Tuesday, August 30, 2016

PROMENADE PRESINT 7, PUTRAJAYA

Assalamualaikum...


Aktiviti hujung minggu aku dikala kebosanan adalah dengan berjogging. Oleh sebab last week takde plan nak berjalan ke mana-mana, jadi petang Ahad aku ke Promenade Presint 7 untuk lakukan aktiviti jogging.

Sebenarnya takde lah jogging sangat, sekadar mengeluarkan peluh sikit-sikit je sebab hari Sabtu tu dah berhempas pulas jogging di Taman Saujana Hijau, Presint 11. Memang last two week aku agak push kan diri aku di gym dan juga jogging. Kalau tak turun berat badan ni memang tak tahu lah kan.

Promenade Presint 7 ni dah kerap aku pergi untuk jogging tapi baru-baru ni je baru tahu nama dia Promenade Presint 7. Keh3.. Ingatkan kawasan ni seliaan Cyberjaya, rupanya di bawah Perbadanan Putrajaya. Park kereta tepi jalan dan berlari-lari anak sepanjang tasik. 

Kalau dari Promenade Presint 7 tu, boleh tembus ke Ayer 8, Presint 8 tapi jauh jugak lah jaraknya tu. Memang sesuai kalau untuk berjogging. Kalau sekadar berjalan, rasanya memang tak larat nak patah balik. Confirm satu penyesalan.

Layan gambar sebentar...


Laluan monorail yang terbengkalai

Jambatan Seri Saujana

Lari atas jambatan





Acara wajib. Bergambar..

2 comments:

  1. hahahaha.saya nak gelak sikit boleh. baru tau namanya Promenade Presint 7. selalu bawa adli lepak sini. bagi dia lari2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhehee..banyak tempat kat putrajaya ni tak explore habis2an..

      Delete