Saturday, January 28, 2012

BERITA SEDIH LAGI

Apabila orang-orang yang kita kenali satu persatu menghadap Ilahi, hati rasa sayu dan takut..

Pagi tadi dapat berita salah sorang kawan sekolah meninggal dunia akibat semput..
Walaupun dia muda setahun dari aku tapi kitorang pernah satu kelas tuisyen..

Al-Fatihah untuk Normala binti Abdul Rahman.. 

Janji Allah itu pasti dan semoga Allah menempatkan Allahyarham di kalangan golongan yang solehah..

Aminnn..

Kataku : Bersedialah...Bila-bila masa sahaja..

Friday, January 27, 2012

PUJI MEMUJI

Bangga benar manusia kalau dipuji padahal tanpa sedar, pujian itu bagaikan satu peluru yang akhirnya membunuh diri manusia.



Kataku : Tak hidup dek puji, tak mati dek keji

Thursday, January 26, 2012

JANGAN BERTANGGUH

Orang yang suka bertangguh tu pencuri masa

Orang yang suka bertangguh tu pemalas

Orang yang suka bertangguh tu merugikan diri

Orang yang suka bertangguh tu tak pandai uruskan masa

Orang yang suka bertangguh tu menyusahkan orang lain

* lain kali jangan suka bertangguh, terima lah padahnya..seharian duduk tunggu giliran..

Ayat terbaik untuk diri sendiri ialah PADAN MUKAAAAAA


Kataku : Hahahha dan padan muka sekali lagi

Tuesday, January 24, 2012

KANAK-KANAK DIJADIKAN TEBUSAN


KUALA LUMPUR - Siapa sangka keseronokan lapan sekeluarga yang sedang asyik menonton televisyen dicemari insiden berdarah apabila salah seorang daripada mereka dijadikan tebusan oleh seorang lelaki sebelum 'drama' itu mencapai klimaksnya dengan suspek mati ditembak polis enam jam kemudian.

Kejadian pukul 10.30 pagi semalam di Lorong Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini itu berlaku apabila suspek berusia 34 tahun tanpa seurat benang tersebut dikejar sekumpulan penduduk yang mengesyaki lelaki tersebut hendak mencuri.

Suspek yang buntu untuk melarikan diri kemudian telah menerjah masuk ke dalam rumah mangsa sebelum mengambil pisau di dapur lalu menangkap dan mengacukan di leher seorang kanak-kanak, Fifi Ramadhani Syafrudin, 10.

Enam ahli keluarga yang terkejut dengan kejadian itu kemudian melarikan diri kecuali bapa mangsa, Syafrudin Marlis, 47. Suspek yang bagikan kerasukan itu kemudian membawa mangsa masuk ke dalam bilik manakala bapanya kekal di ruang tamu.

Sumber : Kosmo 24 Januari 2012 

Komen aku :
Siapa sangka kan benda kalau nak jadi. Selama ni kita tak pernah terfikir insiden macam ni akan terjadi tapi sesungguhnya malang tidak berbau. Nasib baik pihak polis dapat mengawal keadaan dan dapat selesainya dengan baik. Jalan terakhir adalah dengan menembak suspek sebab hasil berita malam tadi difahamkan kat bilik tu dah tak ada jalan lain untuk pihak polis masuk. Bapa tebusan tak dapat nak berbuat apa-apa sebab rupa-rupanya dia pakai kaki palsu, so agak terbatas pergerakan dia. Pengajaran kat sini, walaupun kita tengah duduk kat rumah, pastikan pintu dikunci untuk mengelakkan perkara macam ni berlaku.

Kataku : Pernah terjadi kes minah indon sembunyi dalam rumah tanpa kitorang sedar.

Monday, January 23, 2012

AJL 26 - TAK RASA KEHANGATANNYA

Anugerah Juara Lagu dah masuk kali ke 26 ye? Tak ambik tau pun sejak-sejak kebelakangan ni. Bukan apa, minat semakin dah berkurangan-lah. Dah tak ambik tau lagu apa yang berjaya ke final.

