Friday, February 3, 2012

PUTRAJAYA KE USS PART II


Hari Kedua : 30 Januari 2012


Pagi-pagi dah kena bangun untuk breakfast.  Pukul 8.30 pagi dah nak bergerak ke Singapore. Kena isi form Imigresen Singapore sebelum bergerak. Naik bus yang pendek dan khas untuk pelancong-pelancong. Terus terasa macam melancong kat obersi.

 kena isi form..wajib kalau nak masuk negara orang



 wajib jugak ambik gambar kat bas nih..motip kan?





Kalau nak masuk Singapore ikut jalan darat, kena 2 kali naik dan turun bas. Dari hotel menuju ke Bangunan Seri Iskandar untuk lapor diri kat Imigresen Malaysia. Kemudian naik bas lagi dan masuk melalui Woodlands dan lapor diri kat Imigresen dan Kastam Singapore. Tak suka betul dengan Imigresen dan Kastam Singapore ni. Memang lah setiap badan ber-uniform perlu tegas dalam kerja tapi make sure-lah ketegasan yang ditonjolkan tu disenangi oleh orang luar.

Bila dah melepasi Imigresen dan Kastam Singapore, rasa lega pulak sebab rasa azab dengan suasana kat situ. Aku tak pasti kalau Kastam dan Imigresen kat Airport Changi pulak. Mungkin kat situ much better kut dari jalan darat ni.

Aku nak cari kelainan yang orang asyik cakap pasal Singapore ni sepanjang perjalanan menuju ke USS tu. Hurmmm aku rasa macam sama saje dengan Malaysia. Cuma bangunan kat sana nampak hi-class sikit walaupun hanya sekadar apartment. Bangunan cantik-cantik. Sampah? Hurmmm tak dapat nak dipastikan tapi setakat ranting pokok dengan daun-daun kering tu bersepah jugak. Mungkin kalau betul-betul tengah bandar kut baru nampak bersih yang macam orang uar-uarkan tu.



Sampai saje kat USS, kena masuk parking bawah. Kitorang kena naik escalator untuk menuju ke pintu masuk utama.

Sampai je bahagian atas, terus terpandangkan globe biru bertulisan Universal Studio. Apa lagi, terus tuju kat tempat tu dan bergambar. Bukti yang kitorang dah sampai kat sini. Hahaha..









Sebelum masuk kena scan tiket dahulu.

Sangat teruja dengan persekitaran dan rekaan bangunan. Cantik dan memang cantik. Mula-mula tu tak tahu mana nak tuju dulu, tapi masa nak bergerak dah ternampak Panda yang dari movie KungFu Panda tu keluar. Apa lagi, cepat-cepat beratur untuk ambik gambar. Nak beratur tu tak lama menunggu sebab staff USS ada tunggu dan ambikkan gambar untuk kita. So, ada 2 pilihan. Dia akan ambik kan gambar guna kamera dia dan kamera kita. Kalau guna kamera dia, nanti dia akan print cantik-cantik dan jual dengan harga SGD 12. Kalau rasa berkenan, boleh-lah beli.






Perjalanan diteruskan dan kitorang berada di persimpangan. Mula-mula tu tak nampak jugak macam mana susunan bangunan-bangunan USS ni, bila tengok pamphlet USS Guide tu baru lah nampak gambaran. So, ada pilihan untuk bergerak dari kiri atau kanan dan kita akan jumpa tempat yang sama jugak. Kitorang ambik keputusan nak mula dari kiri. Aku, Faisal & Cik Sal jadi satu grup. Raja Pian & wife dia nak mula dari kanan sebab nak ke Transformers dulu katanya. Pn. Rina se-family mula-mula ikut kitorang tapi terus lost sebab baby Rayyan meragam.

First place nak pergi adalah Madagascar. Dari jauh dah nampak kapal besar. Tak tahu lagi apa yang seronok dan menariknya kat dalam tu. Ohhh ternampak pulak orang beratur untuk ambik gambar kat replika watak dalam movie Madagascar. Jangan lepaskan peluang, kitorang beratur jugak walaupun dah terasa kepanasan matahari. 

Lepas yang pertama, terus masuk ke kawasan game Madagascar. Beratur lagi ( memang semua tempat kena beratur ). Dah nampak sesuatu yang menarik game kat sini. Tengok lah gambar kat bawah ni ye. Kita duduk dalam bot kemudian bot ni akan dilepaskan ikut aliran air dan masuk ke laluan di dalam kapal besar ( yang aku cerita tadi tu ). So, sepanjang perjalanan tu, akan ada suara-suara watak Madagascar berserta patung-patung di sepanjang tebing.

Kita boleh rasakan sendiri seolah-olah kita turut serta dalam aminasi nih. Wahhh…first game dah menarik perhatian dan memuaskan hati. Tengah-tengah melalui pelayaran tu (kelas..macam berlayar kat Cruise je ayat tu), nanti ada kotak-kotak besar yang konon-konon macam nak terjatuh menghempap kita. Berderau gak jantung takut-takut kalau terjatuh betul. Hahhaha..paling best tu masa dah nak keluar, kita akan lalu satu kawasan macam air terjun. Tak sentap ke kalau tengok air terjun kat depan mata. Basah le baju nanti..Aku dah risau. Bila nak dekat je, air terjun tu berhenti dan beri laluan kepada bot. Ajaib…Puas hati.











Senyum lebar sampai ke telinga..Sekali lagi rasa puas hati..Keluar je dari area tu, masuk ke kedai cenderamata. Beli fridge magnet kat sini. Kemudian terus gerak ke tempat ke dua. Tau kitorang gerak ke mana? Ha..tengok lah kat bawah ni. Sangat kanak-kanak riang kan? Masa kecik-kecik dulu mak ngan arwah abah tak penah bawak tempat macam ni, so bile dah besar & panjang ni, aku nak juga rasa apa yang aku tak pernah rasa. Hahhaha.. ni kat kawasan King Juliens Party Go Round. Main pusing-pusing je. Cik Sal tunggu kat tepi untuk ambik gambar dua orang kanak-kanak yang terlebih hormon nih.



Sebelum gerak ke Far-Far Away, sempat tengok show Alex and the gang kat tengah-tengah panas. Seronok jugak. Habis show, ambik gambar tapi Gloria suka meraba. Ada ke patut dia meraba ketiak aku. Tak senonoh betol.


















Kat bahagian depan sikit tu ada Istana Shrek. Besar..dah macam istana betul. Kat USS ni, kita tak boleh berlengah. Kena bergerak pantas untuk kejar show yang dah ada waktu-waktu ditetapkan.

Idea sape lah kan ajak masuk kat Enchanted Airways – The Ways Of Far Far Away yang terletak berdepan dengan Istana Shrek tu.. Huh ingatkan roller coaster tu biasa-biasa je, tapi rupanya menyentapkan jantung. Sejak menjak dua menjak dah berumur ni kan, dah tak larat nak naik benda-benda macam tu lagi dah tapi bila pikir-pikir semula rasa seronok pulak.

menangis tak berlagu sebab main roller coaster nih..hahahha best kan?

Habis derita kat sini, kitorang masuk pulak Istana Shrek. Dalam istana ni, kita boleh tonton movie 4D. Sebelum masuk kena ambik cermin mata 4D berbingkai hijau. Sebelum masuk kat hall, kita kena berkumpul kat ruang legar dan dengar celoteh dulu dari cermin azimat. Ntah apa dia merepek pun aku tak tahu, ingatkan dengar dia membebel bodoh-bodoh macam tu je sambil pakai cermin mata. Rupanya tu baru first step. Habis je cermin azimat membebel, pintu dibuka dan kita semua dibenarkan masuk ke bahagian movie. Macam kat panggung wayang jugak. Pilih seat dan duduk dengan selesa. 










Dah nama pun 4D kan, jelas..terang..nyata..dan terus masuk dalam dunia Shrek dan Fiona. Mak aiii…menakjubkan sangat. Bila part donkey bersin, ada percikan air kena kat penonton, waktu naik kereta kuda, kerusi pun bergerak sama seolah-olah kita naik kereta kuda sekali. Waktu labah-labah keluar, terasa kat kaki kita ada benda bergerak. Kalau tak silap dorang guna teknik angin je tu. Sekali lagi memang puas hati tahap dewa. Habis show, masuk ke kedai cenderahati. Arghhh kalau tengok harga, please don’t convert ke RM. Anggaplah kita ni orang Singapore jugak. Hahahahah.. Kalau di-convert, memang menangis lah jawabnya. Aku beli lagi fridge magnet untuk diri aku sendiri.

