Friday, February 3, 2012

PUTRAJAYA KE USS PART III

Kitorang ke Egypt.. Patung mumia besar-besar bagak..Kalau runtuh hempap orang ramai tu memang confirm semua masuk ICU. Tengok-lah gambar-gambar tu semua. Kat Egypt ni pun ada game macam roller coaster jugak. Tempat ni tertutup. Kira macam masuk ke dalam satu bangunan purba. Cik Sal tak nak masuk. So, dia duduk luar jaga harta karun ( beg makanan ) yang kitorang bawak. Nak masuk dalam tu agak suram. Aku macam tak sabar nak main roller coaster ni tapi rasa seram sejuk jugak.














Saat yang ditunggu dah tiba. Tak mampu nak ceritakan kat sini. Bangang betul roller coaster ni. Bukan bangang sebab tak best tapi bangang sebab terlalu best dan hamper-hampir meragut jantung dan hati aku. Bukan meragut nyawa ye. Jangan salah paham. Kat dalam ni lontaran vocal aku diasah. Memang suara paling jelas, nyaring, kuat, vabreto, falsetto semua keluar. Dah tak de perasaan malu dah walaupun chinese sebelah aku macam tak bersuara (bisu mungkin..hahahha). Ye..aku over dan aku mengaku memang aku terlalu over.

Mana tak over-nya, ko bayangkan. Dahlah duduk row belakang dan paling tepi. Kita dibawak mengembara dalam dunia mumia. Sampai satu part tu, api menyembur keluar dari bahagian tepi dinding. Panas tau tak? Pastu roller coaster tu berhenti mengejut sebab kat depan ada dinding yang tak boleh dirempuh. Kat dinding tu keluarlah binatang macam serangga besar yang nak mengganggu kitorang. Ha..tengah duk melayan binatang buruk tu keluar, roller coaster tu ditarik ke belakang dan menjunam ke belakang. Faisal kata dia menjunam 90 darjah. Aku tak pasti pulak sebab sedap sangat menjerit. Benda yang tak dijangka sebab keadaan gelap gelita. Bodoh…memang bodoh…Bodoh betul game ni.. Sape punya idea lah kan.. Bodoh sebab best..hahahha..

Kepala aku dah pening-pening lalat dan terus gerak ke Galactica Ride. Roller Coaster yang besar tinggi. Masa mula-mula datang dan nampak dari jauh, teringin nak naik. Tapi bila dah depan mata, aku surrender. Aku tak nak naik dah. Takut. Roller Coaster ni ada dua. Satu merah dan satu biru. Dua permainan yang berbeza tapi akan bergerak sama. Huh..tak sanggup. Aku masih sayangkan nyawa yang sangat berharga (alasan orang yang takut).




berani tak naik? tahniah kalau anda berani..hehhehe

Sebagai pengganti, kitorang main lah game Accelerator yang warna kuning ni. Game tu macam main game cawan pusing-pusing yang kat funfair tu je,  cuma yang ni lebih modern.




Tak teruja sangat dengan permainan ni. Orang pun tak ramai yang main game kuning ni. Langkah seterusnya ialah Transformers.. Kitorang bergambar dahulu kat luar kawasan dan masuk terus ke game di bahagian dalam.

Orang kat dalam agak ramai tapi malangnya, permainan ditutup sebab mengalami masalah teknikal. Mungkin mesin dah penat sebab seharian bekerja. Huh..hangin satu badan sebab orang kata game kat Transformers ni menakjubkan. Baru berangan nak merasa gegar-gegar duduk dalam kereta macam movie Transformers tu. So, impian terbantut. Keluar dengan penuh rasa kecewa (katanya..)







Untuk mengubat kelukaan hati (macam bahasa novel), kitorang berjalan pulak ke bahagian Hollywood. Ha, kat Hollywood ni dia bawak suasana sebenar di Hollywood. Rekabentuk bangunan, jalan raya dan model-model Charlie Chaplin dengan kartun yang baju merah yang seksi tu (tak tau nama..tengok gambar-lah nanti ye). Kat bahagian sini, kitorang ada masuk kat bahagian Camera Action. Kat sini dia bawak kepada situasi sebenar penggambaran di Hollywood. Rasa tertipu je kan bila tengok keadaan penggambaran sebenar. Hanya mengambil ruang yang kecik saja untuk menggambarkan satu suasana ribut yang besar.

























Habis part ni, kitorang pergi cari cenderahati sementera menunggu waktu bermulanya teater. Menunggu lama tapi teater yang dipersembahkan biasa-biasa sahaja. Aku mengantuk, so tak dapat nak menjiwai teater yang ada. Sekadar mengisi masa lapang yang ada. Hehehe..

Apa yang aku nampak, kat bahagian Hollywood ni tak banyak aktiviti yang ada. Cuma persembahan jalanan dan jugak persembahan nyanyian jalanan je. Tapi seronok jugak tengok orang menyanyi dan menari kat tengah-tengah jalan raya.

Jam 7.00 malam USS dah nak tutup. So, sementara nak tunggu jam 7.00 malam tu, kitorang lepak-lepak jap dan singgah kedai cenderamata Universal Studio. Sempat lagi beli baju t-shirt, fridge magnet dan beg untuk habiskan SGD yang tinggal saki baki. Lengkap sudah penerokaan kat USS sepanjang hari.


Baby Rayyan masih segar sebab dia dah tido dalam stroller

penat tu..sambil tertido ayam dalam bas

Kataku : Kena pergi sekali lagi untuk main game yang tergendala.


2 comments:

  1. Besttnyaaa ! da lama tak jalan2. =)
    Yang kt USS tu..roller coaster dia yg pling thrill kan. lagi2 yang merah..fuhh, gila punye.

    ReplyDelete
  2. aah..btol tuh..ha yg roller coaster mrah biru tu mmg xsggup nk naik dah..

    ReplyDelete