Assalamualaikum…
Hari ke-6 diselubungi kesejukan
pagi. Rutin biasa setiap pagi, bangun..mandi..solat..dan sediakan breakfast.
Duduk menghadap tingkap sambil melayan angin pagi dan pemandangan. Aktiviti
kitorang hari ke enam ini adalah ke N Seoul Tower. Bila semua dah siap,
kitorang gerak ke subway station.
Cara dari Itaewon – N Seoul Tower
:
Dari Itaewon St. – turun di Yaksu
– tukar Line 3 (laluan Daehwa) – turun di Chongmuro St., Exit 3 @ 4.
Sepatutnya, ikut itinerary aku,
kitorang akan ke Namsagol Hanok Village, Seoul Time Capsule dan N Seoul Tower
dan tempat pertama yang kitorang tuju adalah N Seoul Tower. Sebelum ke N Seoul
Tower tu, kitorang kena cari kedai gambar dahulu sebab Mus kena buat visa untuk
dia buat umrah bulan puasa nanti. Bila kitorang balik Malaysia je 18hb, esoknya
pagi-pagi dia terus uruskan visa dia. Pusing punya pusing, ada terjumpa
beberapa kedai, tapi dorang takde buat servis ambil gambar, dorang cuma jual
kamera sahaja.
Kitorang gerak terus ke N Seoul
Tower. Ada 3 cara untuk ke sana :
1. Cable
car
2. Jalan
kaki
3. Bas
Kitorang pilih untuk naik cable
car dan perlu faham di sini, ada 2 peringkat untuk naik ke atas. Peringkat
pertama adalah dari jalan besar (bahagian bawah) nak ke kaunter tiket cable
car. Peringkat kedua adalah dari level kaunter tiket cable car (station cable
car) ke N Seoul Tower.
Menapak dari jalan besar ke kaunter tiket cable car.
Sampai juga akhirnya ke kaunter tiket cable car.
Dari jalan besar nak ke kaunter
tiket cable car (station cable car) ada dua cara. Pertama boleh jalan kaki.
Kedua, boleh naik evelator yang macam kat Bukit Bendera, Pulau Pinang tu.
Kitorang ni memang nak naik evelator tu tapi tak jumpa pulak lokasinya kat
mana. Jadi, bila nampak signboard Namsan Park, terus sahaja kitorang mendaki
dan akulah yang mendahului antara kitorang bertiga. Mendaki tu takdelah rasa
mengah sangat. Mungkin sebab dah biasa mendaki. Dah masuk hari keenam kan?
Pemandangan kota Seoul dari cable car.
Bila sampai ke station cable car,
terus beli tiket dan Alhamdulillah… orang tak ramai. Kitorang tak perlu beratur
nak tunggu lama.
Tiket Cable Car (Return) =
8,500KRW(RM29.75)
Kalau jenis yang sukakan cabaran,
boleh sahaja mendaki tapi masa kitorang tengok dari arah cable car tu, rasa
macam jauhnya nak kena jalan dan panjat bukit. Aktiviti yang boleh dilakukan di
N Seoul Tower adalah menikmati keindahan kota Seoul dari aras tinggi. Selain
itu, boleh lepak-lepak melayan angin yang menderu-deru dan sejuk sampai sakit
tangan. Rasa seperti dicucuk-cucuk. Jangan lupa bergambar di pad lock love.
Kalau nak naik ke observatory, bayaran dikenakan sebanyak 9,000KRW dan Alive
Museum pula bayarannya adalah 12,000KRW. Kitorang cuma pusing-pusing di luar
tower sahaja. Di N Seoul Tower juga terdapatnya kedai cenderahati dan juga
restoran. Seperti biasa, aku adalah manusia
yang paling teruja diantara kitorang bertiga.
Ini kaunter tiket untuk masuk tower
Oleh sebab ambil masa lama di N
Seoul Tower ni, jadi kitorang skip Namsagol Hanok Village. Sayang betul sebab
di Namsagol Hanok Village inilah kita boleh tengok budaya dan rekabentuk rumah
dan perkampungan orang Korea dengan lebih dekat. Bila dah skip Namsagol Hanok
Village, kitorang akan ke Nandaemun Market. Masa turun tu kitorang naik
elevator sebab stationnya berdekatan dengan station cable car.
Turun guna ni je. Malas dah nak menapak. Sayang lemak mencair nanti.
Untuk pengetahuan, Myeongdong,
Nandaemun, Namsagol Hanok Village dan N Seoul Tower ni memang berada pada
kedudukan yang berhampiran. Boleh jalan kaki sahaja kalau nak pergi
tempat-tempat ini semua. Nandaemun bersebelahan dengan Myeongdong. Jangan pula
terlebih rajin naik subway pula kalau nak ke dua-dua tempat ni. Membazir okay.
Kitorang berjalan berpandukan
signboard je disamping aku cuba ingat-ingat jalan hasil pengalaman aku datang
ke sini pada tahun 2013. Alhamdulillah.. nampaknya aku masih ingat lagi
jalan-jalan kat sini. Kalau aku datang sendirian ke Seoul ni pun rasanya dah
lulus dah ni.
