Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Friday, December 16, 2016

FENDIxIPOH | TAMAN REKREASI GUNUNG LANG, KARAT KAFE & NASI BAMBOO SG.KLAH

Assalamualaikum,

Bila Oii tanya nak ke mana lagi, aku suruh je bawak pergi mana-mana. Mana yang sempat dan dekat je lah. Kang kalau aku google ajak pergi tempat merepek-merepek, tak mahu pulak nanti. Bila dah petang-petang ni kita pergi je lah tempat rekreasi. Duduk melepak petang-petang.

Taman Rekreasi Gunung Lang
Jalan Damai
30100 Perak

Waktu Operasi :
8.30 am - 6.00 pm

Bila sampai tu, memang rasa nak naik bot ke pulau kecik kat seberang tasik sana, tapi dia punya barisan punya lah panjang. Bot pulak cuma 2 biji. Terus terbantut nak ke sana. Sudahnya aku pusing-pusing kat area air terjun tu sahaja.

Bagi sesiapa yang nak naik bot ke pulau kecik tu, bayarannya adalah RM3.00. Oii kata kat belah sana tu takde apa yang menarik pun. Bila aku tanya Haji Google, dia pun bagitau benda yang sama. Ok lah..takde la rasa terkilan kalau tak pergi sana.

Aku pun faham, sekarang ni kan musim cuti sekolah, ditambah lagi dengan hujung minggu. Jadi. mak bapak ambil kesempatan yang ada ni untuk bawak famili jalan-jalan. Taman ni pun bukan la tempat wajib yang aku nak pergi, so takde hal lah..

Kalau nak naik bot kena beratur dari bangunan yang nampak bumbung sikit tu. Kat gambar bot ada 3 biji, tapi yang jalan cuma 2.


Tempat ni jadi spot untuk wedding photoshoot. Aku tak jalan sampai hujung-hujung sana sebab ada pengantin-pengantin tengah bergambar. Tak mau la ganggu dorang.

Taman Rekreasi Gunung Lang...aku check in dan check out. Next time nak ke sini lagi ke? Hurmmm macam tak je.

KARAT CAFE

Lepas maghrib, aku dengan Oii pergi makan dekat satu gerai tomyam pok tek kat Jelapang. Tomyam yang dalam kelapa muda tu. Sedap nak mampuih.. Takde la aku nak ambik gambor ke apa sebab kedai dia biasa je. Tapi bila dah makan tu, macam menyesal aku meng"underestimate" kedai tu.

Jangan tak percaya, walaupun dah dinner makan tomyam, kitorang google cari kafe ala-ala hipster pulak. Apa punya jenis manusia pun aku tak tahu la. 

Aku cadangkan Thumb's Cafe. Kira on la tu...

Bila sampai, kat sebelah Thumb's Cafe ni ada Karat Cafe. Terus ubah lokasi. Masuk Karat Cafe pulak. Kafe dia sebelah-sebelah je.

Karat Cafe
137, Jalan Sultan Abdul Jalil
30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi :
5.00 pm-2.00 am

Konsep kafe ni memang unik. Rumah kayu lama dengan beberapa hiasan lama. Halaman pun luas.

Tema kafe adalah Old Is Gold. Memang la, yang nampak lama tu yang sebenarnya lebih mahal. Ada je idea peniaga-peniaga ni kan untuk buat sesuatu kelainan.  


 Kitorang lepak luar je. Kat bahagian dalam ada meja makan yang lebih sesuai untuk famili.

 Antara gambar-gambar di bahagian dalam. Aku tak ambik gambar banyak walaupun sebenarnya setiap sudut nampak menarik.


Kafe-kafe hipster macam ni memang menjadi buruan para instagrammer dan juga food hunter. Nak bergambar pun cantik, nak melepak pun best. Eh, sekali sekala melepak tempat macam ni tak salah pun kan?

p/s : rumah kayu mcm ni mengingatkan aku zaman budak-budak dulu. mcm ni la lebih krg rumah ktrg.