Dah tak minat AJL sebab rasanya kebanyakan lagu yang masuk tu macam lagu sampah dan yang ada kaitan dengan stesen TV yang menganjurkan. Dah ramai artis-artis hebat kat Malaysia ni tak minat nak masuk AJL contoh macam DSN, Dato' Sheila Majid, Anuar Zain, Ella. Mungkin bagi mereka pentas AJL dah tak prestij macam dulu kut? Sape tau kan?

Kita tengok je lah keputusan AJL nanti. Kalau Cinta Muka Buku tu menang, memang aku gelak besar..


Kataku : Lagu Alleycats tetap mengusik jiwa

MATEMATIK ITU MUDAH

Kalau ditanya pada kebanyakan orang, masa zaman sekolah dulu, matapelajaran apa yang paling tak suka?

Confirm ramai yang cakap matematik kan?

Kenapa ye bila subjek matematik, ramai pelajar tak suka sedangkan matematik tu memang kita gunakan setiap hari? Nak tengok jam pun kena melibatkan nombor, nak berbelanja melibatkan perkiraan, nak plan masa pun melibatkan jangkaan dalam matematik jugak.

Salah satu faktor yang jelas adalah perasaan terlalu takut dengan nombor. Kalau masuk sekolah dulu, belajar matematik setakat mengenal nombor.. Kemudian, makin lama matematik menjadi semakin sukar kerana banyak sangat formula yang terlibat.
Bila masuk sekolah menengah, perasaan benci pada matematik makin bertambah. Semua tu sebenarnya sebab pengaruh orang yang lebih dewasa daripada kita. Pernah tak alami situasi bilamana kakak atau abang akan cakap:

"nanti ko naik form 1, ko tau la betapa susahnya matematik tu..ko ingat macam matematik darjah 6 ke? "

Bila dengar je dorang cakap macam tu, kita mula menggelabah sampaikan perkiraan yang senang pun akan menjadi terlalu rumit.

Jangan salah sangka pulak ea, aku cakap pasal Matematik bukan sebab aku ni terror Matematik.. Kalau nak tahu, aku memang lemah dalam congak..tapi SPM dapat A untuk matematik dan sejak dari sekolah rendah lagi, prestasi Matematik aku cuma tahap biasa-biasa je. Sifir pun tak pernah hafal.

 Cuma kat sini aku nak berkongsi sikit pengalaman masa nak ambik SPM dulu :

1.  Aku cuba cintakan Matematik walaupun aku rasa Matematik tu terlalu azab bagi diri aku.

2. Latihan berpanjangan. Setiap hari, balik dari sekolah aku WAJIB buat latihan matematik. Sampai satu tahap tu, aku tak dapat jawab 1 soalan. Then aku niat nak tanya cikgu esok hari. Tak sempat esok hari, malam tu aku mimpi aku buat soalan tu semula dan berjaya selesaikan. Bila terjaga, aku ikut formula dalam mimpi dan memang tu lah jawapannya.

3. Jangan malu bertanya dengan kawan-kawan. Mintak tolong kawan-kawan ajarkan kalau tak faham. Paling bagus kena tanya cikgu.

4. Ingat formula..Hafal formula. Kalau kita hafal formula, dengan selamba je soalan tu kita jawab.

5. Cabar diri sendiri. Jangan mudah berpuas hati dengan diri sendiri. Pastikan setiap kali ujian atau exam ada peningkatan markah.

Perasan tak, kalau kita bagus dalam Matematik dan dapat result yang cemerlang, orang akan kata kita bijak.. Sedangkan matapelajaran lain tu tak lah bagus mana kan.. Teruk betul pemikiran masa zaman sekolah dulu.

Dah zaman bekerja ni, nampaknya matematik menjadi semakin mudah dan ringkas sebab dah gunakan kalkulator untuk mengira. Dalam excell pun dah boleh buat kira-kira jugak. So, betul lah orang kata yang matematik itu mudah..Kan3?



Kataku : Kenapa tiba-tiba cerita pasal Matematik ni?

Sunday, January 22, 2012

HAPPY CHINESE NEW YEAR

Assalamualaikum..

First sekali nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina.. Tahun naga air katanya. Jangan jadi naga sudah lah ye.. Cuti panjang ni buat apa je? Ramai yang ambik keputusan untuk balik ke kampung halaman. Habiskan masa dengan keluarga tersayang ye. Sure lah semalam jalan sangat sesak. Dengar-dengar khabar balik ke Taiping je sampai 8 jam ye? Tu pun tengok kat FB kawan-kawan. Dah jadi lumrah, bila tiba musim perayaan, lebih-lebih lagi tempoh cuti pulak panjang, orang akan balik kampung. Duduk kat bandar ni nak buat apa je pun. Lengang, sunyi.. apa yang ada?
Ada jugak yang tak nak balik kampung. Ada yang bagi alasan penat nak drive, ada yang kata jalan jammed, tak sanggup nak redah dan lain-lain alasan lah. Tak balik kampung tak apa, next month boleh je curi masa jumpa family, bukan hanya musim raya je kan?
Cuti 4 hari dari 21 - 24 Januari 2012 tu.. Aku kerja semalam dengan 24 Januari nanti. Hahhaahahha..memang plan tak balik kampung. Setiap tahun dah jadi rutin family datang sini time cuti raya cina ni tapi tahun ni dorang tak dapat nak datang sebab akak kena gi kursus. 
Awal-awal tahun ni banyak pulak cuti yang berderet kan? Awal tahun hari tu cuti Tahun Baru yang jatuh ari ahad dan sambung cuti hari Isnin. Yang cuti Tahun Baru Cina ni jatuh hari Isnin dan Selasa. Sabtu dengan Ahad dah sah-sah cuti. 01 Februari nanti warga Wilayah Persekutuan dapat lagi cuti free sempena Hari Wilayah. Kalau yang rajin nak bercuti, boleh ambik cuti tahun pada 02 & 03 Februari, sebab akan bersambung cuti hari Sabtu & Ahad. Isnin 06 Februari cuti ganti sempena Maulidur Rasul. 07 Februari pulak Thaipusam.
Tapi, jangan kerap ambil Cuti Tahunan awal-awal ni. Berjimat cermat sikit dengan cuti yang ada. Mana tau jadi kes-kes kecemasan, cuti tahun ni lah jugak yang membantu kan?
Kataku : Cuti tak ke mana.. Rehatkan diri kat rumah.. 

Saturday, January 21, 2012

MENJENGKELKAN...

Assalamualaikum..

kalau ada benda baru mesti kita nk cuba kan?




mesin ni dah wujud lama, cuma diperbaharui mengikut perkembangan teknologi dan memudahkan pengguna..

kat opis aku ada vending machine ni. baru letak 2 hari yang lepas. Untuk kemudahan pengunjung-pengunjung yang ada untuk beli air. al-maklum lah, kalau hari cuti, kafe tak bukak. so dengan adanya vending machine ni, kalau haus boleh lah beli kat sini je. mudah je kan?






yang over nya kitorang ni ha..dah lepas beli, terus bawak masuk kat opis pastu tunjuk kat kawan-kawan air yang kitorang beli kat mesin tu.

sangat budak-budak..tak tau kenapa tiba-tiba jadi perangai pelik macam tu..

hahahhaha..

Kataku : Teruja dengan sesuatu yang baru



Friday, January 20, 2012

BERWAJAH BARU

Assalamualaikum

Pagi ni blog aku dah berwajah baru.. Terima kasih buat MIMIEY yang dah bersusah payah melayan Abang Fendi yang cerewet nak pilih kaler background kan.. Banyak sangat syarat yang aku bagi..Tak boleh ada bunga-bunga, tak boleh ada love-love, kaler belakang kena plain kaler..Ish sangat cerewet..

Nak buat sendiri memang tak pandai..Dulu masa kelas komputer sekolah dulu tak khatam study.. So, terbengkalai la ilmu yang ada.

Rasa bersemangat tengok wajah baru blog ni..Padahal blog orang lain lagi cun-cun kan..Ha, hasil dari jeles tengok blog orang lain la tu yang buatkan aku ubah wajah blog aku..

Ok kut kan kaler ni?

Ha..baik kata ok..cepat......



Kataku : Masih lagi hujan di luar..Allah Maha Pengasih

PERGI TAK KEMBALI

Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat yang penuh kerahmatan ALLAH SWT.. bangun pagi, hujan lebat dah mendahului.. sejuk bumi bila disirami air..

Semalam dapat berita mengejutkan.. Salah seorang staff Eden Catering            ( Katerer Panel PICC ) telah pergi untuk selama-lamanya.