Kitorang ke Nandaemun Market
dengan tujuan nak cari souvenior. Aku nak cari baju t-shirt untuk kakak aku dan
juga souveniors untuk mak aku. Aku tekad untuk settlekan beli souveniors di
Nandaemun sahaja sebab malas nak ke Insadong dah walaupun di Insadong lebih
banyak kedai-kedai souvenior. Kalau aku sendiri, boleh je ikut suka hati aku
nak ke mana-mana. Nandaemun Market ni
bukak setiap hari kecuali hari Ahad. Operasi perniagaan pula sampai petang
sahaja. Malam dah tutup kecuali kedai makan je yang buka. Kitorang tak niat pun
nak explore lebih-lebih. Kalau kaum wanita, mesti dorang akan jalan
habis-habisan sebab kat sini glemer dengan kedai-kedai broochnya yang boleh
dikatakan murah dan cantik-cantik. Kali ni, aku tak berniat nak belikan brooch
sebagai souveniors.
Sekadar mengambil gambar sahaja. Makanan yang dijual di Nandaemun market ni agak meragukan.
Kitorang berjalan ikut suka hati.
Asal nampak kedai yang menarik, kitorang singgah. Barang yang aku cari semua
dah siap beli kat sini. T-shirt untuk kakak dan anak buah aku, book mark untuk
kawan-kawan dan beg Korea untuk mak dan dua orang kakak aku lagi. Kat Nandaemun
Market ni memang ramai orang Malaysia. Dorang datang berkumpulan. Kemudian, TJ
dan Mus cakap nak cari Korean Silk untuk mak dia. Aku google kejap, dah dapat
maklumat boleh cari Korean Silk di Gwangjang Market. Masa nak keluar dari
Nandaemun Market ni, terjumpa pulak dengan Ashraf Muslim dan family dia.
Mungkin dorang holiday jugak. Tak sempat nak bergambar sebab dia busy kejar
anak dia. Cuma sempat senyum pada wife pertama dia je.
Lokasi kitorang seterusnya adalah
Gwangjang Market.
Cara dari Nandaemun Market –
Gwangjang Market :
Ambil subway di Hoehyeon St. –
turun di Dongdaemun St. - tukar Line 1
dan turun di Jongno 5(O)-ga St., Exit 8.
Kanan | Pintu masuk East Gate
Kanan | Pintu masuk East Gate
Jalan sikit dan nampak pintu
gerbang Gwangjang Market. Kitorang masuk dari arah East Gate dan malangnya nasib
kitorang bila masuk di bahagian gerai makanan. Paling tak boleh tahan bila
nampak kepala dan daging babi. Loya teruk tekak aku. Kena cepat-cepat jalan dan
lari dari gerai-gerai makanan tu semua.
Kena berani explore bila dah masuk dalam market ni. Bagi aku, market ini tidak besar mana. Akhirnya kitorang sampai juga di bahagian kain-kain. Macam-macam jenis kain ada. Ada kain cotton, Korean Silk, kedai jual Hanbok, kedai kain untuk buat Hanbok, kedai-kedai jual comforter, kedai souvenior. Member berdua tu pulak macam tiba-tiba ubah fikiran kata taknak cari Korean Silk sebab tak tahu mana satu kainnya tu. Dah sampai sini, tak kan nak patah balik pulak kan? Aku tanyalah orang-orang kat situ, mana kedai jual Korean silk. Dorang pun tunjukkan arah kedai-kedai yang jual Korean silk. Jumpa jugak akhirnya. Eh, dalam mencari Korean silk, dorang promote pulak kain cotton bercorak. Kain untuk kaum wanita la kan. Terus aku whatsapp kakak aku tanya dia berminat ke tak? Kain ni ukuran 4 meter dengan harga 10,000KRW. Kira murah lah jugak. Corak-coraknya pun bagi aku menarik. Kat sini, aku belikan akak aku dua pasang kain cotton dan coraknya aku pilihkan. Habislah kalau kakak aku tak minat tapi aku sempatlah snap picture dan hantar kat dia by whatsapp. Nasib baik dia kata ok. Yang ni akak aku kena bayar balik pada aku sebab aku dah belikan dia t-shirt Korea.
Rajin-rajin tengok signboard. Kalau pergi luar negara, kena alert dengan signboard dan kena rajin membaca.