NASI BAMBOO, SG.KLAH

12 Disember 2016 (Isnin)

Pukul 8.30 pagi dah check out dari hotel sebab nak singgah Nasi Bamboo, Sg. Klah. Restoran di tepi jalan je.

Waktu mula operasi adalah pada jam 10.30 pagi. 

Kena datang awal sebab orang dah tunggu dari jam 9.30 pagi. Nampak tak penangan nasi bamboo ni? Kitorang tunggu tak lama. Pukul 10.00 pagi sampai sini.


 Ruang dalam restoran. Susunan kerusi meja secara memanjang.

Sabar menunggu.

Apa istimewanya nasi bamboo ni?

Nasi dimasak dalam bamboo/buluh dan dialas dengan daun apa ntah tu. Lauk pauk dia pun banyak pilihan.

Konsep kedai ni memudahkan pelanggan. Ada bahagian sayur/ulam-ulam, bahagian masakan gulai, bahagian air, bahagian panggang/bakar dan bahagian dessert. So, bila dah ambil apa yang kita nak, terus je bayar di bahagian masing-masing.

Oii beratur kat bahagian nasi, so dia bayar set nasi. Aku beratur kat bahagian panggang/bakar, so aku bayar untuk ikan dan ayam bakar. Paham kan konsep dia?

 Set nasi untuk dua orang. Tambah ikan talapia bakar dan ayam bakar. Untuk set nasi dan air, dalam RM10.00 ++. Untuk ikan dan ayam bakar, harganya RM23.00

 Set nasi didatangkan dengan keropok, sedikit ulam-ulaman dan sambal serta kuah kari.

Rugi ambik satu je nasi. Makan tak puas. Kuah kari sedap.. Ayam sedap.. Ikan sedap.. Rugi tak ambik lauk-lauk lain. Keseluruhannya memang puas hati. Terbaik!!!!!

Kebanyakan yang datang ke restoran ni adalah orang luar. Orang Perak dah biasa agaknya makan kat tempat ni ataupun mereka datang pada hari biasa.

Kalau ke Perak, Nasi Bamboo Sg. Klah memang wajib singgah.

p/s : satu je yg tak berapa nak best kt restoran ni..banyak lalat..







FENDIxIPOH | PERAK TONG & MASJID MUHAMMADIAH

Assalamualaikum,

Selesai sudah majlis persandingan Masirah & pasangannya. Aku dengan Oii tak tunggu majlis selesai pun. Start pengantin bersanding, kitorang terus gerak balik sebab rasa dah duduk lama sangat. Dari mula orang belum sampai, hinggalah orang dah ramai.

Kalau nak terus balik hotel, macam rugi pulak kan. Bukan selalu pun datang Ipoh. Inipun entah tahun bila akan datang balik ke sini. Jadi, Oii bawa aku tengok tanah yang dia beli. Sebenarnya ini dah kali kedua dia bawa aku tengok tapi dia lupa agaknya. So, aku diamkan je dan follow.

Kemudian, kitorang pergi Perak Tong. Perak Tong ni adalah kuil Buddha. Masa nak ke Perak Tong ni, Oii berahsia sikit dengan aku.

"Eh, lepas ni aku nak bawa kau ke satu tempat ni. Ko mesti suka punya. Kalau aku nak gi sorang-sorang, memang tak la jawabnya" - Oii

"Mana pulak? Jangan bawak tempat makan, aku masih kenyang ni".. - Aku

"Tengok je la nanti.." - Oii

Sesampainya ke tempat yang dirahsiakan....

Aku gelak besar..

Hahhahaha...

"Kan..ko suka kan tempat-tempat macam ni.." - Oii

Yess..memang suka.. Sebelum ni dah ke Batu Caves, kali ni kitorang ke tempat ibadat penganut Buddha pulak. 

Masa park kereta, ada orang yang jaga. So, bila tanya berapa bayaran, katanya ikut suka.. So, kitorang bagi RM2.00 je. Kira ok la tu kan. Bukan nak lama-lama pun kat sini.

