Tuesday, November 27, 2012

BUKAN SEBAB DIA "WANITA"

" dia garang dan marah bukan sebab dia seorang boss WANITA, tapi sebab hasil kerja yang diberikan oleh anak buah dia sangat-sangat teruk "

Selama ini kita kerapkali beranggapan yang boss wanita terlalu bossy, garang, tunjuk kuasa, ikut emosi, ikut nafsu, menindas, garang dan sewaktu dengannya.

Aku pun sebelum ni terpengaruh jugak dengan kata-kata macam tu, tapi selepas bekerja dengan 2,3 orang boss wanita, aku rasa tidak semua wanita macam tu. Berkait semula dengan ayat aku yang kat atas sekali.

Setiap orang ada ego masing-masing, tak kiralah wanita atau lelaki. Ada jugak boss lelaki yang jenis garang dan tak kisah nak maki hamun or  marah-marah anak buah dia dengan sesuka hati.

So, jangan ada perbezaan gender. Setiap manusia itu sama sahaja, ada sikap pemarah dalam diri. Yang membezakannya adalah cara diri sendiri mengawal marah dan emosi masing-masing.

Berbalik semula dengan ayat di atas ( dengan nada mcm cikgu ) , ayat tu dikeluarkan oleh seorang officer aku dan officer aku tu lelaki.

Menurut dia, kalau kita mampu berikan hasil kerja yang terbaik dan menepati apa yang boss minta, automaticly boss tak akan marah-marah atau meroyan sesuka hati. Kalau jenis yang memang malas buat kerja, hasil kerja macam sampah, kaki melawan, suka ponteng dll, kompem lah boss naik hangin. Pada tahap tu, depan-depan orang ramai pun kuar jampi serapah, maki hamun dia.

Dapat tak apa yang cuba aku sampaikan?

Kalau dapat boss yang terlalu baik, kita akan naik tocang dan pijak kepala. Betul tak? 

Kalau dapat boss garang, sekurang-kurangnya kita cuba perbaiki diri dan hasilkan tugasan dengan sebaik mungkin dan memuaskan hati kita, hati dia dan juga hati jabatan..eh?? jabatan ada hati ke? 

Sama macam aku praktikal kat hotel dulu.. akak-akak ngan abang-abang kat office cakap GM garang..sampai aku rasa sangat takut nak jumpa dengan GM.. tapi bila aku bekerja dengan GM dan aku mampu berikan hasil kerja yang baik dengan GM, dia tak pernah nak tinggi suara atau marah-marah dengan aku.

Sampai satu tahap dia pernah cakap kat seorang Marketing Officer " see, i dah cakap kat u, Fendi ni muka pembawa rezeki untuk kita"...

Haaa?? ok...terasa bangga sampai ke hari ini..

hahhahahhaha


Kataku :
Cuba kawal diri & ingat ALLAH


Sunday, November 25, 2012

KAD KAHWIN SEORANG KAWAN

Tajuk entry macam tajuk untuk Cerekarama je kan? Serius tak boleh blah..

Bulan depan, one of my close friend akan bertukar status dari seorang bujang kepada seorang suami orang. TAHNIAH in advance buat kawan tu.

Masa mula-mula dia sampaikan berita ni, rasa macam tersentak sikit..

Dah makin ramai yang menamatkan zaman solo, tinggalkan aku sensorang yang masih solo..

So, last Wednesday ( ttba lak terspeaking ) aku ambik cuti sebab nak kumpul dengan kawan-kawan ( 3 orang je pun ) kat KLCC sebagai tanda lepaking terakhir sebagai seorang teruna untuk kawan aku tu.. Lepas ni kalau lepaking sama-sama pun, dia dah jadi suami orang dan tak boleh nak "giler" sangat kan..

 utusan raja sehari dari bakal pengantin..love love tu..sangat-sangat bukan Luqman..hahha

 ko buat muka badut plak kan, letih aku senyum..kire senyuman paling sweet aku bagi tu

bakal pengantin buat muka badut lagi..atas pelamin kalau kau buat muka macam tu memang kena lepuk dengan aku

Kataku:
 Kawan-kawan dah sukses dengan kerjaya..aku?? hurmm syukur rezeki Allah bagi

Friday, November 23, 2012

DURIAN CREPE

Benda tengah glemer, nak jugak merasa.. Kalau orang tanya, at least tau la jugak macam mana bentuk dengan rasa dia.

