line 2) – turun di Sindang - tukar
laluan Line 6 (laluan Samgakji) – turun di Itaewon St.
Sampai di Itaewon St., kami stuck
dalam station sebab di luar masih lagi hujan. Pilihan kitorang cuma dua sahaja.
Sama ada nak tunggu sampai hujan teduh ( yang kami tak tahu bila akan teduhnya
sebab langit tak menampakkan yang hujan akan berhenti) atau kitorang redah
sahaja dan kena berlari dalam hujan serta berisiko basah dan demam (kalau tak
kuat antibodi).
Oleh sebab malas nak tunggu lama,
jadi kitorang redah hujan dan berhenti di Pasha Kebab untuk isi perut. Lunch +
Dinner kitorang hari ini adalah kebab. Aku order mix kebab dan air mineral.
Dinner Mix Kebab + Mineral Water = 8,000KRW (RM28.00)
Kitorang makan dengan
bersungguh-sungguh sebab lapar, ditambah lagi dengan hujan. Lepas makan, redah
hujan sekali lagi untuk balik ke apartment. Mus singgah kedai beli payung. Aku
dan TJ teruskan jalan dan berlari-lari dalam hujan. Alah, bila lagi nak merasa
mandi hujan di bumi kimchi ni kan? Sampai apartment, terus mandi sebab nak
elakkan dari kena sakit kepala. Mus dan TJ kata, air hujan tu buatkan kulit
dorang gatal-gatal. Entahlah, bagi aku biasa je. Mungkin sebab manusia berkulit
gelap macam aku ni jenis tak banyak allergiknya.
Dinner kebab lagi. Senyap terus semua bila dah dapat makan.
Apa lagi yang boleh kitorang buat
hujan-hujan macam ni kan. Sejuknya usah cakap. Mencucuk-cucuk sampai ke tulang.
Kitorang pun tak boleh nak jangka, bila hujan ini akan berhenti. Mus dan TJ
lepak dalam bilik dorang, aku lepak dalam bilik aku. Masing-masing melayan
handphone masing-masing. Anti-sosial kan??
Pukul 9.00 malam, Mus ajak keluar
sebab dia lapar. TJ taknak ikut keluar, jadi aku temankan Mus. Kitorang lepak
di Restoran Little India. Mus nak belanja aku makan. Rezeki jangan ditolak
walaupun petang tadi dah pekena mix kebab.
Little India Seoul. Aku ambik gambar ni waktu siang esok harinya.
Aku ni punyalah “bijak”. Dah tahu
sejuk, sengaja pulak menguji diri sendiri. Aku cuma pakai t-shirt dan cardigan.
Bila berjalan tu, badan dah mengigil-gigil. Nak sangat rasa cuaca sejuk kan?
Allah bagi rasa angin sejuk yang betul-betul sejuk. Nasib baiklah dalam
restoran tu hangat-hangat je rasanya. Mus order beriyani dan aku order nan
cheese. Jadi, malam tu kami menghadap makanan India.
Kiri | Hujan masih lagi turun. Apartment tu ada sediakan payung.
Kanan | Deko-deko dalam restoran
Makan besar kitorang malam ni. Alhamdulillah. Terima kasih Mus.
Selesai makan, kitorang kononnya
nak jalan-jalan kejap. Sempat singgah 7E beli susu pisang je sebab
sangat-sangat tak tahan sejuknya.
Susu Pisang (2 botol) =
2,600KRW(RM9.10)
Balik apartment dan terus rehat
dan tidur. Selamat malam!!!!! Esok ada lagi hari untuk aktiviti seterusnya.
Makanan Ringan = 2,000KRW
* sebarang pertanyaan boleh emel ke : ferdz_ jb@yahoo.com (_ & jb tu rapat ye)
Perbelanjaan hari kelima :
Makanan Ringan = 2,000KRW
Barang di Olive Young = 16,800KRW
Dinner Kebab + Mineral = 8,000KRW
Susu Pisang = 2,600KRW
Susu Pisang = 2,600KRW
Total : 29,400KRW(RM102.90)
Seronok kan...tapi Sally tak suka sangat jalan kat Seoul, prefer luar Seoul lagi...lg best view dia :)
ReplyDeletebest..tu la, utk next trip insyaAllah nk gi luar dari Seoul sbb nk cri kelainan yg lain.
DeleteSatu-satu saya baca fendi. bestnya leh ke korea
ReplyDeletekalau dpt view time autumn atau winter lagi best cc..insyaAllah ada rezeki nanti nak ke sana time autumn..
Delete