AlFatihah untuk Allahyarham Halimi yang menghembuskan nafas terakhir petang semalam. Walaupun kami tidak rapat, tapi dia sering datang ke opis atas urusan kerja dengan Unit F&B. Sering terserempak dan bertegur sapa.

Nampak sihat dan ceria, tapi ketentuan Allah tak siapa yang tahu..
Giliran dia sudah tiba, giliran kita entah hari ini, esok atau lusa..

Sabda Nabi Muhammad SAW :

“Kubur itu sama ada sebuah TAMAN SYURGA ataupun sebuah lubuk api NERAKA.”
(Hadis Riwayat Abu Sa’id Al-Khudri r.a)

Kataku : ALLAH MAHA BESAR

Thursday, January 19, 2012

JANGAN SALAHKAN MEREKA

Aku pernah terpandang satu frasa " Jangan membenci orang yang pernah melukakan kita kerana dia pernah juga membahagiakan kita "..macam tu la kut ayat dia.. Lebih kurang je la.

Senang cite macam ni.. si A pernah hadir dalam hidup, kemudian dia kecewa dan lukakan hati kita..kita jangan terus menerus membenci dia tapi muhasabah diri sikit sebab dia pernah membuat kita bahagia satu masa dulu. Betul tak huraian aku ni?

Pernah  ke aku alami benda ni? Pikir jap..hurmmm pernah sebenarnya..lepas kecewa tu memang sakit yang teramat sangat ( kononnya lah kan ). Betul-betul membenci ( kononnya jugak, padahal sms jugak ).

Bila pikir-pikirkan balik secara matang, memang menjadi kebodohan aku juga sebab membenci dia.. Dalam satu tempoh sebelum kecewa tu, aku pernah bahagia yang teramat-amat bahagia. So, sepatutnya aku kena ucap terima kasih pada dia sebab pernah hadir dalam hidup aku dan membahagiakan aku. ( banyak drama ).
Dan hasil muhasabah diri jugak la aku sekarang berasa amat tenang yang teramat dan boleh tersenyum bila tengok dia berbahagia dengan orang yang dia sayang.



Kataku : Hari ini hari Khamis dan malam ini malam Jumaat

MAJLIS MERAIKAN AJK HARI PICC 2011

* Untuk makluman, semua gambar yang disertakan adalah kepunyaan FAISAL..aku pinjam sekejap ye..

Terima kasih tak terhingga buat Pengerusi Kelab dan jugak orang-orang yang terlibat dengan majlis meraikan AJK Hari PICC 2011.

Majlis yang diadakan simple je, cuma majlis makan-makan dan majlis sangat santai.

Majlis diadakan kat D' Tasik, Bangi ( dekat dengan Residence Hotel, Masjid Kubah Biru & UNITEN ) pada 17 Januari 2012.

Makanan sedap dan pemandangan tasik yang boleh tahan..

Jom layankan gambar-gambar yang aku pinjam ni :

pemandangan restoran waktu petang..atas tasik..

ye..mereka berdua sungguh teruja..aku biasa-biasa je ( bole caye ke ni? )

 tak sempat nak menjamah..tak pe, tak ada rezeki

 katanya ikan ni masak manis..bukan 3 rasa ye..yang penting sedap

 tomyam yang menggiurkan..best

 mintak maap..tak kenal nama makanan..yang aku tau, benda ni halal dan boleh makan..

 mereka sabar menunggu kawan-kawan yang lain

 Baba Din semangat tunjuk sijil penghargaan tu

 sengaja masukkan gambar En. Syukri yang tengah buat aksi ntah apa-apa tu

 sape pulak yang kacau aku makan ni? ish potong stim betol lah

 kekenyangan membuatkan En. Yuss terlelap..Epol tetap alert pada kamera kan..

 time ni semua dah kenyang..tak reti-reti nak bangun?

 semoga ikan ni masuk syurga sebab berbakti kepada manusia

 aku dapat layanan yang baik dari Baba Din..tettttttttttttttttttttttt

 anak siapakah ini? hahhahah ish cam nak kena gomol-gomol je pipi dia

 masa untuk balik selepas kenyang

 ooo..Fauzan sempat menghabiskan makanan yang terakhir

 En. Syukri merosakkan gambar

 Kenapa Fauzan tutup hidung tu?

 hari dah malam..pemandangan pun masih cantik

waktu untuk pulang

Kataku : Lama tak lepak makan dengan kengkawan...

IMIGRESEN & JABATAN PENDAFTARAN

Panasnya hati pagi ni.. Dah gerak pergi Imigresen kat Presint 15 untuk renew pasport. Kemudahan dah menyenangkan. Kalau setakat nak renew tu, pergi kat kiosk je. Ikut arahan yang diberikan, semuanya settle.

Salah satu "step" tu kena masukkan IC dan tunggu mesin detect cip IC tu. Malangnya cip kat IC aku rosak dan langsung tak boleh nak dibaca. Aku baru tau arini.  Dua tiga kali aku cuba. Nasib baik kat belakang aku tak ada orang.

Sakit hati betul. Then datang sorang pegawai imigresen tu dan tanya masalah. Aku bagitau la yang IC aku tak boleh nak dibaca. Bila dia tolong buatkan pun masih sama jugak. Ni yang nak marah ni. IC ni dah tukar 2,3 kali pun masih ada masalah.

Sebelum ni aku tukar IC sebab masalah cip. Yang terbaru ni pun masalah yang sama jugak.. Sekarang ni Jabatan Pendaftaran ada keluarkan IC baru, kalau ada masalah yang sama jugak, aku tak tau lah nak cakap apa. Kalau setakat asyik nak tukar rupa bentuk tapi kualiti masih sama, baik tak payah tukar.

Terus hilang mood aku.. Nak tunggu kat kaunter tu orang ramai la pulak. Kena pergi next time je lah..



Kataku : Perubahan biarlah kepada yang lebih menyenangkan

Monday, January 16, 2012

LAGENDA LANGKAWI PART III

HARI KETIGA ( 15 Januari 2012 )

Hari ketiga memang tak ada aktiviti yang dirancang sebab dah penat. Bangun agak lewat dan mandi-mandi untuk cari breakfast.

Flight balik pukul 3.25 petang, masih banyak masa yang ada. Isi masa dengan mengemas beg dan barang-barang. Telefon pemilik apartment dan mintak kebenaran untuk check out lewat sampai pukul 1.00 petang.

Dalam pukul 1.00, kitorang check out dan jalan-jalan sekita Langkawi sementara nak pergi airport. Kitorang nak cari laksa untuk makan tengahari tapi sayangnya kedai tutup. Tak pasti sama ada memang tutup atau kedai hanya buka pada waktu petang.

Puas pusing-pusing, terus pergi airport dan makan kat gerai luar airport selepas check in barang-barang. Menurut kata akak Firefly tu, kitorang rugi dalam 110kg untuk bagasi. Tak tahu pulak boleh pilih-pilih sebab masa book rasanya macam dah termasuk pakej. Tak apalah, nak buat macam mana sebab beg dan barang-barang memang tak banyak mana.











Tepat jam 3.25 petang, penerbangan berlepas. Sampai kat Subang dalam jam 4.00 petang. Rasa macam awal pulak sampai. Mungkin faktor cuaca agaknya yang menyebabkan penerbangan lancar. Terus ambil bajet taxi dan menuju ke Putrajaya. Teksi di caj RM 60.00 termasuk caj beg.

Tamat sudah percutian untuk kali ni.

Kataku : Sampai rumah kepala masih terawang awang




LAGENDA LANGKAWI PART II

HARI KEDUA ( 14 Januari 2012 )


Dah masuk hari kedua percutian di pulau yang pernah disumpah selama 7 keturunan ni.