Semalam masa nak keluar dari Sg.Wang Plaza, ternampak durian crepe..tetiba member ajak berhenti dan beli.. OhhhEmmmGiiii.. tak kan nak makan durian crepe kat shopping complex plak kan? atas desakan member kitorang beli la jugak.. 6 ketul RM 10.00.. just nak rasa je kan..

So dengan tak sabar nya kitorang makan sambil berjalan.. makan durian crepe sambil berjalan, dengan bau durian..boleh bayangkan? Demnnn...makan sekali terus rasa tak nak makan lagi tapi terpaksa habiskan jugak..tak kan nak simpan plak kan??

Giler???? nasib baik ada gula-gula dalam beg..so makan la gula-gula untuk hilang kan bau durian..

Lepas ni memang tobat... no more durian kat tengah2 bandar..



Kataku :

Apsal aku xleh upload gmbar dlm blog??

Sunday, November 18, 2012

PENAGIH DADAH KELAR ANAK

Bahana dadah, seorang ayah sanggup mengelar leher anak dia yang berusia 11 bulan. Kejadian yang berlaku kat Kuantan tu memang sesuatu yang dianggap sangat bodoh dan langsung tak boleh dimaafkan.

Anak tu tak bersalah tapi kalau dah dibawah paras kesedaran akibat dadah, macam-macam boleh jadi.

Suspek yang mengusahakan ladang sawit tu mendakwa yang anak dia akan diambil oleh seseorang dan dek sayangkan anaknya itu, dia mengambil tindakan untuk kelar leher anak sendiri.

Astagfirullah.. Bapak setan tu namanya..


Kataku :
Dadah membunuh..bukan takat membunuh diri sendir, tapi orang lain jugak

COLOR BLOCKING + MASQUERADE


yang ni dressing bertemakan color blocking


yang ni pulak masquerade

so? apa kaitannya?

ni-lah temanya untuk majlis kitorang pada 26 Disember nanti..

Kataku :
Mencari baju lagi...

Saturday, November 17, 2012

TEMA LAIN, BAJU LAIN

Aku tau malam ni berlangsungnya majlis AIM 2012, tapi apa yang aku nak ceritakan ni bukan pasal AIM 2012, tapi pasal dinner Maybank yang berlangsung kat PICC.

Artis jemputan dia Ziana Zain dengan One Nation Emcess, bukan calang-calang artis..Yelah, nama pun Maybank, bank ternama kat Malaysia, tak kan nak panggil artis cikai-cikai.. Pengacara pulak Nabil, Shuib ngn Angah Raja Lawak.

Ok, xmau cite pasal retis yang buat persembahan, cuma nak cakap pasal sikap orang-orang Maybank yang tak tahu nak bagi kerjasama dalam menjayakan majlis yang dianjurkan untuk diri dorang sendiri.

Tema dorang Stylish In Era.. So patutnya pakai lah baju-baju ikut era 60 an ke, 70an ke, 80an dan seterusnya.. Mana yang ikut tema tu, memang nampak oveeeeerrr sangat.. siap rambut pelesu bagai kan..berkaler-kaler..

Nak tegur ni mereka-mereka yang susah sangat nak ikut tema majlis.. Datang majlis annual dinner dengan pakai jeans dengan t-shirt saje.. Aduhhhh... orang gi pasar boleh la pakai baju macam tu, ni majlis yang setahun sekali diadakan, tak kan lah tak boleh nak keluar duit sikit beli baju..

