Wednesday, May 29, 2013

SELESAI SUDAH INTERVIEW

Akhirnya selesai jugak sesi interview aku untuk jawatan gred 27 ni. Bertempat di SPA, Putrajaya jam 8.00 pagi dan diinterview oleh bekas TKSUK Jabatan Perdana Menteri, aku agak berdebar. Debar yang biasa sahaja kerana aku tak mahu berharap sangat.

Sekarang ni aku rasa 60% – 40%. Mana percent yang dapat, mana percent yang tak dapat, tak nak aku mentionkan di sini. Malu, takut-takut nanti aku kecewa sendiri.

Aku diinterview oleh Datuk Zainol dan seorang pegawai Encik Redzuan yang aku tak pasti dari jabatan mana. 

Antara soalan yang diberikan kepada aku ialah :

·         Tempat kerja dan ceritakan tentang tempat kerja


·         Apakah itu integriti


·         Apakah 6 saranan yang diberikan oleh PM untuk penjawat awam dalam perhimpunan bulanan terbaru


·         Apa kekuatan yang ada dalam diri untuk bersaing dengan calon-calon yang lain


·         Siapakah KSN dan KPPA terbaru di dalam kerajaan

Untuk soalan yang ketiga aku tak dapat memberikan jawapan sebab memang tak tahu langsung tapi aku berikan alasan dengan baik dan sopan. Heheheh...

Tengok cara macam panel suka kat aku ( perasaaaaannnnnnnnn )...hahaha



Kataku :
Keputusan temuduga akan keluar Julai 2013..aku tak nak tengok result..

Tuesday, May 28, 2013

INTERVIEW..OOO TEMUDUGA



Sakit kepala pikirkan nak interbiu nih.. Hurmm aku tak berharap aku, tapi aku cuba buat yang terbaik untuk diri aku sendiri dan demi masa depan aku..InsyaAllah..

Aku tau, calon-calon kat luar sana terlalu ramai dan kekosongan cuma berapa kerat je. Kebarangkalian untuk dapat tu, macam susah tapi ketentuan Allah sape yang tahu kan?

Esok kena datang interbiu kat SPA Putrajaya..ikut pengalaman kawan-kawan, kalau kat Putrajaya agak straight..haishhh...ikot rezeki lah..

Malas nak terlalu pikirkan atau nak teka apa yang panel akan tanyakan pada aku.
Nota-nota yang ada, aku cuba baca..terlalu over bersedia pun susah juga. Takut lain yang dibaca, lain yang ditanya..

Makin banyak dibaca, macam makin banyak benda yang kita tak tahu.. Itulah hakikatnya.




Kataku :
Alahai..asyik kena membaca je..

29 TAHUN - ANGKA YANG BESAR..SEBESAR DIRI AKU


Terima kasih ya Allah atas kurniaan umur dan pinjaman udaraMu kepada aku dan juga keizinanMu yang menghindarkan aku dari apa juga penyakit berbahaya.

Dalam usia 29 tahun ni, tiada apa yang aku harapkan, cuma rasa kesyukuran kepadaMu kerana melanjutkan usia aku.

Terima kasih jugak kepada mak yang dah melahirkan aku dan mendidik serta menjada aku dengan penuh kesabaran. Jugak kepada arwah abah yang berkongsi kasih sayang dia dengan mak sehingga terciptanya aku.

Bila usia semakin meningkat ni, tiada lagi sambutan besday yang over-over sampaikan aku rasa tarikh 25 Mei tu macam tarikh biasa je. Tapi jauh di sudut hati, aku sangat-sangat menghargai ucapan hari lahir dari keluarga dan jugak kawan-kawan.

Kepada geng-geng “teruna” yang lepak sama-sama kat Sunway Pyramid, sambil tengok movie Fast 6, aku sangat hargai korang.. moment best dalam usia menjengah 29 tahun..

Kepada yang belanja makan kat Subang, kepada yang belanja kek kat Serai Restaurant, Cyber jaya.. Thank you so much.
sambutan dengan kawan-kawan opis


 aku suka kek ni..spesis pavlova jugak la ni agaknya..yang ni Faisal banje kat Serai Restaurant, Cyberjaya
Kataku :
Hanya mendokan aku dipanjangkan usia dan mampu capai 30 tahun

Wednesday, May 22, 2013

BBQ DI OPIS


Semata-mata nak berBBQ, kitorang buat jugak kat opis..bukan dalam opis la, tapi kat dalam taman yang open air.

Buat Sabtu lepas, habis group discussion cancel sebab nak focus bakar-bakar ayam nih sume.

Seronok jugak dapat kumpul kawan-kawan dan enjoy sesama.

Bakar ayam, lamb, burger bakar buatan sendiri, sosej dengan kerang.

Walaupun setakat BBQ kat taman je, tapi feeling tu rasa macam kat tepi pantai.
Opis korang ada ke taman-taman macam ni?

Lepas siap semua kena kemas balik dan make sure tak ada kesan-kesan bakar.. Alhamdulillah..semua clear..








 
 
Kataku :
Lepas ni Singapore..erkk Singapore??



CLUTCH FOR MEN - RUSHAI


Sebelum ni kan aku ada story pasal beli kasut kat outlet “ Rushai” kat Pertama Comlpex kan? So, selepas sebulan aku pergi lagi sekali untuk beli wallet pulak.

Wallet yang jenis besar-besar tu dipanggil clutch kan? Clutch bukan untuk wanita sahaja, tapi ada untuk lelaki.