Keluar dari bangunan istana, kitorang duduk lepak kat kerusi. Dah penat dan panas. Keluarkan semua biskut-biskut yang ada untuk isi perut waktu tengahari. Jumpa semula dengan Pn. Rina se-family. Tengah syok-syok melepak sambil melepaskan penat, show donkey dah nak bermula. Staff USS dah panggil-panggil orang ramai untuk beratur. Aku tak dapat gambaran show apa sebenarnya cuma orang bercakap pasal show donkey. Aku imagine donkey betul-betul akan menari-nari. So bad kan imaginasi aku? Beratur lama.. Sekali lagi, sebelum masuk hall, kena duduk tunggu kat ruang menunggu. Dengar dorang bebel-bebel dan masuk ke dalam. Tak menarik langsung show donkey nih. Untuk kanak-kanak boleh la, kalau untuk orang dewasa yang tak bawak kanak-kanak, terasa macam tengok show budak sekolah tadika je.



Destinasi seterusnya ialah Water World  tapi tempat ni ditutup sekejap dan akan dibuka jam 3.00 petang. So, terus menuju ke Jurassic Park. Dah beratur elok, sekali je staff USS maklumkan yang ada  masalah teknikal dan akan ambik masa untuk bergerak semula. WTFish..



Terus je pergi kat tempat-tempat lain. Singgah kedai cenderahati Jurassic Park. Beli fridge magnet lagi kat sini dan ambik gambar kat kepala dinasour. Beli gambar dengan harga SGD 12 sebab rasa gambar tu macam menarik sangat. Tak apa, untuk kenangan pertama kali pergi kan?


Tak puas hati betul sebab baru beberapa minit kitorang tinggalkan tempat beratur untuk game kat Jurassic Park tu, tengok-tengok game tu dah boleh jalan semula. Arghhhh tak boleh lepaskan peluang. Aku dengan Faisal masuk semula dan beratur. Cik Sal tunggu kat tepi. Lama jugak nak tunggu. Almost 1 and half hours gak lah. Game ni macam kita lalu kat jeram-jeram, konon-konon terlepas hanyut kat sungai. So kat tepi-tepi sungai tu banyak dinasour yang jahat-jahat. Aku tak feel sangat kat sini sebab benda ni berpusing-pusing ikut aliran air. Naik sekali dengan adik-adik minah dan mat saleh. Paling klimaks kat game ni bilamana kita akan masuk dalam satu terowong yang gelap gelita. Sampai kat hujung, bot bulat ni akan diangkat naik ke atas. Kat atas tu ada kepala dinosaur yang konon-konon macam nak makan kita. Kat belakang tu ada dinding hitam. Surprise-nya bila dinding tu akan terbukak dan membuang bot bulat tu keluar dan berlaku-lah percikan air yang akan membasahkan kita-kita semua. Thanx God..aku dengan Faisal dah pakai rain coat USS ( wajib sebut ), air tu betul-betul menyimbah kat belah kitorang. Hahhaha…seronok memang seronok tapi nak beratur tunggu turn tu yang berapa nak seronok.







Dah puas sebab dapat melepaskan gian nak main benda alah ni. Kena gerak ke tempat seterusnya sepertimana akan aku ceritakan dalam Part III.

Kataku : Next time kalau nak pergi, pakai baju & seluar yang senang untuk bergerak..








5 comments:

  1. Eiii..bestnya...tak penah g lagi...takleh jadik nie...hehhe

    ReplyDelete
  2. banyaknya gambar..huhuuu..

    dkna tak pernah sampai singapura lagi

    ReplyDelete
  3. teruja lak.. plan nak ke sana bln 6 ni..

    ReplyDelete
  4. hehhehe kena pegi..utk release kan diri..seronok kan skali skala pegi tmpat2 yg mcam ni..

    ReplyDelete
  5. alahai jelesnye..
    i mmg xdpt pegila wat mse skrg..
    coz da blacklisted..uwaaaa :((

    ReplyDelete