Friday, May 5, 2017

FENDIxPD | SHORT TRIP KE PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN - DAY 2

Assalamualaikum,

Hari ke-2 di Port Dickson. Sebenarnya dah terjaga awal tapi oleh sebab mood bercuti, malas nak bangun dari katil. Sudahnya, terlambat sikit Subuh. Aktiviti pagi ni nak jalan-jalan pantai. Nak tengok laut PD yang dah lama ditinggalkan.

Cuaca pagi tak nampak matahari. Matahari ditutup awan dan ada tanda-tanda hujan akan turun. Kitorang breakfast di resort saja sebab memang disediakan breakfast. Ok juga la breakfast dia. Ada nasi goreng, mee goreng dan roti.

Breakfast start jam 7.30 pagi tapi kitorang datang awal 2 minit. Semua dah ready, cuma air je yang masih belum ada. So,kitorang tunggu lah staff resort siapkan sepenuhnya sementara tu kitorang keluar pagar sikit dan lepak tengok laut. Tenang betul pagi-pagi dapat hirup udara segar. 



Musim cuti panjang macam ni ramai betul pengunjung yang datang ke Port Dickson. Paling ramai adalah geng-geng motor. Kebanyakan homestay yang terdapat di PD ni penuh dengan group dorang. Masa kitorang melepak ni pun, ada je geng-geng motor tengah berlonggok. Asalkan tak mengganggu orang lain, kira ok la tu kan.

Lepas breakfast, kitorang lepak lagi tengok laut. Tengah mengusha-usha gelagat orang, sakit perut pulak. Bergegas balik bilik. Bila sampai je bilik, hujan terus turun. So, kitorang blur nak buat aktiviti apa pagi ni. 

Terus siap-siap kemas barang, mandi dan check out jam 10.00 pagi. Tengahari nanti nak lunch kat rumah Nija.


Apa lagi nak buat lepas check out penginapan kan? Kitorang pusing-pusing sekitar PD. First tempat yang kitorang pergi adalah Politeknik Port Dickson. Ambil gambar signboard pun dah kira ok lah. Nak turun bergambar macam segan pulak.


Lepas tu, kitorang masuk ke Taman Intan. Taman Intan ni kitorang pernah sewa mula dari semester 2 sampai semester 6. Saja nak imbau balik rumah-rumah yang pernah kitorang sewa. Kitorang pernah duduk menyewa 3 buah rumah. Pernah duduk 2 rumah teres dan 1 rumah flat. Yang rumah teres tu kan, tak jumpa mana ntah lokasi yang betul kedudukan rumah tu sebab persekitaran dah banyak berubah dan kebanyakan rumah-rumah di Taman Intan dah nampak uzur dan lama.

 Kitorang adalah antara orang-orang pertama yang menduduki rumah flat ni. Time tu serba serbi cantik. Sekarang ni dah nampak usang, cermin-cermin tingkap pun dah banyak pecah dan pastinya, macam dah tak ramai yang duduk kat flat ni. Tak pastilah sama ada pernah berlakunya kes-kes pecah rumah dan sebagainya ataupun sebenarnya kat PD ni dah banyak rumah sewa yang lebih selesa.

Alive 3D Art Gallery


Oleh sebab kitorang banyak masa terluang pagi-pagi macam ni, jadi kitorang pergi Alive 3D Art Gallery yang terletak di Lukut. Berdekatan dengan Giant Lukut.

Harga bayaran untuk dewasa adalah RM20.00 seorang.


Kalau dah masuk ke 3D Art Gallery macam ni, memang aktiviti utamanya bergambar saje lah kan? Jom layan gambar. Art Gallery ni ada 3 tingkat, masuk ikut pintu lain dan keluar ikut pintu lain. Tapi kitorang ni buat pasal pulak. Suka hati main skip-skip gambar, lepas tu keluar ikut jalan masuk. Kah3..

Gambar bersepah-sepah tak ikut turutan sebab tak ingat dah mana yang dahulu dan mana yang kemudian.




 Kanan | Sumpah kelakar. Aku cuma duduk macam tu je. Depan aku ada orang tengah tunggu turn nak bergambar. Kaku terus jadinya.

 Kiri | Abang dapat harta barang kemas.
Kanan | Lari dari mumia






 Kiri | Abang dapat emas pulak.
Kanan | Mak aii!!!! biar betul Hulk???

 Kiri | Lunch dengan Alice. Lama tak jumpa Alice






Banyak lagi gambar tapi yang lain-lain tu macam tak menjadi. So, aku upload mana yang rasa ok je.

aksarafendi

No comments:

Post a Comment