Kena berani explore bila dah masuk dalam market ni. Bagi aku, market ini tidak besar mana. Akhirnya kitorang sampai juga di bahagian kain-kain. Macam-macam jenis kain ada. Ada kain cotton, Korean Silk, kedai jual Hanbok, kedai kain untuk buat Hanbok, kedai-kedai jual comforter, kedai souvenior. Member berdua tu pulak macam tiba-tiba ubah fikiran kata taknak cari Korean Silk sebab tak tahu mana satu kainnya tu. Dah sampai sini, tak kan nak patah balik pulak kan? Aku tanyalah orang-orang kat situ, mana kedai jual Korean silk. Dorang pun tunjukkan arah kedai-kedai yang jual Korean silk. Jumpa jugak akhirnya. Eh, dalam mencari Korean silk, dorang promote pulak kain cotton bercorak. Kain untuk kaum wanita la kan. Terus aku whatsapp kakak aku tanya dia berminat ke tak? Kain ni ukuran 4 meter dengan harga 10,000KRW. Kira murah lah jugak. Corak-coraknya pun bagi aku menarik. Kat sini, aku belikan akak aku dua pasang kain cotton dan coraknya aku pilihkan. Habislah kalau kakak aku tak minat tapi aku sempatlah snap picture dan hantar kat dia by whatsapp. Nasib baik dia kata ok. Yang ni akak aku kena bayar balik pada aku sebab aku dah belikan dia t-shirt Korea.
Mus dan TJ tengah membelek Korean
Silk dan sedang deal dengan tokey kedai. Akhirnya, cuma Mus je yang beli Korean
Silk untuk mak dia. Misi kitorang di Gwangjang Market
tercapai. Di Gwangjang Market ni juga aku beli buah strawberry dengan harga
4,000KRW satu bekas. Sangat berbaloi sebab buah dia besar dan manis serta
kuantitinya banyak. Sebenarnya kitorang share tiga orang. Aku bayar 2,000KRW
dan selebihnya Mus dan TJ bayar.
Bila dah selesai semuanya,
kitorang ke Myeongdong semula. Tujuan aku ke Myeongdong sebab kitorang nak cuba
street food, tapi bila sampai ke Myeongdong, berlaku sedikit pertelingkahan.
Tiba-tiba ada yang timbulkan isu kenapa pergi Myeongdong lagi. Sabar dan
bertabahlah wahai hati.
Cara dari Gwangjang Market –
Myeongdong :
Dari Jongno 5(o)-ga St. (laluan Dongdaemun) – turun di Dongdaemun St. - tukar laluan Line 4 (laluan Myeongdong) - turun di Myeongdong St., Exit 6.
Di Myeongdong St., ternampak pulak smash cookies dan tiba-tiba berhenti jap sebab teringin nak mencuba. Terus beli. Aku ambik perisa pisang.
Kitorang makan share tiga orang.
Uniknya biskut ni sebab kena ketuk guna hammer kayu untuk dipecahkan kecil-kecil. Tapi bila dah makan, biasa je
rasanya. Masa kitorang sampai di Myeongdong tu kan, gerai-gerai tepi jalan baru
nak buka. Tujuan datang sini sebab nak cari
street food, jadi oleh sebab gerai-gerai baru nak buka, kitorang lepak depan
butik H&M sambil merehatkan kaki. Sengaja kitorang duduk kat situ sampai
hari gelap. Mencukupkan syarat untuk balik ke apartment di Itaewon. Lepak-lepak
tu bukan saja-saja je. Mus tiba-tiba hilang dan bawa makanan dua-dua belah
tangan. Mus dan makanan tak boleh dipisahkan. Full stop..
Bagi aku, Myeongdong adalah tempat yang best untuk jalan-jalan, cuci mata dan cari street food sebab suasanya lebih modern dan agak bersih.
Maghrib tu, masing-masing mood
dah ke laut. Aku ni lagi lah. Namsagol
Hanok Village dah terus skip dan macam takde harapan nak selit-selit pergi
untuk hari esok. Kitorang balik ke apartment sebab dah malam. Sebelum tu,
ternampak pulak Haddeok. Beli sekeping. Haddeok ni pernah aku buat kat rumah
dan senang je nak buatnya. Kalau buat sendiri lagi puas hati sebab boleh buat
besar-besar dan letak inti banyak-banyak.
Cari dari Myeongdong – Itaewon :
Myeongdong St. (laluan Samgakji) - turun di Samgakji St. - tukar Line 6 (laluan Bonghwasan) - turun di Itaewon St.
Tiket Cable Car = 8,500KRW
Strawberry = 2,000KRW
Smash Cookies = 3,500KRW
Hoddeok = 1,500KRW
* sebarang pertanyaan boleh emel ke : ferdz_ jb@yahoo.com (_ & jb tu rapat ye)
Myeongdong St. (laluan Samgakji) - turun di Samgakji St. - tukar Line 6 (laluan Bonghwasan) - turun di Itaewon St.
Sampai apartment, terus mandi, berehat dan good nite. Tak larat dah....
Perbelanjaan hari keenam :
Tiket Cable Car = 8,500KRW
Strawberry = 2,000KRW
Smash Cookies = 3,500KRW
Hoddeok = 1,500KRW
Total : 15,500KRW (RM54.25)
* aku tak masukkan kain cotton dalam list sebab akak aku akan bayar balik
* aku tak masukkan kain cotton dalam list sebab akak aku akan bayar balik
Assalamualaikum.
ReplyDeletedatang singgah sebagai pelawat ke-155.
wow..seronoknya dpt g seoul.kos keseluruhan ke sana brp RM?
Wsalam..nnti dlm last entry akan saya ceritkan berapa total cost di sana.
Delete