Thursday, October 13, 2016

FENDIxPERAK | BANDAR IPOH YANG BERSENI 2

Assalamualaikum...

IPOH WALL ART

Selain daripada Ipoh Heritage Trail/Jejak Warisan Ipoh, daya penarik yang ada di Ipoh adalah wall art yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic. Sebanyak 7 wall art yang telah dihasilkan. Ini pun merupakan salah satu tujuan aku ke Ipoh iaitu untuk memburu lukisan-lukisan ini. Sayangnya, aku cuma dapat jumpa 4 sahaja. Eh, pembetulan.,.bukan jumpa, tapi cari. Kami mencari ye, bukan sengaja-sengaja jumpa. Baki 3 lagi tak sempat kami cari sebab kesian kat mak. Bagi orang-orang muda (walaupun tak berapa nak muda), memang lah rasa teruja cari benda-benda macam ni, tapi bagi golongan veteren macam mak, mesti dia rasa pemburuan itu hanya satu aktiviti yang sia-sia.

i.   Old Uncle With Coffee Cup

Lokasi : Jalan Dato' Maharajalela

Hai uncle..minum kopi sorang-sorang ke?

ii.   Paper Plane

Lokasi : Jalan Sheikh Adam

Ooo main paper plane tak ajak abang pun kan? Tak nak belanja eskrim..

iii.   Hummingbird

Lokasi : Jalan Panglima



iv.   Evolution

Lokasi : Jalan Bijeh Timah


 Bangunan-bangunan di sekitar Jalan Panglima dan Jalan Bijeh Timah

Simpang Empat. Berteduh sekejap bawah pokok.

Plan B/Kong Heng Square

Plan B ni memang aku dah listkan dalam senarai nak pergi tapi secara tak sengaja terlalu dekat Jalan Sultan Yussuf dan jumpa dengan tempat ni. Senang kerja kami, tak payah susah payah nak mencari. 

Apa yang menariknya di Plan B ni adalah suasana dan persekitarannya. Ada pokok-pokok terjuntai-juntai dan redup je kalau berada kat sini.


Suka betul aku dengan suasana kat sini. Terasa macam kat kampung pulak. Duduk bawah pokok besar. 






Apa yang kami buat kat sini? Dah alang-alang terjumpa tu kan, ditambah lagi dengan penat, panas dan haus, jadi kami duduk berehat-rehat sebentar.

Kat sini terkenal dengan iceball. Mula-mula sampai tu, nampaklah amoi-amoi tengah makan iceball, so excited lah mencari. Pusing-pusing tak jumpa, eh padahal gerai tu depan biji mata aku je. Iceball boleh didapati di Bits & Bob.


Iceball/Ais kepal. Lupa dah ni perisa apa. Meleleh-leleh bila dah cair.


Lepas pekena iceball, bergambar-gambar kat tempat yang kelihatan macam angker ni kan, kami cari makan nasi ganja kat Greentown. Kat Greentown kan kedai dia lebih besar dan banyak meja. Gigih mencari guna GPS, akhirnya jumpa juga, cuma nak dapatkan parking tu memang sengsara sikit lah. Sampai tu pulak time orang tengah rehat lunch hour. Hambik la kau..

Habis makan, kami menuju ke Kellie's Castle pulak. Halfway driving, hujan dah mencurah-curah. Masa kami sampai, hujan masih lagi lebat. Tak mampu nak buat apa dah. Lepak dalam kereta sekejap dengan harapan hujan akan berhenti, tapi malangnya tak ada rezeki kami untuk petang tu. Hujan tetap turun. Akhirnya, balik bilik hotel dan berehat. 

Tidur lagi best time hujan-hujan macam ni kan....

2 comments:

  1. memang jejak warisan betul ni....syokkan jalan2 mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. plan nak ke Penang pulak buat jejak warisan macam ni tapi tak tahu bila nk perginya.

      Delete