Tuesday, October 29, 2013

YOGJAKARTA BERHATI NYAMAN - BHG. 2


Assalamualaikum.. Salam Sejahtera Untuk Semua
Hari kedua di bumi Yogjakarta berhati nyaman. Kenapa aku asyik sebut “Yogjakarta berhati nyaman”? Tu sebenarnya tagline penduduk kat sana dan memang orang-orang Yogjakarta berhati baik dan murah dengan sapaan dan senyuman.
Siang di sana agak cepat kalau nak dibandingkan dengan Malaysia tapi aku tetap jugak tak bangun awal. Hehehhe.. sengaja memalaskan diri dalam mood bercuti dan Mas Ichan tak menghalang aku untuk terus tidur. Lupa pulak nak bagitau kan yang sepanjang 3 hari kat sana, aku cuma tinggal di rumah Mas Ichan. Kebetulan pulak dia memang tinggal berdua bersama dengan pembantu rumah dia. So, tak ada masalah untuk aku tumpang rumah dia yang sangat selesa bagi diri aku. Dengan suasana kampung dan pokok-pokok, sangat mendamaikan. Memang rasa malas nak pulang ke Malaysia.





Bila aku mandi dan bersiap, Wahyu dah sampai dan menunggu aku. Kitorang bergerak untuk ambil Mas Tintung di saloon tempat dia bekerja dan meneruskan perjalanan ke tempat makan. Aku dah lapar sangat dek sebab perjalanan yang agak jauh. Dalam masa yang sama aku seronok sebab dapat tengok kawasan-kawasan yang menarik. Sawah pagi, kebun, rumah-rumah kampung, kedai-kedai dan jugak anak-anak bermain di jalanan.
Untuk hari kedua ni, kitorang bersarapan agak jauh semata-mata nak makan soto yang sedap. Mintak maaf jugak sebab gambar soto tak diambil sebab terlalu khayal makan dan berborak. Sedar-sedar makanan dah habis.




Tengah hari nya pula aku ke Outlet Biru ( OB ). Kalau nak beli t-shirt, seluar malah kasut, boleh datang ke OB. Harga murah, pilihan banyak dan barangan terbaru. Selesai belanja, gerak ke butik Sang Raga milik Mas Ichan.





Walau pun tak banyak tempat yang aku pergi tapi masih tetap rasa penat. Faktor usia mungkin.. Hahhaha.. atau mungkin jugak aku dah setkan dalam otak yang percutian kali ini adalah untuk bersantai, jadi badan aku cepat merasa malas dan penat. Dalam pukul 3.00 petang, kitorang balik ke rumah dan rehat. Terasa aku dilayan macam putera. Sampai-sampai je rumah, terus baring dan tidur sebab malam nanti ada aktiviti lain yang akan menyusul.

Malamnya kitorang keluar untuk lepak-lepak di Balcony Cafe sambil tonton live band. Dalam pukul 12.00 malam, aktiviti malam pun bermula.. Tetttttt...




 Kataku :
Terima kasih untuk semua


2 comments: