Monday, July 25, 2016

FENDIxA107 | CAT SEMULA GRILL BALKONI

Assalamualaikum...

Beli juga akhirnya cat untuk grill di bahagian balkoni rumah. Mak aku kalau datang rumah, dia memang selalu ingatkan aku supaya cat balik grill tu sebab dah nampak berkarat. Kena hujan dan panas, lama-lama cat asalnya terhakis. 

Ayat mak "kalau dah reput nanti baru kau tau..nape tak cat grill tu?"

Baiklah mak..

Misi mengecat pun bermula semalam (Ahad) sebab cuaca sedang elok panas.


 Guna cat ni je. Beli je mana yang murah. Bajet ciput.

Sebelum dan selepas. Warna asalnya grey tapi bila pergi kedai hardware, cat kaler grey dah habis. Jadi aku beli kaler coklat. Asal ada je lah.

4 comments:

  1. salam. hi nak tnya, before cat balik grill tu kena kikis dlu x karatnya?
    kalau ye, nak kikis guna apa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..saya tak kikis karat tu. saya terus cat. tapi permukaannya jadi mcm tak cantik sebab tak smooth. maybe awak boleh guna kertas pasir (sekadar cadangan) untuk kurangkan karat tu.

      Delete
  2. tu laaa, sy igt nak guna kertas pasir tapi kawan sy kata dia xpernah tgk org guna kertas pasir dekat besi! >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha.. tula kan..tp td saya ada google2, memang boleh guna kertas pasir utk kurangkan karat tu..

      Delete