PERAK TONG, JALAN KUALA KANGSAR

Kuil Buddha ni terletak di dalam gua batu kapur. Dari parkir nak ke bahagian dalam gua tu tak berapa mencabar. Tapi, kalau dari dalam gua nak naik ke puncak bukit di bahagian atas, lebih kurang macam Batu Caves jugak la cabarannya.

Kitorang tak naik sampai puncak sebab tangga-tangganya agak curam. Waktu ni, segala peluh jantan dan peluh betina dah keluar. Kitorang berhenti setakat separuh  jalan sahaja, kemudian posing-posing jap, lepas tu turun.

Katanya kalau sampai ke puncak, view sangat ohsem. Maybe next time je lah ye. Kali ni macam malas pulak nak naik dengan membawa perut yang kenyang makan nasi kenduri kawin.

Kat dinding-dinding gua banyak lukisan-lukisan based on kepercayaan dorang. Mungkin tuhan dan dewa dewi dorang.






Time nak mendaki ke atas tu, nampak lah pandangan -pandangan macam ni. Nampak batu-batuan.


 Naik tangga.

Bila dah keluar daripada gua, pemandangannya pulak seperti di bawah ini... Nak snap gambar pemandangan bandar Ipoh memang tak berapa nak cantik sebab terlindung dengan pokok-pokok.


Dari lokasi ni, kena panjat lagi tangga ke puncak yang paling tinggi. Aku berhenti setakat aras ni sahaja. Bukan tak larat, tapi malas. Keh3..


Apa ntah maksud tulisan belakang tu. Acah-acah macam kat negara China lah tu.


Taman dan kolam. 

Baju merah sama tema dengan bangunan belakang tu.

MASJID MUHAMMADIAH/MASJID CINA

Masjid Muhammadiah terletak di Taman Tasek Jaya, Ipoh. Keluasan masjid ini adalah 0.4 hektar dan menelan kos RM6.8 juta dan merupakan mercu tanda terbaharu di bandaraya Ipoh.

Kitorang singgah masjid ni sebab nak solat jamak, sambil-sambil tu boleh tengok keunikan dan kecantikan masjid ni.

Rekabentuk masjid memang berdasarkan seni bina cina. Warna merah, hijau dan pink menyerlahkan lagi kecantikan masjid ni.

 Pintu masuk.



Dekat dinding penuh dengan lukisan. Nice..


Tenang je bila duduk di ruang dalam. Kombinasi warna dia cantik.


p/s : i is jakun bila tengok senibina masjid ni.rasa macam melancong kat negara China.

Thursday, December 15, 2016

FENDIxIPOH | BERPAGI-PAGIAN DI BANDAR IPOH

Assalamualaikum,

11 Disember 2016 (Ahad)

Ini merupakan hari kedua di Ipoh, Perak. Seperti biasa, bangun awal. Hotel ni takde disediakan surau, jadi aku kena menapak sikit ke Masjid Negeri Perak untuk menunaikan solat Subuh. Selesai Subuh, malas pulak nak balik ke hotel. Jadi, aku pusing-pusing sambil hirup udara pagi. Gerai-gerai di Medan Selera Dataran Dato' Sagor ada yang dah buka tapi belum terniat nak singgah breakfast.

Kiranya aku dah plan tak balik hotel lagi sampai tengah hari. Terus pergi wedding member nanti sebab kena pergi awal sikit.


Awal pagi ni, aktiviti aku adalah misi meronda 2.0. Gigih betul, awal pagi dah keluar meronda. Duduk hotel pun bukan boleh buat apa kan? 

 Bangunan OCBC / Straits Trading Building. Pembinaannya pada tahun 1907 berkonsepkan Italian.

 Mercantile Bank, dibina pada tahun 1931. Sekarang ni jadi pejabat ELKEN.


 The Chartered Bank

 Jan Sahib'S Office. Merupakan bangunan komersial yang dibina pada awal tahun 1930. Terletak betul-betul di hadapan Container Hotel di Jalan Sultan Yusuff.

