Monday, November 7, 2016

FENDIxBATU CAVES | BERJAYAKAH MISI 272 ANAK TANGGA?

Assalamualaikum,

"Batu Caves"

Check in...

Sebelum ni pernah sampai ke sini masa bawa member dari Indonesia tapi tak naik atas pun. Tengok tangga je dah rasa gigil lutut. Dah dapat bayangkan betapa sengsaranya kaki aku ni kalau mendaki ke atas.


Minggu lepas berbual-bual dengan CC Mona pasal Batu Caves ni. Duk cakap nak naik atas tu sebab nak tengok apa yang ada kat atas tu.


Kebetulan, Oii minta teman dia pergi berubat Jumaat malam (04 November) kat Cheras. So, aku ambil kesempatan ni untuk tidur di rumah dia dan ajak dia ke Batu Caves keesokan harinya (Sabtu). Dia on kan je lah.


Jadi, dari rumah dia kat Cheras, kitorang bergerak ke Batu Caves pada jam 7.00 pagi. Nampak ke tak semangatnya tu? Awal pagi dah gerak.


Masa kitorang sampai, orang masih belum ramai tapi dah ada penganut-penganut Hindu yang telah memulakan sembahyang mereka.


Bayaran parkir adalah RM2.00.


Nampaknya laluan menuju ke gua dan temple dalam proses renovation. Jadi, pemandangan agak tak berapa nak cantik sepertimana dalam gambar.



Tiba masa nak naik tangga tu, perasaan dah mulai was-was. Was-was bukan sebab apa, cuma macam percaya dengan tidak je dengan kebolehan diri sendiri untuk mendaki 272 anak tangga. Aku pandang Oii, Oii pandang aku dan kitorang serentak pandang pada seorang uncle India yang nak mendaki ke atas juga. Keh3..

Hello!!!! uncle tu boleh je nak naik, tak kan kitorang nak surrender awal kan? Yakin boleh.

Setapak demi setapak kitorang naik. Kaki dah mula rasa "menangkap". Hahhahaha..

Mendaki Bukit Broga pun tak terasa macam ni tau.

Sampai separuh jalan, berenti sekejap. Buat trick konon-konon ambik gambar. Bila dah reda sikit, teruskan perjalanan ke atas. Akhirnya sampai juga. Yess.. Opcos lah aku sampai dulu kan? Aku memang jenis tak menyabar. Sempat snap sekeping dua gambar, tapi Oii masih belum sampai. Eh pitam ke apa kawan aku sorang tu?

Sikit demi sikit nampak kepada dia muncul dari arah tangga bersama-sama dengan uncle India yang sama-sama naik dengan kitorang tadi.


Peraturan dan larangan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Batu Caves. No short, no exercise, no pet dan jangan membuat kotor. Ada faham?

 Besar kecik besar kecik je aku tengok tangga ni. Takde eskalator ke? Huhuhu. Mudah sikit kerja aku.

Pandangan dari atas. Masih awal pagi.

Bila dah sampai dalam gua tu, memang teruja. Ada beberapa kuil di dalam tu dan patung-patung dewa. Kitorang takde datang mendekat, cuma tengok dari jauh dan ambil gambar sahaja. Keterujaan tu menjadi-jadi bila tengok dinding-dinding gua batu kapur yang telahpun berusia melebihi 400 juta tahun.

Cakap lebih pun tak guna, meh la layan gambar.

 Menghadap pintu masuk gua - Gua Tokong.

 Kuil. Kat bahagian atas tempat aku berdiri pun ada kuil.  Dorang tengah sembahyang. Waktu ni sami tengah baca mentera.

Sekadar mengambil gambar dari luar. Kita menghormati agama orang lain.

 Banyak lagi pembinaan yang sedang berjalan di dalam sini. Mungkin nak bina kuil lagi. 






 Kiri | Kuil di bahagian atas.


 Kanan | View dari arah sini memang cantik. Kalau bawak kamera mahal, memang superb la hasilnya.





 Terdapatnya lubang cahaya. Waktu matahari betul-betul dia di atas lubang, mesti lagi indah pemandangannya.

Kitorang tak berniat nak duduk lama-lama di dalam Gua Tokong ni. Sekadar melihat dan mengalami sendiri suasana di dalam gua ni, rasanya sudah mencukupi. Tunggu beli kamera canggih manggih sikit, baru puas hati nak tangkap gambar. Setakat guna kamera hp, tak berapa nak memberangsangkan.

Semakin ramai penganut Hindu sampai ke dalam gua. Kitorang gerak turun bawah. Masa nak turun tu, banyak pulak monyet-monyet berkeliaran. Terus simpan handphone dalam poket. Risau pulak kalau tiba-tiba monyet rampas handphone. Monyet-monyet zaman sekarang ni kan advance.

Sempat lah tangkap gambar sekeping masa turun tangga.

Selain daripada Gua Tokong ni, terdapat juga Gua Kelam dan Gua Ramayana. Kalau dalam gambar kat atas, ada signboard Dark Cave tu. Nak masuk ke dalam tu dikenakan bayaran. Kitorang tak berniat nak masuk dalam tu. Cukup sekadar naik ke Gua Tokong yang agak menguji stamina.

Bila sampai ke bawah, sempat bergambar dengan burung-burung merpati yang mencari makan secara berjemaah.





Gua Ramayana. Kitorang tak masuk dalam ni. Kalau nak masuk bayaran adalah RM5.00. Dalam ni ada merak.

Hanuman Statue. Ini di bahagian luar gua.

Nampaknya misi mendaki 272 anak tangga berjaya. Sesekali menjejak kaki ke tempat ibadah agama lain, at least satu pengalaman baru buat aku. 

Batu Caves...check out..

1 comment:

  1. amboi kamu ni fendi.macam takde benda lain nak borak ngan saya. borak pasal batu cave. hahaha

    ReplyDelete