Kalau tak nak ikut tema pun tak apa, tapi pakai lah kemeja.. Nampaklah smart kalau nak compare dengan tshirt sahaja.. Nak pakai t-shirt boleh, tapi sila padankan dengan blazer yang nampak kasual..So, diri tu tak nampak sempoiii sangat.. Hormati majlis yang dibuat untuk meraikan diri anda sendiri.

Harap-harapnya kalau PICC buat dinner akhir tahun ni, semua boleh ikut tema. Kalau tak boleh jugak, pakailah baju yang kemas.. jangan pakai tshirt ok..

Kataku :
Tak kan tak sempat cari baju kut??

 

Thursday, November 15, 2012

HORMATI LOT PARKIR AKU

Duduk rumah atas rumah ni, ada jugak masalahnya. Masalah paling utama mesti-lah bab-bab parking..

Pemaju dah berikan satu lot parking pada setiap rumah, tapi masih ada lagi manusia-manusia yang baik hatinya ambik parking lot aku untuk letak kenderaan dorang..

Makin lama makin lemak la kan..dah aku spray kan no umah aku kat lot parking, tapi masih jugak tak diendahkan..

Hahhahah...macam mana ye nak bagi kesedaran sikit pada dorang supaya jangan suka-suka hati nak ambik parking orang lain??

Benda paling mudah untuk diamalkan tapi seringkali jugak tak diambil berat untuk menjaga hati dan juga perasaan jiran-jiran yang lain..

Hak orang lain, jangan nak diambil.. Hormatilah kepunyaan orang lain..


Kataku :
Jiran baru beli home teater agaknya, tak reti2 nak slowkan volume waktu azan..

Sunday, November 11, 2012

MERANCANG CUTI 2013


Pada aku, bercuti tu merupakan satu terapi untuk diri sendiri setelah penat nak berdepan dengan kerenah orang-orang sekeliling.

Untuk tahun 2013, aku dah plan 2 percutian untuk diri aku dan kawan-kawan. Percutian kat luar negara je dipilihnya, tak nak yang domestik .. ok, tu kata-kata orang yang bongkak. Haahhaha...

Pastu nanti mula la aku cancel sana cancel sini percutian ni, buat membazir duit je.




Start bulan Disember, aku kena kumpul duit untuk percutian tahun depan pulak. Bulan Mac 2013, InsyaAllah akan ke Phuket dan September 2013 nak terbang ke Korea. Matilah...fefeling K-Pop pulak aku nanti..

Macam mana nak kumpul duit ni?? Tetiba pulak rasa macam nak tembak kepala sendiri, pergi gatal-gatal book tiket pergi Korea pulak.. Setakat Phuket tu masih boleh tahan la, ni nak ke negara K-Pop tu, berapa ribu riban nak habis?

Dasar manusia tak sedar diri betul-lah aku ni.. Astagfirullahalazimmmmmm...

Tetiba pulak terbit idea nak sediakan dana Korea dan dana Phuket untuk diri aku sendiri. So, setiap bulan kena simpan duit, masuk dalam tabung dana..chehhhhh..boleh percaya ke nak buat macam tu?

Memang tak boleh percaya langsung dan jangan percaya... 

 Kataku :
Pening kepala dengan tindakan bodoh diri sendiri


Saturday, November 10, 2012

ANUGERAH SKRIN 2012

Ni baru berkesempatan nak tengok Anugerah Skrin 2012 (ASK2012)..Malam tadi tak dapat nak tengok sebab antena kat umah bermasalah..Tengok kat TONTON aje lah..

ASK 2012 mengambil tema Antara Fantasi Dan Realiti, ala-ala wonderland..

Macam-macam watak yang boleh dilihat, tempatan dan jugak international..

Perjalanan majlis??

Serabut sangat dengan ramai sangat orang atas stage sebagai pengacara cum pelakon-pelakon.. Awal Sehari, Neelopak, Harum Salim, Umie Aida, Datuk Rahim, Abon (walaupun cuma kat skrin)...serabot gile kut..