Aktiviti pertama yang nak dilakukan ialah Island Hopping. Kitorang dah tempah awal-awal dari Kak Asmah. Harga yang ditawarkan ialah RM 35.00 untuk seorang. Naik dari jeti berdekatan dengan Jetty Point Kuah.







jeti kat Kuah


Sebelum buat aktiviti, kitorang isi perut dulu. Breakfast kat kedai tepi jalan. Hurmmm agak terkejut sebab harga makan untuk sarapan pagi agak mahal. Mungkin dorang tahu yang kitorang ni orang luar, sebab tu harga yang dikenakan amat mencekik darah. Lepas makan terus menuju ke jeti untuk Island Hopping. Bot boleh naik 8 orang, kitorang berempat. Naik sekali dengan pelancong-pelancong dari Vietnam atau Thailand ( tak pasti negara mana ). Kesemuanya wanita. Ok, amat sesuai dengan kitorang yang kesemuanya lelaki. Pemandu bot tak dikira sebab dia tak termasuk dengan cerita ni. Tempat pertama yang dituju ialah Pulau Beras Basah. Kitorang diberi masa sejam untuk bersiar-siar kat pulau ni. Masa kitorang sampai, ada sekumpulan pelancong cina tengah mandi. Pantai penuh dengan batu karang. Ada sorang cina tu dah berdarah-darah kaki. Padan muka, dah tau banyak karang kenapa kau pegi mandi?.. Kat pulau ni monyet berkeliaran. Jadi berhati-hati kepada sesiapa yang ada bawak makanan. Alip niat nak ambik gambar monyet tapi monyet kat sini liar gila. Ada ke patut disergahnya Alip. Aku pun tak berani nak pandang muka monyet-monyet kat sini. Tak banyak gambar yang sempat ambik sebab bateri kamera flat. Time-time macam ni jugak bateri nak habis. So, terpaksa tumpang kamera Tab Alip.




































Pulau Beras Basah



Makin lama makin banyak bot yang datang. Pulau jadi meriah sebab orang dah ramai. Sayangnya, pulau ni banyak sampah. Sikap manusia jugak yang suka buang sampah merata-rata. Sempat cuci mata tengok minah saleh. Hahahaha..Kitorang cuma habiskan masa dalam setengah jam kat pulau ni. Tak ada apa yang menarik kat sini, terus tergerak ke tempat Eagle Feeding. Tak banyak burung helang yang keluar. Mungkin sebab tak ada daging yang dibawa tapi dapat jugak tengok jugak la helang-helang yang terbang dengan penuh kesombongan ( suka-suka je buat tuduhan ).

Tak lama kat kawasan ni, pemandu bot bawak kitorang ke Tasik Dayang Bunting. Sepanjang perjalanan menuju ke tasik, dapat tengok pemandangan bongkah-bongkah batu yang cantik-cantik. Mungkin terjadi sebab hempasan ombak.





Kat Jeti Tasik Dayang Bunting, bot-bot banyak nak turun dan ambik penumpang. Sedikit sesak tapi teratur. Rupanya kat sini pun banyak monyet. Dengan beraninya monyet-monyet ni meragut beg-beg yang berisi makanan. Nak menuju ke tasik tu kena naik bukit. Sebelum naik, kena tukar baju dulu. Kena caj RM 0.50 untuk masuk toilet. Katanya kat kawasan tasik dah tak ada tempat untuk tukar baju.





Nak naik ke atas tu kena mendaki anak-anak tangga. Perghhh memang mencabar stamina sungguh. Macam biasa, oleh sebab semangat tengah berkobar, so kitorang berjaya naik dengan jayanya sambil hidung kempas kempis tak cukup nafas. Kedalaman tasik 10 meter. Dalam macam 3 tingkat bangunan. Cuak jugak aku, tapi tak apa, boleh sewa life jacket bagi orang yang tak pandai berenang macam aku. Hhahha caj dikenakan RM 5.00 untuk satu jaket dan deposit RM 5.00 perlu disediakan jugak. Nanti bila dah selesai, duit deposit akan dipulangkan. Masa kitorang pergi, duit deposit tak diambil sebab cashier tu cakap dorang tak cukup duit. Padan muka korang.

Raja Pian tak nak mandi. So dia jaga beg yang ada sambil jadi jurugambar. Tempoh masa yang diberi cuma sejam. Hurmm tak sempat kecut dah kena naik semula. Aku tak mandi lama sebab aku macam tak confident dengan life jacket yang aku sewa. Tambahan lagi Alip dengan Arip agak kurang mahir berenang. Kalau apa-apa jadi, tak ada siapa nak selamatkan aku. Kiranya aku turun ke tasik sebab nak buat syarat je lah.







Selesai semua, kitorang balik semula ke pulau untuk aktiviti seterusnya.

Sampai ke pulau dalam pukul 1.00 petang. Terus gerak cari tempat makan kat tepi-tepi jalan menuju ke Cable Car. Makan tengahari kat satu kedai makan. Harga pun masih kategori boleh tahan. Selepas makan, naik ke Cable Car. Ada Duck Tour tapi harga untuk dewasa RM 38.00. Agak mahal dan tempat-tempat yang dibawa cuma di pulau-pulau. Puas dah kut pergi pulau, so tak berminat nak naik Duck Tour.








Tiket untuk Cable Car RM 15.00 untuk pemegang MyKad. Maksudnya untuk Warganegara Malaysia sahaja. Harga untuk orang luar RM 30.00 untuk dewasa. Jujur aku cakap yang aku takut nak naik Cable Car kat Langkawi ni. Kalau kat Genting Highland aku masih berani. Orang tak ramai, so tak ambik masa yang lama. Aku dah debar-debar. Cuak , berdebar, takut, nak nangis. Semua ada. Aku rasa macam tak selamat nak naik Cable Car ni. Walaupun nampak pemandangan cantik, tapi aku taubat tak nak naik lagi Cable Car ni untuk masa akan datang. Kitorang tak singgah kat perhentian pertama. Turun kat perhentian paling tinggi dan pergi ambil gambar kat jambatan yang menakutkan tu. Rasa kaki ni kaku. Angin agak kuat, jambatan rasa macam bergoyang.  Puas bergambar, aku dengan Alip balik semula kat tempat menunggu Cable Car. Mendaki lagi.. Kaki dah longlai.

















Masa turun, dah kurang rasa takut. Mungkin sebab nak cepat-cepat habis azab kut. Hahhahaha sempat ambik gambar dalam Cable Car dengan riak muka cuak.

Masa perjalanan balik, niat nak singgah Beras Terbakar tapi rasa macam tak ada apa yang menarik kat situ. Cuma ada deretan kedai-kedai yang menjual cenderahati dan kedai makan. Teruskan perjalanan menuju ke Makam Mahsuri. Bayaran masuk RM 5.00 seorang untuk warganegara Malaysia. Aku masuk untuk temankan Alip. Raja Pian dengan Arip tak masuk sebab dah banyak kali pergi kata dorang. Kat dalam tu sempat melawat makam dan juga rumah di Perkampungan Kedah. Juga singgah cuci muka kat Perigi Mahsuri. Mengikut mitos, air perigi tu boleh menyembuhkan penyakit kulit dan beri kesegaran bagi sesiapa yang minum. Hanya Allah yang tahu kesahihan cerita ni.













Habis pusing, kitorang pergi Idaman Suri pulak. Arip nak beli mangkuk yang mak dia pesan. Tengok-tengok harga coklat dengan comforter. Harga murah jugak tapi tak beli sebab malas nak bawak naik flight. Raja Pian beli alas tilam Queen Size dengan harga RM 56.00.

Singgah ke shopping mall Langkawi Parade yang sebelah Langkasuka Hotel sebab nak tengok coklat kat situ. Masa tahun 2005 aku pegi, kitorang stay kat hotel ni. Aku beli Cadburry Bar 2 packet. Setiap 1 packet tu ada 3 jenis coklat. Setiap satu harga RM 12.30. Beli jugak 1 bungkus Kit Kat 17g x 13 keping dengan harga RM 9.90 dan 1 bungkus Kit Kat Minis Bag dengan harga RM 9.30. Ni semua orang mintak belikan.

Tak puas membeli kat sini, gerak semula ke Coco Valley & Perniagaan Haji Ismail Group. Beli 4 packet Empico Choco dengan harga                      RM 24.20. Beli jugak Tango Almond. Satu packet ada 3 coklat. Aku ambik 2 packet dengan harga RM 20.00. Sempat sambar sebungkus Crispy Kris 825g dengan harga RM 19.90. Selesai membeli belah untuk coklat-coklat semua. Dah tak payah nak fikir-fikir lagi.

Balik apartment dan siap-siap untuk solat dan aktiviti malam. Malam kitorang keluar dan lepak-lepak kat Pantai Tengah tengok keindahan deretan bar dan café yang ada. Singgah untuk tengok live band kat Sunba.

Kataku : Duduk layan live band pun best gak.