Dah biasa pakai wallet yang kecik-kecik ni kan, so sekali sekala teringin jugak bergaya dengan beg besaq2 sket, dari jauh orang nampak macam bawak ipad or tab kan? Mampooo??

Aku beli dengan harga RM 200.00 dan member beli dengan harga RM 150++ ( i cannot remember the price ) dan dia belikan purse kulit jugak untuk wife dia sempena Hari Ibu..

Aku akan pakai bila jalan-jalan sebab senang nak sumbat semua benda dalam tu termasuklah handphone cikai aku, pasport ( mention jugak tu..maklum la jenjalan luar negara je ) dan jugak apa-apa slip yang nak kena bawak.

Aku dah mula suka beli barang-barang leather plak nih, mati le nak kena bajet duit setiap bulan. Mungkin lama-lama aku akan cakap Good Bye ZARA..hahhah
ini yang aku punya..bila tutup, camni la size dia..

kalau dibukak, haaa hambik ko..macam-macam boleh isi..

 yang ni  member aku punya..kalau bukak pun nampak nice...

Kataku :
Sekarang ni macam-macam benda nak beli..banyak ke duit ko tu Fendi??cer jimat2 sket..












Thursday, May 16, 2013

REVIEW BUKU : KONTROL HISTERIA


Alahai..tajuk buku dan gambar cover depan macam best je tapi bila dah start baca, macam ada sesuatu je pada buku nih.

Buku ni adalah cerpen, so ada 45 cerita yang dimuatkan kat dalam ni. Cerita mengambil suasana di luar negara dan juga dalam negara.

Buku ni menceritakan tentang pembunuhan. Perlu diingatkan, bukan cerita tentang jenayah dan siasatan oleh pihak berkuasa, tapi kisah orang membunuh orang.

Dan paling tak bestnya ada cerita pasal seks dan lucah walaupun tak terlampau tapi dalam ayat menerangkan situasi dan penggunaan perkataan yang jelas maksud mengenai hubungan seks. Terlalu terbuka. Tambahan lagi, ada cerita berkaitan seks songsang dan ayat-ayat sangat jelas menerangkan perlakuan seks tersebut..

Cerita berkaitan pembunuhan yang negatif, bagaimana si A bunuh si B sebab dendam, si C bunuh si D sebab perasaan sayang yang teramat, si E bunuh si F sebab cemburu. Hurmmm..aku tak menggalakkan buku ini dibaca namun aku terpaksa baca juga buku ni sebab dah beli.

Kataku :
Tersalah beli buku la ni kiranya





Tuesday, May 14, 2013

BUKU-BUKU DENGAN BB1M


Nak menghabiskan BB1M bukan senang, tambah-tambah lagi sejak dah keje ni kan. Aku jarang sangat nak membeli buku untuk bahan bacaan di waktu lapang.

Zaman sekolah dulu memang sangat gila pada buku, makin lama aku makin menjauh dengan buku dan sekarang aku cuba untuk dekatkan diri balik pada buku dan jadikan buku sebagai kawan baik..hahaha

Sebab nak habiskan baucer buku tu, so aku pergi ABA Book Centre kat Seksyen 17, Shah Alam nak beli buku rujukan untuk subjek BEL dengan harga  RM 29.00, nak cukupkan RM 50, aku ambik test pad dengan satu buku cerita.. Mampu?? Baca buku cerita tuh.

Tajuk buku tu Kontrol Histeria. Tengok tajuk buku pun dah teruja kan? Aku sambar je lah buku tu sebab nak cukupkan bayaran.

Tiga buku lain tu aku beli kat Popular AEON Equine.. Memang teringin sangat nak buku Doktor Umum – Tun Dr Mahathir tu. Yang 2 buku lagi aku main ambik je sebab minat dengan penulisan Dr HM Tuah - Komplikasi Jiwa Muslim. Buku Cendol Pulut Santan Lebih tu tulisan Dato’ Abd. Jalil Ali. Akak aku kata penulisan Dato’ best sebab santai. So aku beli je.

Nanti kalau dah settle baca buku-buku ni semua, aku cuba buat review. Haaa macam terror je kan?
Kataku :
Zaman skola dulu arwah abah sangat tegas..wajib baca buku sebelum tido

Friday, May 10, 2013

JOM BERBASIKAL FOR FUN


Alahai..aktiviti ni dah berminggu-minggu habis tapi baru nak masukkan cerita dalam blog nih.

PICC ada anjurkan aktiviti berbasikal untuk warga PICC dan aktiviti ni bukan paksaan, tapi amat-amat digalakkan. Aktiviti berjalan dengan lancar dan sangat-sangat menyeronokkan.

Basikal disewa dari Perbadanan Putrajaya dengan kadar RM 4.00 sejam. So, kitorang sewa 2 jam untuk aktiviti yang dirancang.

Ramai jugak yang join, lebih kurang 60 orang kut dan laluan dari PICC menuju ke Masjid Besi..

Laluan adalah sepanjang laluan pejalan kaki, tidak dibenarkan lalu di jalan raya bagi menjamin keselamatan kitorang nih.. Yelah, berbasikal 10 tahun sekali kut, jangan nak memandai perasan macam pro plak ye.

Enjoy la bila berbasikal ni sebab benda yang jarang-jarang sekali buat. Selalunya jogging, dah biasa. Yang pastinya sakit pungkuk la.. 2,3 hari kut nak hilang rasa sakit tuh..







Kataku :
Berkayuh untuk kesihatan