 S.P.H De Silva Building. Juga terletak di Jalan Sultan Yusuff. Bangunan ini merupakan salah satu bangunan komersial yang tertua di bandar Ipoh.

 Chung Thye Phin Building. Dibina pada tahun 1907 oleh Chung Thye Phin yang merupakan Kapitan Cina terakhir di negeri Perak.

 Bangunan lama tengah dibaikpulih. Ini di simpang empat. Depan-depan tu banyak kedai kopi Cina. Kedai kopi awal-awal pagi lagi dah meriah.

Empat lot kedai yang masih lagi mengekalkan senibina lama. 

Dalam sibuk-sibuk masuk keluar lorong dan bangunan, baru teringat aku masih belum ambik gambar satu lagi lukisan mural. Apa lagi, jangan bikin leceh....

Tadaaaaa... mission accomplished!!!!

Kopi O terletak di Jalan Tun Sambathan. Dekat hujung-hujung sikit lokasinya.

Aku whatsapp Oii tanya bila nak datang ambik aku tapi dia tak reply. Nampak sangat belum bangun tidur tu. Takpe la, sementara nak tunggu dia balas whatsapp, aku pergi breakfast dulu. Sekadar alas perut, aku order roti telur dan teh tarik.

Habis sarapan, aku google Pasar Karat Ipoh. Niat nak singgah situ sementara takde apa nak buat. Kalau jalan kaki, cuma 15 minit je. Rasanya tak berapa jauh. So, aku pun cuba-cuba cari jalan nak ke Pasar Karat tu. Sekali lagi aku tak faham nak baca map. Macam lost sekejap. Then, aku tanya sorang uncle Cina jalan nak ke Pasar Karat.

" Uncle, nak tanya.. kalau nak ke Pasar Karat lalu mana?"

" Aiya..apa tu? tak tahu laa..." jawab uncle tu..

" Pasar Karat atau Memory Lane.. tak tahu ke?"

" Tak tahu..tak tahu..."

Kecewa aku. Malas dah nak tanya orang lagi.

Last-last, tak dapat nak memenuhi misi ke Pasar Karat. Jadi, aku teruskan berjalan cuci mata tengok-tengok bangunan lama yang masih lagi utuh dan menjadi daya penarik di Ipoh.

Tingkap orang dulu-dulu.



Tengah menikmati keindahan bangunan, Oii reply whatsapp suruh tunggu depan hotel sebab dia dah otw nak pick up aku. Bergegaslah abang patah balik ke hotel. Alah, actually memang dah dekat dengan hotel pun sebab jalannya kan pusing-pusing memang jumpa tempat yang sama jugak.

 Old school.


 I will stay here lama-lama.. boleh jawapan macam tu?

Kafe burps & giggles atau dalam melayunya kafe sendawa dan ketawa berdekah-dekah.. betul ke?


Dalam pukul 9.30 pagi macam tu, Oii sampai. Kitorang gerak ke Restoran Holly Wood sebab nak pergi breakfast tapi bila sampai tu, susah benor nak mencari parkir. Bila dah jumpa parkir, kedai pulak full house. Jadi, kitorang cari kedai lain yang berdekatan. Bila settle makan, dapat pula surat cinta dari abam polis. Kereta kena saman sebab parkir tepi jalan. Apa lah punya nasib...

Lepas tu, singgah Mydin untuk salin baju. Kitorang sampai awal di rumah pengantin sebab nak hantar barang. So, menunggu lah aku kat bawah khemah dari pukul 11.30 pagi dan kitorang balik dari majlis kahwin tu dalam pukul 3.30 petang. 


Selamat Pengantin Baharu Masirah & Pasangan. Semoga kekal hingga ke Jannah.

Pasangan pengantin berarak masuk ke pelamin.


p/s : agak2nya apa yg patut aku buat bila duduk semeja dengan org yg aku xknal. nk brbual pun xtau bnda apa nk dibualkan. last2, main hp.. anti-sosial sgt perangai.