Monday, March 27, 2017

FENDIxHIKING | BUKIT MELATI, NILAI

Assalamualaikum,

Check in Bukit Melati...

Aktiviti hiking aku seterusnya adalah Bukit Melati, Nilai. Lokasinya terletak di Desa Melati, Nilai Negeri Sembilan. Kalau dari arah BB Salak Tinggi, di bulatan pertama, ambil jam 9. Seterusnya buka lah google map atau waze. Keh3. Sebenarnya dah dekat dah tu, ikut je jalan Persiaran Golf, kemudian belok kiri. Akan nampak banyak kenderaan park tepi jalan. Situlah lokasinya. Ada tokong Buddha.

Aku pergi hari Sabtu (25 Mac), gigih jugak sebab dah gian nak memanjat bukit. Sebelum tu, singgah dulu Petron, beli sandwich dan air soya. Kiranya bekalan untuk breakfast la tu. Dengan berlagaknya aku taknak makan awal, konon-konon nak makan kat atas. Lepas tu, padan muka kat diri sendiri. Rasa macam putus tenaga dan putus nyawa.

Sampai puncak terus kepada otak ni melayang-layang, mata dah berpinau-pinau. Penangan tak breakfast sebelum mendaki.

Aktiviti mendaki aku kali ni sebagai salam pengenalan je dulu. InsyaAllah nanti kalau ada masa, boleh datang lagi. Laluannya mencabar juga sebab dari awal tu kena mendaki.

Ramai juga golongan veteran yang mendaki di sini dan majoritinya adalah orang kita (Melayu). Mereka boleh je sampai ke puncak, malu la kalau yang muda-muda ni cepat mengalah.

Di Bukit Melati ni, terdapat beberapa bukit iaitu Bukit Lipan, Bukit Monyet, Bukit Cobra dan Bukit Nyamuk. Tracknya pun mudah untuk difahami. Kalau pergi sendiri pun InsyaAllah akan selamat, asalkan follow track yang telah tersedia.

Aku pergi sorang-sorang, jadi tak banyak gambar dapat diambil, ditambah lagi dengan drama hampir-hampir pitam, so macam tak berapa nak beriya bergambar.

Pemandangan dari Bukit Lipan. Panas time ni, sekejap je singgah.

 Ini pun pemandangan dari Bukit Lipan.


Pemandangan dari Bukit Monyet.

 Pemandangan dari Bukit Cobra

 Kiri | Laluan pokok getah dan kelapa sawit

Aku rasa macam sekejap pulak aktiviti kali ni. Mungkin sebab aku sorang-sorang. Next time kena angkut semua kengkawan, baru syiok. Cuma kan, bila sampai ke bawah tu, baru terperasan yang aku tak pergi ke Bukit Nyamuk. Dah nampak signboardnya tapi apsal aku tak lalu kawasan situ?

Ok, Bukit Melati..aku check out..

aksarafendi

3 comments: