Thursday, May 4, 2017

FENDIxPD | SHORT TRIP KE PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum,

Minggu lepas sempena cuti bersambung, aku pergi ke Port Dickson. Niat utamanya nak mendaki Bukit Batu Putih di Tanjung Tuan tapi malangnya tidak kesampaian.

Bertolak ke PD hari Sabtu, dah siap-siap bawak baju untuk satu malam padahal penginapan tak book langsung. Kira nak terjah macam tu je walaupun dah tahu bila cuti bersambung ni, kebarangkalian nak dapat bilik kosong tu memang agak tipis. 

Dalam pukul 11.30 pagi, aku dan Oii gerak ke PD ikut laluan jalan dalam yang tak perlu lalu tol. Perjalanan cuma mengambil masa sejam. Oleh sebab dah tengahari, kitorang singgah makan dulu di Lukut. Gigih google tempat makan menarik di Lukut, akhirnya singgah di Inss J Cafe yang terletak bersebelahan dengan Petronas Lukut.

Inss J Cafe
Taman Indah Baru, Lukut
Port Dickson
Operation Hours : 11.00 am - 11.00 pm 




Sajian makanan yang disediakan di cafe ini adalah western dan menepati citarasa. Kitorang order set western dan dua air untuk dua orang, harganya adalah RM40.00++. Kira okay la tu kan harga dia. Cafe dia bersih dan interior design pun menarik. Standard macam cafe-cafe lain yang terdapat di KL.

Settle makan, kitorang terus cari bilik untuk check in. Pilihan kitorang adalah yang berdekatan dengan pantai. Cari punya cari, jumpa juga satu resort. Harga satu malam adalah RM158.00. Harga termasuk sekali dengan breakfast untuk dua orang. Bahagi dua, sorang keluarkan RM79.00. Bilik kitorang jenis cabin. Selesa pun selesa. Cuma keadaan biliknya tu sangat biasa-biasa. 





Tanjung Tuan, Port Dickson



Aktiviti petang kitorang adalah nak mendaki Bukit Batu Putih yang terletak di Tanjung Tuan. Masa nak keluar bilik tu dah nampak langit tak berapa nak bersahabat dengan kitorang. Langit dah nampak gelap. Kitorang gigih juga nak pergi sebab dah alang-alang sampai PD. Sebelum tu sempat singgah makan cendol dan ABC.




Ini pengalaman pertama masuk ke Tanjung Tuan. Padahal sebelum ni 2 tahun setengah study kat PD, tak pernah nak jejak kaki ke sini. Bila dah 12 tahun tinggalkan zaman belaja, baru terhegeh-hegeh nak mendaki lah, nak menjejak rumah api lah. Macam-macam hal. Kitorang tak tahu pun laluan sebenar nak ke Bukit Batu Putih tu. Bila follow jalan bertar, kitorang terus sampai ke Rumah Api Tanjung Tuan.

Ok, check in dulu Rumah Api Tanjung Tuan..




Pusing sekejap sekeliling Rumah Api Tanjung Tuan dan terus turun melalui denai yang dikelilingi oleh pokok-pokok. Sebenarnya tak tahu pun laluan tu menuju ke mana, bila terjumpa orang, confident sikit lah. Kira laluan yang betul tapi tak tahu betul ke arah mana?

Jalan punya jalan, dengan cuaca mendung dan laluan berpayungkan pokok-pokok, keadaan memang dah gelap macam maghrib. Rupanya laluan tu menuju ke pantai. Macam biasa, singgah sekejap untuk bergambar.






Bila tengok langit dah semakin gelap, kitorang gerak naik semula. Memang mencabar lah kan nak mendaki tangga tapi gagahkan jugak. Kaki aku memang dah sakit dari minggu sebelumnya sebab berturut-turut exercise. Duk sibuk pulun pergi gym,lepas tu join aerobik, kemudian pergi gym lagi. Demi nak kurus punya pasal, tapi takde tanda-tanda nak kurus pun.

Tiba di Rumah Api Tanjung Tuan semula, kitorang duduk berehat sebab kaki Oii dah cramp. Hujan dah renyai-renyai turun. Kitorang teruskan jalan dan bila sampai je ke gerbang masuk tu, hujan turun selebat-lebatnya. Berlari terus ke kereta dengan basah lencun. Nasib tak menyebelahi kitorang. Mungkin ada hikmah semua ni. 

Allah dah rancang baik-baik untuk kitorang. Jadi, tiada rezeki nak mendaki Bukit Batu Putih. Balik ke resort dengan perasaan agak kecewa. 

Ber "shellout" di D'Coconut Food Station, PD

Malam harinya, kitorang dinner dengan Nija dan famili di D'Coconut Food Station, PD. Lokasinya berdekatan dengan The Store PD (sekarang tengah buat renovation). Oleh sebab 28 April (hari sebelum) tu adalah birthday Nija, so aku dan Oii belikan kek untuk Nija sebagai tanda persahabatan kitorang.

Aku, Oii & Nija ni classmate masa kat Poli PD dan Nija ni memang orang PD. Kalau kitorang datang PD, memang wajib hello-hello dia.


 Shellout tu selonggok depan aku.

Happy Birthday Umi!!! Siap ada photographer cilik. Masa ni makanan belum sampai, so potong kek dulu.

Selesai makan, kitorang semua gerak ke Pantai Cahaya Negeri sebab ada karnival. Singgah sekejap sebab nak tengok apa yang menarik. Masa sampai tu, Syamel AF tengah buat persembahan. Layankan artis-artis yang ada, kemudian pusing-pusing tengok gerai, kitorang balik untuk berehat dan tidur.


aksarafendi

1 comment:

  1. thank you..br bekesempatan nak komen blog u..
    hehe, maila sini lg naik batu putih..
    wajib hello2 tau

    ~nieja

    ReplyDelete