Permulaan cerita atau senang cerita boleh kategori teater sangat bosan..meleret-leret sangat..dah macam tengok teater bangsawan, tak pun macam tengok pementasan kanak-kanak pra sekolah.

Fesyen-fesyen artis sangat merepek..kalau terlalu mencuba pun dah jadi macam ape ntah..kalau tema fantasi skalipun, takyah le pakai baju entah apa-apa..dah macam pesta costume plak aku tengok..

So untuk tahun-tahun akan datang, xpayah nak buat tema pelik-pelik lah..

Buat yang simple sudah..majlis biar simple, asalkan pengisian memberi kesan.

Senarai pemenang-pemenang masing-masing dah tau kan? Aku tak nak ambik tau sebab aku nak tengok persembahan je..

 dalam majlis anugerah ni jugak la ko nak jadi King la, Prince la, Princess la..adoiyaii..semak

nasib baik la ada selingan macam ni..sekurang2nya tak bosan..tp spatutnya tak payah nak teater bagai..semak lagi sekali

 byk sangat lakonannya..Rosyam Noor plak merapu ntah apa-apa..nak cari glemer balik la tuh..saje buat kontroversi

serabut..dah macam majlis konvo pulak..semua nak ada atas stage..merepek

Majlis anugerah yang paling mengarut TV3 anjurkan..TV3 dah tak ada idea agaknya..benda mengarut jugak yang nak dipersembahkan..

Kataku :
Nasib baek tengok ulangan je..

Wednesday, November 7, 2012

SUBJEK SEJARAH, SPM

Aku ambik SPM tahun 2001.. dah lama dah masa tu berlalu dan bila belek2 balik, dah tua rupanya aku nih..

Hari ni subjek Sejarah untuk SPM.. adek2..eh silap..adik2 mesti suka dengan subjek ni kan?

Subjek Sejarah paling aku tak suka masa zaman sekolah..Entah kenapa lah ada subjek yang kena korek-korek semula cerita dulu2, nak kena ingat tahun2 penting..aku bukan seorang yang kuat daya ingatan..

Kalau exam pun tak pernah nak score, setakat lulus je..eh,memang antara mangsa2 yang kena denda kat dalam kelas.

Tapi aku ada tips untuk lulus dengan baik dalam subjek Sejarah..huhu..

Senang je : beli buku latihan sejarah dan buat latihan..tak pun tick je jawapan, then study semula buku latihan tu..percaya tak yang soalan dalam exam sejarah tu sama dan berulang-ulang tiap tahun..ahhaha dah aku gunakan formula tu dan alhamdulillah aku dapat B dalam sejarah..

Ok, setakat B je..ok la tu dari dapat C dan ke bawah kan??

So, adik-adik semua, ikutlah formula abang nih..confirm sukses...

 tu dia..cite psl sejarah, kuar kapal kt melaka 

Kataku :
Sejarah Mungkin Berulang..lalalalal..ttba mood New Boyz

Thursday, November 1, 2012

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) 2.0

Selamat Datang November...

Masuk bulan November, dah boleh buat permohonan untuk BR1M 2.0.. Eh masih tak tahu ke apa tu BR1M?! Bantuan Rakyat 1 Malaysia, dah masuk siri kedua dah untuk tahun 2013 nanti tapi kerajaan dah buka permohonan bermula bulan November ni.

Isi rumah yang layak bagi bantuan RM 500 :-

  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bbulanan isi rumah RM 3,000.00 dan ke bawah
    • Berkahwin
    • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah 
    • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah dalam rumah yang sama
  • Warga emas sebatang kara
 Individu yang layak bagi bantuan RM 250 :-

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang ( termasuk balu/janda/duda ) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 2,000.00 dan ke bawah.
 Borang permohonan boleh dimuat turun melalu laman web BR1M atau terus isi online untuk memudahkan kerja. Bagi yang belum memohon, cepat-cepat memohon. Gunakan peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat seperti kita.....


Kataku :
Tunggu rebat untuk smartphone pulak..ah angan-angan macam nak beli